Jangan Sedih Bila Gagal Kerana.....

  • Saturday, February 24, 2018
  • By efie muhamad
  • 0 Comments

Pernah tak korang rasa gagal?
Mesti sedih kan?

Tapi, percayalah kegagalan tu lah yang akan melonjakkan diri kita ke arah menjadi yang luar biasa. Kalau tiada kegagalan tu, mungkin kita akan statik sama je sampai bila-bila. Tapi bila kita gagal - kita akan rasa sentap dan berazam untuk buat dan dapatkan yang jauh lebih baik.

Saya juga pernah gagal.
Selalu jugak pun hahaha..

Kalau zaman sekolah dulu, subjek yang selalu ada potensi untuk fail adalah Add Maths. Hahahaha.. Walaupun saya suka Maths. Tapi taktaulah kenapa Add Maths tu bermasalah sikit. Mungkin darah muda sangat masa tu. Banyak lagho, daripada belajar. Kahkahkah.

Nasib baiklah sempat cover balik masa SPM. Tapi takdelah dapat A1 @ A2, cuma dapat C3 je.

Masa kat universiti pun sama. Senior pakat dok cakap - subjek Financial Accounting 3 adalah killer subject. Mostly orang akan fail subject tu. Perkara biasa. Maka, saya pun macam dah set dalam kepala - ok, fail FA3 adalah cool je. Ahahahahah boleh pulak kan fikir macam tu. Dah activate minda bawah sedar kita untuk fail. Maka hasilnya, memang betul-betul fail. Kihkihkih.  Padahal, repeat paper tu next sem, ok je pulak keputusannya.

Tu la kan, kuasa minda bawah sedar kita ni memang power. Maka, jomlah kita fikir yang baik-baik - doa yang baik-baik nescaya yang baik-baik akan datang pada kita. Insya Allah.

Korang pernah gagal?



****************************

Nak order Shaklee?

Pengedar Sah Shaklee Kota Bharu (ID: 869620)
FB: Efie Muhamad (Founder TheVioletTeam)

You Might Also Like

0 comments