5 Rahsia Kulit Cantik Macam Aishwarya Rai
- Saturday, May 04, 2013
- By efie muhamad
- 0 Comments
Kulit yang cantik memang menjadi idaman semua orang, terutamanya kaum wanita. Siapa yang tak teruja bila dapat kulit yang halus mulus, gebu, bersih berkilat kan? Tak semestinya seseorang yang berkulit putih sahaja yang layak digelar sebagai berkulit cantik, malahan mereka yang berkulit sawo matang ataupun gelap turut berhak mendapat kulit yang cantik. Apabila kulit itu mendapat cukup nutrisinya, insya Allah ia akan secara semulajadinya menjadi cantik.
Makanan-makanan dibawah ini, turut menyumbang ke arah pembentukan kulit yang cantik.
Salad
Enam helai daun salad mengandungi 100 peratus keperluan Vitamin A harian
kamu. Vitamin ini berfungsi meremajakan kulit dengan cara meningkatkan
pergantian sel. Selain itu, kandungan kalium dalam salad juga menambah
zat kulit dan meningkatkan penyerapan oksigen dengan cara memperbaiki
aliran darah.
Tomato
Kajian menunjukkan peserta yang makan lima sudu pasta tomato kaya
lycopene setiap hari selama tiga bulan memiliki perlindungan 25 peratus
lebih banyak terhadap pancaran sinar matahari. Selain itu, makanan ini
juga menjadikan kulit mempunyai lebih banyak kolagen untuk mencegah
kulit daripada kendur.
Strawberry
Secawan strawberi menyediakan 130 peratus Vitamin C iaitu zat yang kuat
untuk meningkatkan pengeluaran serat kolagen. Fungsi kolagen adalah
untuk membantu kulit tetap tegang dan lembut. Semakin banyak Vitamin C
bererti semakin sedikit garis-garis yang muncul di kulit. Gadis dengan
pengambilan Vitamin C yang rendah cenderung untuk memiliki kulit kering
dan berkerut.
Epal
Quercetin, antioksida yang banyak terkandung dalam kulit epal berupaya
melindungi kulit daripada pancaran sinar UVB yang boleh membawa kepada
berlakunya kanser kulit.
Soya
Sebuah kajian menunjukkan, kedutan halus dan ketegangan kulit akan
meningkat apabila perempuan berusia di akhir 30- an dan 40-an. Oleh
itu, kamu digalakkan makan makanan yang kaya dengan isoflavon soya yang
dikenali dengan aglycone seperti tempe.
0 comments