Abruptio Placenta:Keadaan Uri Lekang Yang Sangat Bahaya Semasa Hamil

  • Saturday, December 13, 2014
  • By efie muhamad
  • 0 Comments

Dalam artikel lepas, kita telah ketahui tentang Placenta Previa, iaitu kedudukan uri di bawah semasa hamil. Placenta previa ini boleh jadi merbahaya, boleh jadi kurang merbahaya bergantung kepada jenis Placenta Previa yang dihadapi.

Berlainan pula dengan Abruptio Placenta (uri lekang) ini, keadaan ini lebih serius. Biasanya ibu akan mengalami sakit pada abdomen dan terdapat pendarahan yang tidak terlalu banyak. Ini kerana pendarahan yang berlaku adalah di dalam rahim. Bayi akan lemas dengan cepat dalam keadaan ini kerana uri yang lekang akan menyebabkan bayi keputusan oksigen.





Siapakah Yang Berisiko?



➛ Ibu yang mempunyai darah tinggi
➛ Ibu yang terkena hentakan pada perut
➛ Ibu yang berumur
➛ Ibu yang mempunyai anak ramai
➛ Abdomen yang terlalu mengembang, misalnya bagi kandungan kembar ataupun air ketuban yang terlalu banyak
➛ Sebab-sebab lain

Implikasi Uri Lekang

 

➛ Berlaku gangguan sistem pembekuan darah- ini akan menyebabkan pendarahan berlaku berterusan dan memerlukan penambahan darah dan faktor pembeku. Keadaan ini boleh menjadi sangat serius.
➛Kematian bayi di dalam rahim

Tanda-tanda Uri Lekang

 

Secara amnya, tanda-tanda klinikal bergantung kepada sebesar mana lekangan berlaku. Lebih kurang 30% lekangan adalah kecil dan cuma disedari setelah bayi lahir dan pemeriksaaan dijalankan ke atas uri.

Kebanyakan pesakit akan mengalami pendarahan. Ada kalanya lekangan besar telah berlaku, tetapi pendarahan yang berlaku cuma sedikit kerana darah terkumpul di dalam rahim.

Lekangan yang besar selalunya akan menyebabkan kesakitan di bahagian abdomen dan dinding abdomen menjadi keras. 

Bayi akan kurang bergerak dan pemeriksaan CTG menunjukkan tanda-tanda bayi akan lemas.

Cara Kelahiran


Cara kelahiran boleh melalui kaedah normal atau pembedahan,  bergantung kepada keadaan.

Set Hamil Shaklee

 




Ingin dapatkan Set Hamil Shaklee, bagi membantu anda mendapatkan nutrisi yang cukup bagi memenuhi keperluan ibu hamil?

Boleh dapatkan di sini...

Efie
019-9890707

You Might Also Like

0 comments