Biasanya, set asas semasa hamil yang dicadangkan untuk ibu-ibu hamil
adalah B-Complex, Vitamin C, Vitalea dan Ostematrix. ESP tidak termasuk dalam
set asas yang dicadangkan. Namun begitu,ini tidak bermakna ESP tidak penting, malah
ianya sama pentingnya dengan vitamin-vitamin yang lain.
Protein adalah bahan binaan (building blocks) yang
diperlukan untuk membentuk tubuh bayi.
Otot, daging, kalenjar dan cecair tubuh
hampir semua terbentuk daripada protein. Daging dan ikan adalah sumber
protein yang utama. Sesetengah kekacang dan bijirin juga mengandungi protein
yang disebut sebagai protein tumbuh-tumbuhan.
Protein terdiri daripada
rangkaian asid amino. Terdapat lebih 20 jenis asid amino dan 13 daripadanya
boleh di bina oleh tubuh badan sendiri. Terdapat 9 jenis asid amino yang hanya
diperolehi melalui pemakanan. Asid amino ini digelar ‘essential amino acids’.