Thursday, 11 December 2014

Plasenta Previa: Komplikasi Kehamilan Yang Wajib Anda Ambil Tahu!

Plasenta previa ini bermaksud kedudukan uri di bawah, yang menutup laluan keluar bayi semasa proses bersalin nanti. Ia adalah komplikasi kehamilan yang mana plasenta berada di bahagian bawah uterus dan menutupi sebahagian atau kesemua serviks atau pembukaan rahim.

Placenta Previa merbahaya, kerana adakalanya boleh membawa kepada kematian bayi di dalam rahim.

Harian Metro: Bayi Meninggal Kerana Plasenta Previa


Perbezaan kedudukan uri normal dan uri di bawah

Bagaimana Uri Boleh Berada di Bawah?

 



Uri berjalan ke? Heheheh... Sebenarnya takdelah uri tu berjalan. Sama sekali salah. Uri terbentuk pada waktu zigot yang baru berumur lebih kurang 7 hari mencari tempat untuk menempel pada dinding rahim. Sekiranya ia memilih untuk menempel pada bahagian bawah rahim, maka ini yang menyebabkan terjadinya uri di bawah.

Plasenta previa ni biasanya dapat dikesan semasa doktor membuat ujian imbasan ultrasound (scan). Doktor akan memeriksa kedudukan uri, setiapkali melakukan ujian ini. Jika imbasan ultrasound dilakukan semasa awal kehamilan dan plasenta ternampak seakan-akan terletak berdekatan dengan serviks atau menutupinya, jangan pula anda merasa terlalu bimbang. 

Itu tak semestinya plasenta previa. Semasa bayi membesar, uterus akan mengembang secara semulajadi, menarik plasenta ke atas. Walaupun plasenta masih terletak rendah semasa imbasan minggu ke-20, ini mungkin bukan lagi merupakan satu masalah apabila sudah cukup bulan. Ini adalah disebabkan semasa pembesaran bahagian bawah rahim , kebanyakan plasenta seakan-akan "bermigrasi" ke atas di waktu trimester ketiga. 

Jenis-jenis Plasenta Previa


Ada 4 jenis, di mana Placenta Previa Type 1 & Type 2, digelar sebagai Placenta Previa Minor, manakala Placenta Previa Type 3 & 4 digelar sebagai Placenta Previa Major. 

uri di bawah

Plasenta Previa Minor  ➳ tahap kurang serius


uri di bawah

Plasenta Previa Major  ➳ tahap serius

Komplikasi Uri Di Bawah

 

  Komplikasi utama adalah pendarahan  yang banyak, biasanya berlaku pada tahap serius, namun adakalanya boleh juga berlaku pada tahap kurang serius.

Apabila pendarahan berlaku, samada sedikit ataupun banyak, ia merupakan satu kecemasan. Pembedahan perlu dilakukan dengan segera untuk menyelamatkan ibu dan bayi.

Oleh kerana pendarahan boleh berlaku dengan banyak, maka faktor masa menjadi sangat penting. Biasanya, ibu-ibu yang berisiko major  ini akan diminta untuk tinggal di hospital sehingga bersalin. Walaupun agak sukar nak duduk hosapital lama-lama, namun ramai ibu-ibu yang prihatin dengan kandungan mereka sanggup melakukannya.

Cara Kelahiran Bayi

Bagi uri di bawah peringkat serius, cara kelahiran adalah melalui pembedahan. Ianya biasanya dilakukan pada minggu ke 38. Sekiranya pendarahan berlaku, ianya mungkin akan dilakukan lebih awal lagi. 
Bagi tahap 1 dan 2, doktor akan melakukan pemeriksaan vagina di dewan bedah. Sekiranya terdapat uri di pintu rahim, pembedahan akan terus dilakukan. Sekiranya di sekeliling pangkal rahim tiada uri dan kepala bayi boleh 'engaged', ibu akan dibenarkan bersalin secara biasa. Akan tetapi sekiranya terdapat pendarahan, pembedahan harus dilakukan.

Awas!!! 

 

Jangan sesekali berjumpa bidan untuk mengurut kerana uri melekat pada dinding rahim. Sebarang pergerakan kasar boleh menyebabkan pendarahan berlaku.
**************************************************
Saya merupakan Pengedar Sah Produk Shaklee..
Sekiranya berminat un tuk dapatkan produk ini, boleh hu bungi saya..

Efie
019-9890707



No comments:

Post a Comment