Kita dahpun melangkah masuk ke bulan December, bulan terakhir pada tahun ini.. Rasa macam sekejaapppp je kan masa berlalu.. Rasa macam baru je masuk tahun 2015, dahpun nak habis dah... sob sob sob... azam yang kita pasak masa nak masuk tahun baru haritu dah tercapai? Erkkk...hihihi...
Okla, taknak buang masa dah merapu meraban...
Ni nak bagitau ni, produk promo Shaklee untuk bulan ni Shaklee dan announce dah..
Shaklee Collagen Powder
&
Lecithin
Haaaa, saya tau pasti ramai yang suka ni kan? Yela, harga lebih murah pada zaman yang serba mahal ni pastilah mendatangkan kegembiraan buat kita kan?
Wajah yang cantik, tak bermakna sekiranya dipenuhi oleh
pigmentasi-pigmentasi yang menjelikkan. Biasanya pigmentasi inilah yang akan
menyumbang kepada pertumbuhan jeragat pada wajah. Semakin usia meningkat,
semakin tinggi potensi untuk kulit muka semakin bermasalah.
Kulit cantik merupakan idaman semua orang. Bila kulit cantik, keyakinan diri pun akan secara otomatiknya akan meningkat. Kita takkan rasa segan nak jumpa orang, rasa lebih berkeyakinan. Rupa paras yang cantik, tapi kalau kulit kusam pun tak guna jugak kan?
Banyak faktor yang memainkan peranan penting dalam pembentukan kulit kita, selain genetik. Persekitaran dan pemakanan turut memainkan peranan yang tak kurang hebatnya. Persekitaran merupakan faktor yang di luar kawalan kita, namun pemakanan merupakan sesuatu ya ng kita boleh kawal. Ambillah makanan yang baik untuk kesihatan kulit. Nak tau apa makanan yang baik untuk kulit, boleh baca di 5 Rahsia Kulit Cantik Macam Aishwarya Rai.