Kencing Manis Semasa Hamil

  • Friday, December 06, 2013
  • By efie muhamad
  • 0 Comments

Kencing manis boleh berlaku semasa proses kehamilan, walaupun pada waktu sebelum kehamilan ibu-ibu tidak mempunyai masalah ini. Bila ini berlaku, banyak risiko yang tak diingini boleh berlaku. Justeru, para doktor akan membuat keputusan untuk mewadkan ibu-ibu yang berisiko ini untuk pemantauan yang rapi. 

Siapa Yang Berisiko?


✍ Ibu yang mempunyai sejarah keluarga terdekat yang mempunyai kencing manis. Misalnya ibu atau bapa yang menghidap kencing manis.
✍ Ibu yang obes atau mempunyai berat badan melebihi 80kg
✍ Ibu-ibu dengan sejarah komplikasi terdahulu seperti kematian bayi didalam rahim, keguguran berulangkali atau mempunyai bayi dengan cacat kongenital
✍ Ibu-ibu yang sering mendapat jangkitan kuman di dalam air kencing, atau sering mendapat jangkitan vagina
✍ Sering mempunyai gula didalam air kencing semasa pemeriksaan antenatal.


Cara Mengesan Penyakit Ini


Ujian darah yang dinamakan 'modified glucose tolerance test (mogtt)' akan dijalankan.

Dalam ujian ini, ibu-ibu akan diminta untuk berpuasa bermula dari jam 10malam sehinggalah selesai ujian darah yang dijalankan sekitar jam 8 pagi.

Kemudian, ibu-ibu akan diberi minum glukos sebanyak 75 gram dan darah akan diperiksa sekali lagi selepas 2 jam (sesetengah tempat mungkin menggunakan 100 gram glukos dan darah diambil selepas 3 jam)

Ujian ini akan mengesan sama ada ibu-ibu mempunyai kencing manis atau tidak. Sekiranya didapati mempunyai kencing manis, doktor akan menjalankan beberapa ujian lagi yang dipanggil profil gula didalam darah (BSP - blood sugar profile). Daripada ujian ini, doktor akan memberi arahan samada kita perlu mengawal pemakanan sahaja atau terpaksa menggunakan insulin.

Bagaimana Merawat Ibu dengan Kencing Manis 


 
Kawalan Pemakanan

Ibu-ibu perlu mengehadkan pengambilan makanan kepada 20 hingga 25kcal/ kg berat badan iaitu secara amnya lebih kurang 1800 - 2400 kcal.

Pemakanan bergula mestilah dikurangkan. Pengambilan serat adalah penting untuk mengekalkan rasa kenyang. Sayuran mestilah diambil dengan banyak sementara jumlah pengambilan karbohidrat seperti nasi haruslah dikurangkan. Minuman didalam botol atau tin mestilah dielakkan kerana mengandungi terlalu banyak gula.

kencing manis semasa mengandung


Senaman

Senaman boleh membantu mengurangkan risiko kencing manis. Ibu-ibu boleh melakukan senaman dengan berjalan atau berenang. Ini dapat membantu mengawal kencing manis. 

Suntikan Insulin

Ibu-ibu yang mempunyai kencing manis semasa mengandung perlu mengawal kandungan gula didalam badan dengan menggunakan suntikan insulin. Kebiasaannya suntikan ini akan diberi 3 kali sehari untuk memastikan kandungan gula dalam badan dalam keadaan stabil.


Bagaimana Shaklee Dapat Membantu?  


Multivitamin Shaklee

VITALEA
✒ Membekalkan zinc yang diperlukan untuk membantu menghasilkan lebih banyak insulin
✒ Membekalkan 19 vitamin & mineral bagi memyokong tumbesaran bayi dan membantu kesihatan ibu hamil

asid folik
B-COMPLEX
✒ Penting dalam metabolisma gula & pembebasan tenaga kepada sel badan
✒ Membekalkan kesemua 8 jenis vitamin B yang diperlukan badan termasuk Asid Folik untuk pembentukan saraf tunjang bayi

OSTEMATRIX
✒ Membekalkan magnesium yang diperlukan oleh pesakit kencing manis (kurangnya magnesium merupakan antara punca kencing manis)
✒ Membekalkan 100% kalsium harian yang diperlukan untuk pembentukan tulang bayi dan menyokong tulang ibu
✒ Sumber kalsium, magnesium dan Vitamin D dapat membantu mengaktifkan pankreas untuk mengatasi masalah kencing manis


Apapun, mencegah itu adalah lebih baik daripada merawat kan? 
Amalkan gaya hidup yang sihat, supaya kita bebas dari risiko-risiko ini dalam kehidupan kita tak kira semasa hamil ataupun tidak.
-------------------------------------------------------------------
Sekiranya anda perlukan suplemen Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari saya, agen Shaklee Pasir Tumboh, Kota Bharu. Bagi mereka yang tinggal jauh, saya gunakan khidmat PosLaju bagi penghantaran.
Boleh hubungi saya di 019-9890707 ;-)

You Might Also Like

0 comments