Bayi didalam kandungan dikelilingi air ketuban, di dalam lapisan amnion yang nipis tetapi kuat. Lapisan ini akan melindungi bayi dari sebarang gegaran, hentakan dari luar dan juga sebagai medium perkumuhan. Apabila tiba masa untuk bersalin, lapisan ini akan pecah dan air ketuban akan mengalir keluar. Ini dinamakan SROM (Spontaneous Rupture Of Membrane)
Namun begitu, dalam sesetengah keadaan, lapisan amnion ini pecah dengan sendiri dan mengalirkan air ketuban sebelum masanya (sebelum tiba waktu bersalin). Kita mungkin terasa ada air yang mengalir ke kaki, ataupun terdapat tompokan air di tempat tidur.Warna air ketuban biasanya jernih dan tidak berbau, beza dengan air kencing.
Biasanya berlaku bila kandungan dah memasuki trimester ke 3. Kita mula menyedari bengkak pada kaki dan tangan ini apabila tetiba sandal / selipar yang biasa kita pakai mulai menjadi ketat. Ataupun, cincin yang biasa berada pada jari kita, juga tiba-tiba menjadi sangat ketat.
Alhamdulillah, pejam celik pejam celik dahpun masuk minggu ke 32. Sekejap je kan. Insya Allah, dalam masa 8 minggu sahaja lagi, bayi yang dikandung ini akan lahir menjengah ke dunia. Perasaan bercampur aduk. Gembira risau semua ada. Berdebar-debar memang takleh nak elak, walaupun ini merupakan anak ke 3 kami. Namun, perasaan tetap sama seperti ingin menimang anak sulung...
Tu baru bab kesihatan luaran. Bab kesihatan dalaman pun lagi la kena titikberat. Amalan rohani, tuturkata tingkahlaku tu semua kena jaga. Bukan nak kata masa hamil je kena jaga, masa lain tak payah (kang ada pulak yang silap paham statement aku ni hehehehe), tapt masa hamil ni la yang betul-betul kena jaga kan...
Ok, kali ni kita cerita pasal berat yang naik mencanak-canak ni.. Bila naik sangat, memang misi bising kan? Tak naik pun tak boleh jugak, bising jugak.. heheh.. takpelah, tu keje misi.. biar je diorang buat keje diorang.. kita redha je lah... hehehe..
Apa yang kita nak, berat kita naik cantik je semasa hamil. Tak nak la naik banyak sangat kan. Nanti nak turunkan lepas bersalin nanti susah..
Jumlah kenaikan berat sepatutnya sekitar 11-16kg sahaja, sepanjang tempoh kehamilan seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah kat bawah.
Kadang-kadang saya ditanya apa suplemen favourite saya sebagai pengedar sah Shaklee.. Jawapan saya pastilah Ostematrix.. Tapi kalo ditanya apa suplemen ke 2 yang jadi pilihan? Pasti saya akan jawab OmegaGuard..
Kisah saya dengan OmegaGuard bermula dengan anak saya Ajlaa' Qaisa.. Dialah yang membuatkan saya jatuh cinta dengan kebaikan yang ada pada OmegaGuard..
Ajlaa' masa bayi, sering keluar masuk wad.. 3x pernah diwadkan kerana serangan asthma / bronchiolitis.. sedih pilu hati, bila tengok anak asyik kena neb, asyik kena cucuk amek darah dan macam-macam lagi.. tidur malam tak boleh, batuk berkahak, nafas tak lepas.. huhu sedih sangat saya rasa.. dia baru je berusia 8 bulan masa tu.. sangat tak berdaya lagi masa tu...
Alhamdulillah, tahun 2015 ni Ammar dah masuk 6 tahun. Rasa macam baruuuuu je lagi mengandungkan dia, bersalinkan dia, susukan dia, trauma tak tidur malam bila dia asyik menangis sampai subuh masa dalam pantang dan banyak lagi kenangan lain.. Setiap anak, punya pengalaman yang berbeza-beza kan?
Ni nak jadi anak teruna dah pun.. Kejap betul masa berlalu...
Ammar tahun ni, kat sekolah beliau, beliau layak masuk ke kelas untuk menghafaz Al-Quran. Gembira sangat hati saya bila dapat tau. Ye la, rasanya impian setiap ibu bapa kan nak tengok anak-anak berdamping dengan al-Quran, mempelajari ayat-ayat Qurang, mengamalkan ajaran al-Quran insya Allah..
Saja saya tulis entry ni, untuk ingatan sampai bila-bila. Bila Ammar dah besar nanti, dia pun boleh baca blog saya. Moga dapat memberi dia kekuatan untuk jadi anak soleh, yang patuh dan menjadi pejuang agama kita bila dia besar nanti, insya Allah.
Surah Hafazan Untuk Ammar
Sejak akhir tahun lepas, masa mula-mula tau Ammar layak masuk kelas hafazan ni, pihak sekolah dah bagi senarai siap-siap surah apa yang Ammar kena hafal.
Terdapat 24 surah yang Ammar kena hafaz (17 surah + 7 surah)... Hohoho agak mencabar jugak ni.. Saya memang rasa tercabar, sebab saya pun tak hafaz.. huhuhu..
Jadi, doakan saya untuk saya pun dapat turut hafaz surah-surah ni..
Selain tu, rasanya Ammar pun perlu saya latih di rumah kan, takleh nak serah sepenuhnya kat pihak sekolah.. lagipun tugas untuk didik anak tu, tugas kita sebagai ibu bapa sebenarnya.. bukan semata-mata outsource kat orang lain...
Masa saya mula-mula bersalinkan Ammar 6 tahun dulu, masa tu trend untuk breastfeeding masih belum meluas di kalangan masyarakat kita. Sebaliknya, amalan menyusukan anak dengan susu formula memang menjadi warisan turun temurun, termasuklah di kalangan surirumah sepenuh masa.
Saya sendiri pun tak pasti macamana saya buat keputusan untuk susukan anak sepenuhnya dengan susu badan. Mungkin hasil dari pembacaan kot. Maklumlah, sebagai ibu muda, kita terdedah dengan pelbagai ilmu yang boleh didapati hanya melalui hujung jari kan. Maka, saya memang buat keputusan untuk susukan anak sepenuhnya, tanpa langsung fikir untuk topup dengan susu formula.
Kalo masih ragu-ragu untuk menyusukan anak sepenuhnya, jom baca artikel ni dahulu..
Tak semua makanan boleh diambil semasa hamil. Ada makanan yang boleh dimakan semasa biasa, namun tak selamat untuk dimakan semasa hamil. Ada yang selamat diambil jika dalam kuantiti yang sedikit, namun berbahaya sekiranya diambil secara berlebihan.
Alhamdulillah, baru berkesempatan jenguk blog arini...
2 hari yang lepas, saya begitu sibuk. Tak sempat nak menulis di blog kesayangan saya ni..
Jumaat (16 Jan 2015), saya berkesempatan untuk ke Manik Urai Baru, Kuala Krai, mengikuti misi Bantuan Kemanusiaan Mangsa Banjir oleh pihak Ukhwah Harmoni Travel & Tours, yang datang jauh dari Melaka.
Keluarga dan sanak saudara saya sebenarnya ramai di sini, di Manik Urai ni. Namun, disebabkan beberapa kekangan, baru kali ini saya berpeluang untuk menziarah mereka di sana. Tambahan pula, kebanyakan dari mereka memang takde kat rumah, mereka naik ke KL rumah anak-anak mereka lepas je masa banjir aritu.
Ya, lah. Nak terus duduk kat situ memang tak selesa la kan. Dengan air takde letrik takde macamana nak bersihkan rumah semua. So, diorang amek keputusan untuk tinggalkan rumah buat seketika. Bila keadaan dah agak ok macam sekarang, baru diorang balik.
Saya kongsikan keadaan rumah makcik saya dan seorang sepupu saya...
Hari ni, sekali lagi saya ke branch Shaklee. Rutin biasa, sebagai orang yang memang cari makan dengan bisnes Shaklee kan? Asal stok barang jualan menyusut je, terus nak kena tambah la kan... Ready stock memang saya sentiasa pastikan ada, senang bila customer nak cash on delivery (COD) kat mana-mana, especially area Pasir Tumboh..
Mula-mula ingat nak restock sikit je barang Shaklee yang takde, dalam RM600++ je. Pastu tiba-tiba ada seseorang pm saya kat FB, bagitau nak beli Vitamin C & Vitamin E, dan nak jadi ahli jugak. So alang-alang, saya bagitau jumpa kat Shaklee terus la kan..
Alhamdulillah, beliau bijak bila memilih untuk dapatkan FREE SHAKLEE MEMBERSHIP. Ya lah, dah jimat RM75 yuran keahlian tu kan. Barang dapat, keahlian percuma pun dapat. Kan jimat tu.
Ramai orang yang takut nak bersalin, namun ada jugak orang yang lebih takut untuk hadapi keadaan selepas bersalin. Heheheh..
Proses bersalin tu sekejap je kan. Sakit bersalin tu pun takdela lama. Tapi proses berpantang ni lama, lebih sebulan kan. Nak nak lagi, kalo alami beberapa perkara. Perkara yang akan buatkan kita rasa taknak dah bersalin sebab takut nak hadapi keadaan masa berpantang..
Wahhh peningnya ayatku... hahaha.. tapi korang faham kan?
Ok, apa keadaan yang boleh buatkan ibu-ibu bersalin ni trauma?
Ammar, anak sulung saya tu sukaaaaaaaa sangat tengok tv. Alhamdulillah, rumah saya ni, tv pun tv cabuk je. Harga RM200 je masa beli 3 tahun lepas. Hehehe.. ASTRO memang takdelah, takde dalam senarai pun untuk utility cost kami.
Juga petua-petua yang boleh diamalkan, mudah-mudahan dapat membantu kedudukan bayi berubah menjadi normal (kepala di bawah - sedia untuk proses melahirkan).
Namun, sekiranya kedudukan bayi masih songsang, maka cara kelahiran yang paling selamat adalah melalui cara pembedahan. Ini berikutan risiko-risiko yang mungkin timbul semasa proses melahirkan.
Kedudukan bayi yang songsang ataupun juga dipanggil 'breech pregnancy', cukup merisaukan.Betul kan?
Kebiasaannya, bayi akan mula berpusing (kepala ke bawah) bila telah memasuki trimester ketiga (bermula minggu ke 28). Walaubagaimanapun, jangan risau kalo kandungan anda dahpun minggu ke 30 namun bayi masih tak berpusing, kerana sebilangan kecil bayi masih kekal dengan kedudukan songsang walaupun telah masuk minggu ke 38.
Terdapat 3 jenis kedudukan songsang: Complete breech, Frank breech dan Footling breech.
Sehari dua ni, agak kecoh di timeline Facebook saya mengenai bisnes yang 'goyang kaki dapat duit'. Sebenarnya, bisnes jenis ni memang dah lama pun, berpuluh-puluh tahun dahpun. Ianya sentiasa ada kerana sentiasa ada permintaan. Nak senang cepat, nak kaya cepat kan?
Ada ke bisnes macam ni sebenarnya?
Ahahahaha, kerja jadi tukang jahit je yang goyang kaki dapat duit ni...
Semalam, buat pertama kalinya dalam sejarah hidup, Ammar mintak nak makan vitamin. Oh ya, kecuali Nutriferon dia memang suka kalo saya bagi. Tapi Nutriferon takdelah kena makan setiap hari kan. Kadang-kadang je, especially bila saya nampak budak-budak ni macam tak sedap badan baru bagi.
Sebelum ni, saya bagi OmegaGuard, dia memang reject. Bagi Mealshakes pun, dia suka ngelat-ngelat jugak. Buntu dah uminya ni huhuhu...
Kali ni, dia sendiri yang mintak! Wahhhh memang saya speechless.. Siap dia sendiri yang amekkan dari atas rak, mintak saya tolong bukakan (sebab penutup Vitalea ni dia special sikit, ada cara unik baru dapat bukak > untuk keselamatan kot heheheh)..
Mungkin rasanya memang kanak-kanak suka kot, sebab tu sampai Ammar boleh suka Vitalea ni..
Hujan lebat kembali mencurah-curah sepanjang 3 hari ni di bumi Kelantan.. Bumi bertuah yang Allah beri ujian untuk terima banjir besar 2 minggu lepas.. Ujian yang lebih mendekatkan diri kita pada Allah, insya Allah..
Namun, sepanjang 3 hari ni, hari ni lah yang boleh dikatakan kemuncaknya.. Memang sangat lebat, dan boleh dikatakan non-stop.. Paras air mula naik.. Saya terbayangkan bagaimana la orang-orang yang dah tak berumah tu, kerana rumah dah musnah hilang lenyap masa banjir aritu, hadapi saat-saat macam ni.. Allahuakbar.. Moga Allah permudahkan mereka, gandakan kesabaran mereka dan limpahkan pahala
mencurah-curah atas keredhaan mereka..
Alhamdulillah, hari ni saya hadiri taklimat persekolahan anak-anak
syurga saya, Ammar Qayyum dan Ajlaa' Qaisa di Tadika Aulad Pintar, Pasir
Tumboh. Esok dah mula sessi persekolahan, setelah anak-anak bercuti
hampir lebih 40 hari (sepatutnya cuti bulan 12 je, tapi cuti dilanjutkan
sehingga 10 Januari kerana banjir). Anak-anak excited nak pergi sekolah
dah, tiap-tiap hari dok tanya bila nak buka sekolah..
Masa pre-antenatal checkup yang lepas, misi kat klinik desa tu dah bagitau, nanti saya punya next visit ke klinik nanti nak kena cucuk.. Suntikan untuk cegah kancing gigi semasa bersalin.. Suntikan ni katanya bila dah 28 minggu ke atas, baru kena cucuk..
Makanya, semalam lah harinya... Mula-mula check up biasa, cek urin cek hb cek tekanan darah cek berat semua... pastu misi cek perut dan ketinggian rahim.. last sekali baru la kena cucuk...
Waaaaaa sakit jugak sebenarnya...
Ini pastinya bukan saya... sekadar gambar ehsan google.. hehehe
Misi kata, takde respon pun masa jarum tu masuk kat bahu saya... amboi amboi amboi misi, mentang-mentang la ai comel kan.. heheh... takkanlah nak meraung macam budak kecik kan... steady la sikit.. hehheh...
Effect daripada suntikan ni lagi best.. Lengan lenguh sepanjang hari.. huhuhu... nasib baik bila bangun pagi ni, dah ok sikit.. Misi kata, ada orang yang boleh sampai demam bila kena cucuk ni.. nasib baik saya cuma lenguh-lenguh je la...
Bila kita kongsi sesuatu yang baik dan boleh mendatangkan faedah kepada ramai orang, insya Allah kita boleh dapat pahala kan...
Memandu jauh, berjam-jam samada malam ataupun siang memang meletihkan.. dan juga mengantuk kan? Saya tau, dan pernah rasa kerana sebelum saya bekerja kat umah je macam sekarang, dulu kerja saya travel je kejenya satu Semenanjung Malaysia, sorang-sorang...
Yes, sorang-sorang.. Masa tu anak dara lagi, belum berkahwin.. Memang memenatkan dan mengantuk.. Nak borak pun takde orang kat sebelah kan... so apa saya buat? Singgah mart kat stesen minyak, beli makanan... Favourite saya, air kotak coklat DutchLady, roti Gardenia coklat yang 70 sen satu tu, dengan Nips.. Haaaa, memang la membesar bagai juara la kan asyik dok telan benda alah tu je sepanjang driving...
Kalo lah saya tau tips ni dulu-dulu... pasti tak comel macam ni kan? ahahahah saje je taknak salahkan diri sendiri.. lumrah manusia eheheh...
Tahniah! Dahpun masuk 3rd trimester.. Rasa macam baruuuuuu je cek urine test aritu ;-)
Kita sedang menghampiri tempoh untuk bertemu dengan anak yang dikandung. Pada trimester ke 3 ini, perubahan fizikal semakin kelihatan. Perut semakin membesar, muka semakin melebar serta kaki dan tangan turut membengkak. Kita juga lebih mudah untuk berasa letih sekarang.
Rahim telah naik sehingga hampir ke tulang rusuk. Kita boleh melihat perut kita bergerak-gerak apabila bayi kita sedang bergerak di dalam. Pasangan kita juga boleh merasa pergerakan bayi jika dia meletakkan tangan pada perut, malahan dapat melihat bentuk kaki atau punggung bayi apabila bayi menendang atau berpusing.
Alhamdulillah, dah masuk 2015 dah pun kita... Allah masih pinjamkan nafas sehingga ke hari ini..
2014 ditutup dengan agak getir bagi kebanyakan kami rakyat Kelantan, kerana ujian banjir yang menimpa. Namun, kami terima ini dengan redha, sebagai tanda ujian dari Allah yang mahukan kami semua kembali lebih dekat pada Dia.
Boleh baca di pautan-pautan berita di Sinar Harian ini mengenai banjir di Kelantan.
Air banjir melimpah dengan begitu cepat, tanpa sempat berbuat apa-apa. Banjir ini melibatkan lebih 80% kawasan di Kelantan, di mana kawasan yang paling terjejas teruk adalah Gua Musang dan Kuala Krai. Yang kurang terlibat dengan banjir cumalah kawasan Bachok dan Pasir Puteh, itu je. Yang lain semua terjejas dengan banjir, dengan sangat teruk dan dengan kerugian yang bukan sedikit.
Ok lah, jom kita berbalik kepada perihal promo dari Shaklee.