Resepi Basque Burnt Cheese Cake: Senang Dan Sedap

  • Sunday, July 07, 2019
  • By efie muhamad
  • 0 Comments

Pernah dengar tentang Basque Burnt Cheese Cake tak?

Amboiiiiihhh dia punya nama kan hahahaha... Meletoppp gitu.. Basically, ianya adalah Kek Keju yang sangat sedap untuk dimakan. Tak akan menyesal untuk setiap gigitan ececececece..

Gambar dari Google
Pastu dah makan banyak-banyak, komplen pulak badan naik la kan kihkih.. Takpelah sekali sekala bolehla kita layan. Nak jugak merasa kek yang super sedap ni kan.

Ikutkan, kek ni memang mahal sangatlah kalau nak beli. Maklumlah, bahan-bahan untuk buat kek ni pun dah sedia mahal, maka memang harga kek siap of course lah lagi mahal kan. Dah memang adat orang meniaga, mestilah nak untung. Mana ada orang meniaga nak rugi.

Apa-apapun, walaupun harga bahan untuk membuat kek ini mahal, of course lah lebih jimat untuk kita membuatnya sendiri, berbanding beli yang dah siap kan. Lagipun, cara nak buat kek ni senang je. Ala-ala pejam mata pun boleh hokayyyy..

Bahan-bahan untuk buat kek ni pun sikit je. 5 bahan je. Cara buat pun tak remeh. Senang amat.
Jom kita tengok.. 😊

Bahan-bahan:

500 gram Cream Cheese (saya guna Tatura Cream Cheese)
250 ml Whipping Cream (saya guna Anchor @ Emborg)
150 gram gula castor (saya kurangkan 110 gram sahaja)
4 biji telur
15 gram tepung gandum (lebih kurang sesudu sahaja)

Cara-cara:

1. Pukul Cream Cheese selama 1 minit.
2. Masukkan gula castor dan  pukul sehingga sebati.
3. Masukkan telur satu persatu. Teruskan pukul.
4. Masukkan whipping cream. Pukul terus.
5. Masukkan tepung dan pukul sehingga sebati.

Lapik loyang / aluminium foil berukuran 8 inci dengan baking paper / parchment paper.
Lebihkan kertas tu di bahagian tepi, sebab kek ni akan naik tinggi semasa di bakar.
Masukkan ke dalam oven.
Bakar dengan suhu 200 selama 40 minit.


Lebihkan kertas di bahagian tepi, kerana kek akan naik dengan bermaharajalela semasa dibakar
Rupa paras kek ni.
Gelap di luar, putih di dalam.
Hodoh di pandang, sedap dimakan 😄😂


Say Cheeeeeeseeeee 😄
Penuh rasa keju..

Kek ni sedap dimakan sejuk-sejuk tau. So bila dah masak tu, jangan terkam dulu. Masukkan dulu dalam fridge dalam 2-3 jam. Lepas tu baru potong dan makan. Nikmatttt amat..

Selamat mencuba 😍

You Might Also Like

0 comments