5 Cara Elak Keletihan Melampau Semasa Hamil

  • Friday, December 29, 2017
  • By efie muhamad
  • 0 Comments

Perasan tak, bila kita hamil, biasanya Trimester 1 dan Trimester 3 kita akan rasa letihhhh sangat. Trimester ke 2, biasanya ok sikit.

Tau tak sebab apa?

Masa Trimester Pertama, badan kita tengah nak adjust perubahan hormon yang sedang berlaku dalam badan. Tambahan pula, kebanyakan ibu hamil yang alami alahan, akan melalui fasa alahan yang sangat teruk pada awal trimester ni. Dengan muntah-muntah, tak selera makan, tak boleh bau pelik-pelik maka tak hairanlah badan kita akan rasa teruk sangat masa Trimester Pertama ni.


Trimester Kedua makin ok. Badan dah semakin boleh adapt dengan perubahan hormon yang berlaku. Alahan juga biasanya dah makin berkurangan bila memasuki Trimester Kedua ni.

Trimester Ketiga jadi balik. Penat melampau-lampau. Kan? Heheheheh... Sebabnya, badan kita dah semakin berat. Perut dah semakin membesar. Berjalan pun dah cepat letih. Bercakap dan bernafas pun makin mengah. Malam pula makin tak lena nak tidur.

Bertabahlah.

Kita sedang membawa zuriat kita yang sangat kita kasihi.
Bila baby dah keluar, pasti kita akan rindukan momen-momen indah masa hamil, saat baby menendang-nendang halus perut kita. 
Kan?


penat semasa hamil


Ok, ini ada sedikit tips yang boleh diamalkan oleh ibu hamil, bagi mengurangkan sedikit kepenatan yang dialami semasa hamil.

Tips Untuk Elak Keletihan Melampau Semasa Hamil


1. Dapatkan Rehat Yang Cukup Dan Berkualiti


Tak salah untuk kita ambil masa untuk rehat sedikit, pada waktu siang. Penat oiii hamil ni. Ingat senang? Hihihihi.. Bukannya kita nak manjakan diri beria pun, sampai apa benda pun tak nak buat (tapi ada jugak tau kawan saya yang jenis alahan teruk sangat sampai apa pun tak boleh buat - nak buat macamana kan bukannya dia mintak pun). Tapi at least ada masa untuk tarik nafas sekejap. Rehatkan diri. Have a me-time. Take it as re-charge diri.


2. Ambil Makanan Berkhasiat


Makanan yang berkhasiat mampu memberikan tenaga untuk kita. Ambil karbohidrat + protein + fiber & serat secukupnya. Makanan merapu seperti fast-food, jajan, keropok, minuman berkarbonat dan makanan ringan yang lain tu - elakkanlah. Minuman berkafein juga seharusnya dikurangkan semasa kita hamil ni. 


3. Minum Air Masak Secukupnya


Air masak kena minum dengan cukup. Walaupun rasa tak lalu sangat, ala-ala macam kena paksa diri pun usaha jugaklah supaya badan tak terhidrat. Selain air masak, boleh juga blend buah ataupun sayur seperti timun dan tomato. Minuman manis bergula tu kurangkanlah. Kang tak pasal-pasal pulak kena GDM (Gestational Diabetes Melitus) nanti.

Dipercayai, bila kita amalkan bersenam semasa hamil, ianya dapat kurangkan keletihan kita. Badan akan rasa lebih cergas. Bila berpeluh, badan pun akan rasa lebih sihat. Ada beberapa senaman yang sesuai utnuk diamalkan semasa hamil. Boleh tengok di Senaman Yang Terbaik Untuk Kehamilan.

5. Jangan Culas Ambil Suplemen


Selalu tak dengar orang cakap ..

"Jangan makan vitamin, nanti anak besar". 

Haaaa, mesti selalu kan. Salah apa yang orang cakap tu. Walhal, vitamin sangatlah penting untuk tumbesaran anak yang kita kandung. Penting untuk hemoglobin (hb) darah kita, penting untuk tumbesaran bayi, penting untuk meminimakan risiko daripada terjadinya kecacatan pada bayi. 

Tahu kan, asid folik sebagai contoh, jika badan tiada bekalan asid folik yang cukup, bayi boleh mengalami kecacatan spina bifida.

Suplemen Shaklee Untuk Ibu Hamil




B-Complex mengandungi kesemua jenis Vitamin B, termasuk asid folik yang sangat penting untuk diambil semasa hamil. 

Vitalea pula merupakan multivitamin yang mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral termasuk zat besi yang penting untuk memastikan hemoglobin darah kita berada pada tahap yang normal. 

Vitamin C pula sangat penting sebagai antioksidan yang membantu tubuh kita untuk melawan jangkitan penyakit. Vitamin C juga penting untuk penyerapan zat besi secara optimum oleh badan.

Peppermint pula berkesan untuk mengurangkan loya-loya semasa hamil. Antara bahan yang terkandung dalam Peppermint ni ialah halia dan pudina yang berkesan untuk membuang angin dalam badan.

ESP pula penting sebagai sumber protein. Protein daripada tumbuhan ni, tiada kolestrol, jadi tak risaulah jika kita ambil dengan kerap berbanding protein dari sumber haiwan. ESP pula rendah kadar glisemiks indeks nya, jadi boleh berikan rasa kenyang yang lebih lama. Pesakit kencing manis ataupun ibu yang ada GDM masa hamil ni pun sangat sesuai untuk ambil ESP.
Untuk beli set ni, boleh terus klik link eSell kat bawah ni ya.

Juga boleh hubungi saya untuk pembelian.


Pengedar Sah Shaklee Kota Bharu (ID: 869620)
FB: Efie Muhamad (Founder TheVioletTeam)

You Might Also Like

0 comments