Nak 1000 Daya... Jika Tak Nak Cukup 1 Alasan Je...

  • Sunday, February 18, 2018
  • By efie muhamad
  • 0 Comments


Pagi-pagi macam ni, cuaca mendung - tenang - sunyi.. 
Anak-anak pun dah tidur balik dah..

Terkenangkan kisah bagaimana saya bermula dalam Shaklee..
Kisah yang akan saya ingat sampai bila-bila, yang akan saya jadikan pembakar semangat saya tika saya rebah - untuk bangkit semula. Walaupun berkali-kali.

Bisnes Shaklee yang saya pilih masa tu adalah bisnes online..
Bisnes online - yang mana saya masa tu sangat buta IT.. 
Buta gajet.. 
FB pun baru buat je kot masa tu.. 
Back in 2012..

Bagi orang yang tak reti langsung - nak ceburkan diri dalam satu-satu bidang tu, pastilah sangat mencabar..

Mentor saya kata - buatlah blog.
Saya kata - macamana nak buat?
Mentor saya jawab - pergi dekat Blogger.Com.

And that's it!

Nak tanya lebih-lebih, segan dah saya.
Mesti dia tak sangka saya tak tahu langsung pasal dunia blogging.

Namun, saya tak menyerah kalah.
Saya cari buku tentang cara bina blog - dan saya bina blog saya http://vitaminsaya.blogspot.com/ itu, hanya berpandukan buku. Lepas dah terwujud blog lah, baru saya mula cari kelas-kelas berkaitan dengan blog. Samada kelas free mahupun berbayar, saya join. Untuk cari ilmu.

Dan Alhamdulillah, blog saya sekarang dahpun mempunyai 494 artikel, dan lebih 250,000 pengunjung yang dah mengunjungi blog saya. 

Ya, saya tahu saya masih belum otai pun.
Blogger otai, sah-sah pengunjung blog beribu-ribu sehari, berjuta-juta jumlah pengunjung dah yang datang.

Namun, saya tetap berbangga dengan blog saya.
Kerana saya tahu, betapa struggle nya saya untuk bina blog satu masa dulu.

Yang penting - asal kita NAK, datanglah beribu halangan pun kita redah jugak. Tapi kalau kita TAKNAK, cukup hanya dengan satu alasan.


Setuju tak?

************************************

Nak order Shaklee?



Pengedar Sah Shaklee Kota Bharu (ID: 869620)

FB: Efie Muhamad (Founder TheVioletTeam)

You Might Also Like

0 comments