"Takpe aku mentekedarah pun, aku dah makan vitamin"..
.
Kalau dengar saya cakap macam ni, sila lempang kuat-kuat ya bagi sedar diri sikit 😝
.
Nak jaga kesihatan, bukan setakat kena makan vitamin, tapi semua kena jaga tau!
.
Makan kena jaga..
Bersenam pun kena buat..
Vitamin pun kena telan..
.
Baru lah namanya ikhtiar untuk sihat..
.
Pernah dengar tentang konsep SUKU SUKU SEPARUH?
.
Kalau nak kira kalori ni, ramai yang rasa leceh + tak reti + malas kan.. Takpe.. Buat je konsep suku-suku separuh ni, insya Allah selamat jugaklah bab kalori tu..
.
Apa yang suku?
Apa yang separuh?
.
Suku - karbohidrat & protein
Separuh - sayur dan buah
.
Gula putih kalau boleh kita hapuskan terus dalam kamus hidup..
Kalau tak boleh, kurangkan sedikit demi sedikit, hari demi hari...
.
Bab bersenam pulak - haihhh leceh jugak bagi sesetengah orang..
.
Kena paksa diri jugaklah.. Tak dapat buat kat outdoor, indoor pun boleh.. kat Youtube banyak je cara bersenam yang kita boleh ikut walaupun kat rumah.. Antara nak dengan taknak je kan..
.
Sebenarnya bila berpeluh ni, badan kita pun akan jadi lebih sihat..
.
Bab vitamin pulak - pastikan pilih vitamin yang betul. Ada banyak beza tau antara vitamin sintetik dengan vitamin yang semulajadi ni.. Kalau nak tahu apa bezanya, cari lah sendiri 🤣🤣.. Rasa malas pulak nak 'ulangsuara' bab ni pagi ni hahahaha...
.
Ok lah, saya pun agak ke lautan jugak bab healthy lifestyle ni.. Marilah kita sama-sama kembali ke daratan jom!
.
0 comments