Keguguran di Awal Kehamilan

  • Saturday, June 29, 2013
  • By efie muhamad
  • 0 Comments

 Trimester pertama, merupakan detik getir kehamilan. Banyak kemungkinan dan permasalahan yang mungkin berlaku pada awal kehamilan. Antara yang paling menggusarkan, adalah berlakunya pendarahan.

Pendarahan yang terjadi selalunya sedikit. Namun ianya adalah sesuatu yang harus diambil berat. Jangan pandang ringan walaupun darah yang keluar hanyalah sedikit.



Sekiranya ini berlaku, berjumpah dengan doktor. Pemeriksaan ultrasound dan pemeriksaan vagina akan dilakukan untuk memastikan keadaan bayi.

Threatened Abortion >> selalunya janin kelihatan baik. Ibu akan diminta berehat untuk beberapa hari, dan berkemungkinan doktor akan memberi suntikan atau sejenis pil progesteron. Selalunya keadaan akan berhenti selepas beberapa hari dan kandungan dapat membesar seperti biasa. Ada pelbagai andaian hal ini berlaku, andaian yang paling diterima adalah disebabkan kekurangan hormon protesterone yang dihasilkan oleh korpus luteum.

Missed Abortion >> ibu-ibu terasa seperti hilang tanda-tanda mengandung, tiada lagi loya dan muntah. Melalui pemeriksaan ultrasound, janin akan kelihatan lebih kecil, tidak bergerak dan tiada denyutan nadi. Karung luar janin mungkin akan mengecil dan kelihatan tidak sekata. Dalam keadaan ini, janin tidak lagi hidup dan perlu dikeluarkan bagi mengelakkan jangkitan kuman.

Incomplete Abortion >> sekiranya pendarahan keluar dengan banyak dan disertai sakit perut yang kuat, perlu berjumpa doktor segera dan memerlukan pencucian rahim segera. Dalam keadaan ini, sebahagian kandungan telah keluar dan sebahagian lagi masih tinggal di dalam.

Vitamin selepas Keguguran

Secara amnya, keguguran adalah seumpama bersalin. Kita memerlukan suplemen bagi membantu tubuh ibu bertenaga dan pulih seperti biasa.

Apa yang disarankan adalah, BComplex + Vitamin C + Vitalea + Zinc.. 








Bantulah badan kita mendapatkan nutrisi yang sepatutnya, bagi membolehkan kita untuk merancang kehamilan seterusnya. Jangan putus asa, rezeki itu Allah yang bagi, kita hanya berusaha. Bila dan dimana, atau dalam bentuk yang bagaimana di luar kuasa kita. Apa yang penting, sentiasalah bersedia.


Shaklee menawarkan vitamin SEMULAJADI, SELAMAT dan BERKESAN.

Selamat mencuba ;-)

..........................................................................................................
Sekiranya anda perlukan suplemen Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari saya, agen Shaklee Pasir Tumboh, Kota Bharu atau dapatkan di kedai Mom 2 Moms milik saya, juga di Pasir Tumboh. Bagi mereka yang tinggal jauh, saya gunakan khidmat PosLaju bagi penghantaran.

Boleh hubungi saya di 019-9890707 ;-)









You Might Also Like

0 comments