Ramai orang tak sedar bahawa dia sememangnya perlukan B-Complex, sebagai makanan tambahan seharian. Bila dah tersedar, hakikatnya masa tu dah mungkin agak terlambat. Suplemen ni bukan ubat. Ubat diambil semasa sakit, namun suplemen seharusnya diambil semasa badan masih sihat, untuk mengisi lompong-lompong kekurangan vitamin yang diperlukan oleh badan.
Para saintis Shaklee telah mencipta asid folik secara semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar kebolehserapan (bioavalaibility) yang sangat tinggi dan berkualiti, Ini kerana, asid folik yang semulajadi tidak mudah untuk diserap oleh tubuh, dan hampir 99% asid folik yang terdapat dalam pasaran bersifat sintetik.
B-Complex Shaklee mengandungi kesemua 8 jenis komponen penting yang perlu ada pada vitamin B-Complex untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna. Kelebihan dan kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan Vitamin B dalam tubuh.
Masyarakat Melayu khususnya, punyai pelbagai adat yang kadangkala bertentangan dengan ajaran agama Islam. Adat-adat ini diamalkan secara turun temurun, sehinggakan sekiranya kita sebagai ibu bapa muda enggan melakukannya akan dianggap derhaka dan menolak adat warisan. Serba salah jadinya....
Namun, hakikatnya kita memang kena kembali kepada ajaran agama. Apa yang tidak bertentangan, maka bolehlah kita ikut namun sekiranya sah-sah ianya menyimpang dari ajaran Islam maka wajarlah untuk kita menolak.
Peppermint Ginger Plus Shaklee merupakan kombinasi 4 herba dari Timur dan Barat, dan ianya dihasilkan di bawah prosedur standard dengan melalui penggunaan teknologi sains yang terkini.
Secara klinikal, ianya sangat membantu dalam merawat atau mencegah masalah loya, gastrik, mabuk laut, sendawa dan masalah penghadaman.
Hamil itu indah, tapi ramai yang rasa trauma dengan alahan teruk yang dihadapi semasa hamil, terutama pada peringkat awal kehamilan iaitu trimester pertama. Muntah yang kerap, badan lemah longlai tak bermaya, alah dengan bau (biasanya bau minyak wangi dan bau menumis), dan pelbagai lagi alahan yang berbeza-beza, dihadapi oleh ramai ibu hamil. Namun, ada juga ibu-ibu yang memang tak kena alahan ni (morning sickness) dan mereka memanglah saaaaangat beruntung...
Kali ini, kita cuba amalkan beberapa tips seperti di bawah. Mana tau, dapat juga bantu untuk kurangkan rasa loya dan alahan kita ketika hamil.
Pengambilan GLA Complex, untuk hamil ada caranya. Dan cara ini bergantung kepada individu masing-masing. Setiap orang tak sama. Salah cara makan, mungkin tak mendatangkan hasil yang diinginkan.
Jadi, jom kita cek, cara makan GLA Complex bagi mereka yang ingin hamil.
Kulit cantik merupakan idaman semua orang. Bila kulit cantik, keyakinan diri pun akan secara otomatiknya akan meningkat. Kita takkan rasa segan nak jumpa orang, rasa lebih berkeyakinan. Rupa paras yang cantik, tapi kalau kulit kusam pun tak guna jugak kan?
Banyak faktor yang memainkan peranan penting dalam pembentukan kulit kita, selain genetik. Persekitaran dan pemakanan turut memainkan peranan yang tak kurang hebatnya. Persekitaran merupakan faktor yang di luar kawalan kita, namun pemakanan merupakan sesuatu ya ng kita boleh kawal. Ambillah makanan yang baik untuk kesihatan kulit. Nak tau apa makanan yang baik untuk kulit, boleh baca di 5 Rahsia Kulit Cantik Macam Aishwarya Rai.
Kadar pesakit kencing manis, atau penghidap diabetes semakin meningkat di Malaysia. Graf yang semakin menunjukkan peningkatan yang ketara ini mungkin berpunca dari pola pemakanan yang amat tidak seimbang di Malaysia. Rata-rata gemar menikmati nasi lemak, roi canai, teh tarik, makanan tinggi karbohidrat seperti nasi dan mi serta pengambilan minuman bergula / berkordial / berkarbonat hampir setiap hari.
Alhamdulillah, hari ni merupakan Hari Raya Aidilfitri hari yang ke 5, juga merupakan hari pertama dalam bulan Ogos. Seperti biasa, hari pertama setiap bulan menjadi debaran bagi kebanyakan para Pengedar Bebas Shaklee, juga tak ketinggalan para pengguna tegar suplemen Shaklee. Ya lah, hari pertama merupakan hari pengumuman produk apakah yang menjadi produk promo untuk bulan itu. Jadi, masing-masing tertunggu-tunggu.