Part 1: 6 Hari 5 Malam Trip Kota Kinabalu - Kundasang
- Sunday, August 06, 2017
- By efie muhamad
- 0 Comments
Dah lama teringin nak ke Kundasang, akhirnya sampai jua.. Alhamdulillah...
Seronok sangat.. Sebabnya kami pergi beramai-ramai bukan setakat keluarga kecil saya bahkan adik beradik dan anak-anak saudara pun join sekali. Sepatutnya trip kami seramai 21 orang, tapi disebabkan ada satu maslahat yang tak dapat dielakkan, maka sorang tak dapat ikuti trip kali ni.. So, tinggal 20 orang je lah.. 13 dewasa dan 7 orang kanak-kanak..
Kami pergi selama 6 hari 5 malam.. 3 malam di Kota Kinabalu, dan 2 malam di Kundasang.. Kos sepanjang trip ini adalah RM16,000.00 termasuk tiket flight + penginapan + pengangkutan + makan + lawatan... Ok sangat la kan.. So, kiranya kos untuk seorang lebih kurang RM800. Ok sangat lahhhhh...
Flight kami dari Kota Bharu - Kota Kinabalu pada 27 Julai pada pukul 1 tengahari. Seawal pukul 11 pagi kami dahpun berada kat airport. Memandangkan kami ramai, dan abang saya menggunakan kerusi roda, so better pergi awal la kan untuk urusan check-in. If anything happen, ada masalah pape ke senang bila datang awal ni. Ada masa yang cukup. Tambah-tambah lagi kami naik Air Asia. Fuhhh memang trauma kot kalo tak sempat check-in. Hihihi...
Kanak-kanak riang tak sabar nak naik flight |
Flight slightly delayed. Dalam pukul 1.20 kot baru take off. Kami selamat tiba di airport Kota Kinabalu lebih kurang pukul 3.50 petang. Nak masuk ke Sabah ni, ada nak kena lalui kaunter imigresen. Tapi takde apa pun. Just dia bagi 1 slip untuk kita simpan, dan masa nak keluar dari Sabah nanti kena cop balik. Tu je.
Sepanjang kat Sabah ni, kami sewa 2 buah van. Maklumlah, ramai kan hihihi.. Kami sewa dengan Encik Fadzly, suami kepada sahabat se-Shaklee saya. Kami sama team iReach. Alhamdulillah, sewanya sangat berpatutan dan highly recommended. Sesiapa yang nak sewa, boleh contact beliau terus.
Encik Fadzly: 013-5425450
Puan Arynn: 016-5879882
Sampai je kat airport, encik Fadzly dahpun siap sedia tunggu ketibaan kami. Beliau serahkan 2 buah van yang kami sewa, dan kami terus bergegas ke Marina Court. Rushing jugaklah sebab Maghrib kat Sabah kan sekitar pukul 6.30 petang. Masa tu dahpun hampir pukul 5, sedangkan kami belumpun solat Jamak Zuhur & Asar lagi.
Oh ya, cadangan saya kalo flight korang ke Kota Kinabalu awal pagi, korang digalakkan untuk terus ke Kundasang. Balik nanti je baru stay kat Kota Kinabalu. So takdelah berpindah randah banyak-banyak kali kan.
Kes kami ni, memandangkan kami sampai ke KK dahpun petang sangat, so kami prefer untuk stay kat KK dulu la 1 malam, baru bertolak ke Kundasang esok pagi nanti.
Ok, kat KK ni kami menginap di Marina Court Condominium. Lokasinya betul-betul dalam bandar Kota Kinabalu. Tak susah nak cari, dan akses yang mudah untuk ke mana-mana. Kami booking apartment melalui https://www.traveloka.com/. Lebih murah & lebih senang.
Sampai di Marina Court lebih kurang pukul 5.30 petang. Terus check-in dan bergegas solat. Jamak Taakhir Zuhur & Asar. Kami sewa 2 buah apartment. So ada 6 buah bilik. Ngam-ngam untuk kami 6 keluarga.
Untuk first night dinner, kami beli je dan makan kat apartment. Masih penat untuk keluar beramai-ramai makan kat luar, so sorang tukang beli bungkus bawak balik rumah. Makanan? Sedapppppp sangat! Memang thumbs up lah!
Untuk first night dinner, kami beli je dan makan kat apartment. Masih penat untuk keluar beramai-ramai makan kat luar, so sorang tukang beli bungkus bawak balik rumah. Makanan? Sedapppppp sangat! Memang thumbs up lah!
Ok, first day done.
Nanti kita sambung lagi cerita di Part 2 ok ;-)
Banyakkkkk lagi nak cerita ni...
Banyakkkkk lagi nak cerita ni...
No contact untuk sewa kenderaan:
Encik Fadzly: 013-5425450 / Puan Arynn: 016-5879882
No contact untuk sewa apartment di Marina Court Kota Kinabalu:
Cik Daya: 016-8321693 / Puan Linda: 016-8325693
No contact Kiram Village: 016-6950057
**************************************
Nak order Shaklee?
Pengedar Sah Shaklee Kota Bharu (ID: 869620)
Efie Muhamad (facebook)
0 comments