Part 3: 6 Hari 5 Malam Trip Kota Kinabalu - Kundasang
- Tuesday, August 08, 2017
- By efie muhamad
- 0 Comments
Dah masuk Part ke 3 dah kita..
Heheheh macam beria sungguh la kan cerita kat blog ni pasal trip kami. Padahal Kundasang je punnnn.. Bukan oversea pun..
Takpelah, kita start dengan yang dekat dulu, ada rezeki lagi kita pergi yang jauh sikit.. Aminnn..
Lagipun, sebab saya ni jenis yang suka Google untuk dapatkan tips2 nak masak ke nak travel ke, so semoga apa yang saya tulis ni sikit sebanyak boleh dijadikan panduan buat mereka yang memerlukan. Boleh jugak jadi saham pahala untuk saya insya Allah...
Hari ni hari pertama kami di Kundasang.. Orang cakap kalo nak ke Desa Dairy Farm tu, kena pergi awal-awal pagi, kalo tak nanti ramai orang. So apa lagi kami awal-awal lagi dah bersiap untuk ke farm.. tak mandi pun kahkahkahkah.. Amek wudhuk pun paksa diri, apetah lagi nak mandi... Sejukkkkk... Air paip dah macam air ais kottt... hihihi...
Dairy Farm ni dekat je dengan Kiram Village.. Sampai je kami kat farm, rupanya dah beratur panjangggg.. Orang dah ramai.. Takpelah redah je lah.. Desa Dairy Farm ni kira macam trademark kalo datang ke Kundasang.. Tak sah Kundasang kalo tak ke Desa Dairy Farm.. Haaa gittewww... Kat sinilah kita nak tengok lembu bertompok-tompok hitam putih ala-ala lembu kat New Zealand tu...
Aiskrim kat sini sedapppp.. Jangan lupa beli tau... |
Nampak gunung Kinabalu kat belakang tu... |
Lembu yang tengah diperah susunya kot ni hihi... Tak sure sebab masa sampai tu dah siap proses ni.. |
Ok, lepas je kat Dairy Farm kami terus ke Luanti - nak fish massage.. Agak jauh jugaklah sebab Luanti ni area Ranau, dalam 30km jugak dari Kundasang.. Sama jugak dengan tempat-tempat lain, nak masuk ke sini berbayar lah.. RM5 sorang.. Sekali masuk, 15minit untuk kita merendam kaki dan digigit-gigit manja oleh ikan-ikan tu.. Geli jugak hihihi tapi tahan je lah..
Kemudian kami ke Sabah Tea. Dekat je dengan tempat Fish Massage ni. Dekat tu takdelah maksudnya boleh jalan kaki je, tapi naik kereta jugaklah heheheh.. Kalo nak beli teh untuk bawak balik ke semenanjung, bolehlah beli kat sini..
Sepatutnya, kalo ikut planning kami, nak singgah ke Poring Hot Spring selepas ke Sabah Tea ni.. Tapi apakan daya masing-masing cakap tak larat dah, nak balik terus ke Kiram Village. So, kitorang terus balik lah..
Petang tu, kiranya berehat kat Kiram je lah. Dok amek gambar bunga-bunga kat Kiram. Kiram ni kiranya macam homestay dalam taman. penuh dengan bunga-bungaan. Cantikkk.. sampai bawah rumah pun ada pokok bunga jugak hihihi...
Anak saya no 3 - Asyfa Qaisa |
So, berakhirlah hari ke 2 kami di Kundasang..
Untuk hari ke 3, kita cerita dalam Part 4 pulak..
Siapa-siapa yang tengah survey contact number kereta sewa ke penginapan ke di Sabah, boleh cuba contact no ni ya..
No contact untuk sewa kenderaan:
Encik Fadzly: 013-5425450 / Puan Arynn: 016-5879882
No contact untuk sewa apartment di Marina Court Kota Kinabalu:
Cik Daya: 016-8321693 / Puan Linda: 016-8325693
No contact Kiram Village: 016-6950057
**************************************
Nak order Shaklee?
Pengedar Sah Shaklee Kota Bharu (ID: 869620)
Efie Muhamad (facebook)
0 comments