Awas! Lemak Trans Beracun Dalam Juadah Raya Kita
- Sunday, July 26, 2015
- By efie muhamad
- 0 Comments
Berhari raya memang best kan? Selain daripada dapat balik kampung, dapat jumpa sanak saudara, antara yang paling best adalah dapat makan macam-macam makanan sedap-sedap. Juadah pulak banyak dan beraneka jenis pulak tu, sampai tak muat hidang kat meja kan.. hihi.. Rendang, lemang, ketupat, tapai, nasi dagang, lontong, sate, kuah kacang dan baaaanyak lagi lah memang tak larat la kalo nak tulis semua.. Sampai esok pun belum siap entry ni kot.. hihi..
Tapi, yang tak bestnya, kebanyakan daripada kita berat memang akan naik selepas raya. Puasa turun sekilo dua, raya 5 hari naik berkilo-kilo huhuhu... tak kata orang lain, saya lah tu empunya orangnya... uwaaaa...
Ok, tu bab berat.. ada lagi yang lebih tak best.. sebab ianya melibatkan kesihatan kita..
Ya, juadah yang kita makan itu sikit ini sikit tu sebenarnya mengandungi lemak trans yang merbahaya untuk tubuh kita. Huiii takut pulak rasanya!
Ya, juadah yang kita makan itu sikit ini sikit tu sebenarnya mengandungi lemak trans yang merbahaya untuk tubuh kita. Huiii takut pulak rasanya!
Biasanya, raya-raya ni kan mesti banyak kita dok pulun makan kek biskut segala.. Ya la, raya macam tak sah kalo takde biskut raya kan.. semperit, tart, sarang semut, choc chip, makmur, suji dan macam-macam lagi lah...biskut-biskut ni sendiri pun dah namanya biskut raya hihi...