Semalam hari cuti sambutan Maal Hijrah. Setahun lagi dah berlalu, kini kita dahpun masuk ke tahun 1436 Hijrah.Setiap hari yang berlalu, memaksudkan usia semakin meningkat, baki usia semakin berkurangan. Bila-bila masa, kita akan dijemput pulang. Maka bersedialah setiap ketika...
Sekian tazkirah ringkas, untuk peringatan bersama....
Sebenarnya, artikel ni nak share resepi sebenarnya... heheh... resepi yang saya buat semalam, bersempena hari cuti Maal Hijrah.. anak-anak saya suka makan ni...
Dalam artikel Kencing Manis Semasa Hamil, kita telah ketahui tentang ibu-ibu yang berisiko untuk menghidapi kencing manis atau juga lebih dikenali sebagai GDM (Gestational Diabetes Melitus) semasa hamil, walaupun sebelum mengandung ibu-ibu ini langsung tidak mengahadapi masalah ini. Antara ibu-ibu yang berisiko adalah ibu yang mempunyai sejarah keluarga terdekat yang mempunyai kencing manis, juga ibu-ibu obes yang mempunyai berat badan melebihi 80kg.
Tempoh 9 bulan kehamilan adalah detik yang sangat membahagiakan buat semua pasangan suami isteri. Menyaksikan perkembangan pembesaran janin, walaupun dari dalam rahim sangat mengujakan.
Nak tengok pertumbuhan yang menakjubkan ini? Jommm...
Hari Jumaat, sehari suntuk saya menghadiri Bengkel Nutrisi Shaklee, bertempat di Holiday Villa Hotel, hotel yang baru beroperasi belum sampai setahun terletak di tempat paling femes di Kelantan iaitu Wakaf Che Yeh..
Kami hadir bertiga, saya, Jazilah (cucu Shaklee), dan piut miut Shaklee saya Kak Ila yang datang all the way from Penang semata-mata dengan misi untuk menuntut ilmu, dalam menjadikan diri sebagai seorang SID yang berilmu. Kami tak main-main dalam bisnes ni.. bukan sekadar menjual je ye, tapi sentiasa ambil peluang untuk menambah nilai pengetahuan kami dalam produk-produk Shaklee.
Oh ya malam tadi sempat belanja kak ila dinner.. cuba tengok kak ila ni.. memang terperanjat saya bila tau umur beliau.. cuba teka berapa? Hehehe...
Rasanya 2 tahun lepas kot, saya join grup Rich Moms Poor Moms (closed group) kat fb.. grup ni dipelopori oleh Kak Cery (mamafaiz.com), dan terbuka untuk semua. Basically, grup ni bertujuan untuk membentuk ibu-ibu muda supaya celik perihal kewangan..
Dalam grup ni la saya belajar tentang menabung.. menabung bukan sebarang menabung, tapi menabung nilai RM yang sama.. contohnya RM1 ke, RM5 ke, RM10 ke dan seterusnya.. contoh nya, bila kita pilih untuk menabung RM5, maka bila ada wang kertas yang bernilai RM5 dalam purse kita, maka asingkan siap-siap.. jangan guna..
Tapi, masa tu tak terus apply pun.. hehehe..
(kalo apply dari 2 tahun lepas, dah beribu-ribu lemon gamaknya duit simpananku huhu)
Sayang kan, ilmu bila tak digunakan akan tak bermakna la kan.. sia2 je.. berkarat.. takde makna..
Maka, baru dalam 4 5 bulan lepas kot, saya mula apply konsep ni.. nilai yang saya pilih
Semalam, balik sekolah anak-anak mintak watercolor.. nak mengecat katanya.. diorang berdua ni memang macam tu, ada je benda yang nak dibuat, tak boleh duduk diam agaknya.. tapi saya suka sebenarnya, daripada diorang dok mengadap TV ke gajet ke jauh lebih baik diorang bereksperimen kat rumah.. Sepahkan rumah pun takpela, nanti kita suruh diorang kemas balik... heheheh....
Malas nak keluar beli kat kedai, saya decide untuk cuba buat sendiri.. biasala, menggugel la cari resepinya.. hehe..
Terus decide untuk cuba resepi ni.. bahan-bahan pun senang je, benda-benda yang biasa ada kat dapur je..
Bagi saya la kan, minum air gula masa hamil ni memang tak best.. huhuhu.. tapi best tak best pun memang kena hadap jugak.. takleh nak lari dah.. ibu-ibu lain pun rasanya begitu, mesti saat kena minum air gula tu adalah saat paling tak menyeronokkan semasa hamil..kan?
Dulu-dulu, suka sangat makan nugget. Memang selalu beli. Kalo tak beli yang cucuk-cucuk jual tepi jalan tu, mesti beli yang kat supermarket pastu balik goreng kat rumah. Heaven! Sambil-sambil tengok tv minum teh petang-petang kan...
Tapi, semenjak-menjak agak prihatin dengan nilai kesihatan diri, makin kurang dah beli benda-benda yang tak berapa bagus macam tu. Insaffff.... huhuhu...
Rasa kehilangan, sebab kita suka makan kan. Tapi terpaksa berkorban, kesihatan bukan nilainya seringgit dua.. Mahal wooooo... Tak sanggup korbankan kesihatan demi kesedapan yang sebentar cuma.. Chewahhhh... hahahah...
Lepas tu, baru je 3 hari lepas terbukak hati nak cuba buat sendiri. Bila buat, terus ngappp panas-panas.. Tak sabar.. Muahahahaa... Guess what??? Wahhhhhh sedapnya... Betul ke aku yang buat ni... Hahahhaah...
Ada member cakap, takde rupa nugget pun.. Rupa macam goreng pisang ada laaa... heheheh... Mungkin sebab bread crumb tu kot.. Jenis bread crumb yang besar sikit, so jadi macam goreng pisang ahahaha... Pedulikan.. Yang penting rasa sedap hokayyy...
Cmane nak buat? Senang saaaaaangat.. Tak sangka pun sesenang ni rupanya nak buat nugget.. Jom, saya share resepi kat sini...
Ramai wanita yang mengalami sedikit masalahanemia sebelum hamil. Ini biasanya disebabkan oleh kekurangan zat besi yang terdapat dalam tubuh wanita. Masalah ini perlu dirawat dengan segera, seboleh-bolehnya sebelum kehamilan kerana proses kehamilan dan kelahiran memerlukan lebih banyak zat besi dari tubuh.
Bagi wanita hamil khususnya, anemia sgt bahaya kerana boleh menyebabkan tumpah darah semasa dan selepas bersalin, tekanan darah tinggi (eklampsia), keguguran dan kematian. Malah anemia juga bahaya kepada bayi yg dikandung kerana boleh menyebabkan kematian janin, kelahiran bayi tidak cukup bulan dan kelahiran bayi kurang berat badan.