5 Cara Mengawal Berat Badan Ketika Hamil

  • Saturday, December 02, 2017
  • By efie muhamad
  • 0 Comments

Masa mengandung, antara perkara yang kita selalu ngeri adalah - menimbang berat. Kalau naik banyak sangat pun tak boleh, tak naik berat pun tak boleh, turun berat badan lagi la tak boleh kan. Hahahaha... Kadang tu rasa geram kat nurse pun ada. Ya la, dah semua tu tak boleh kan.

Tapi sebenarnya, apa yang nurse marah ke bebel ke tu sebenarnya untuk kebaikan kita jugak kan. Sebab, kenaikan berat badan kita semasa hamil tu akan refleks juga kepada tahap kesihatan kita dan bayi dalam kandungan.


Contohnya, kenaikan berat badan yang mendadak boleh menjadi petanda kepada simptom kencing manis semasa hamil. Kencing manis semasa hamil ni bahaya, sehingga boleh mengakibatkan kematian kepada bayi. Nauzubillah...


Jadi, bagaimana caranya?


Jom kita tengok apa petua yang boleh kita amalkan bagi mengawal berat badan semasa hamil.

Cara Mengawal Berat Badan Ketika Hamil


1. Kenalpasti Kenaikan Berat Badan Anda Yang Dibolehkan


Setiap individu itu berbeza. Ibu yang mempunyai berat badan yang obes, kenaikan berat badannya semasa hamil adalah sepatutnya kurang daripada ibu yang mempunyai berat badan yang normal. Boleh tengok rajah di bawah untuk lebih senang faham.

berat badan meningkat semasa hamil


2. Sentiasa Aktif


Mengandung bukanlah tiket untuk kita bermalas-malasan je tanpa perlu berbuat apa-apa. Teruskanlah melakukan kerja-kerja rumah sepertia biasa, namun kerja-kerja berat bolehlah dihindarkan. 

Kita juga digalakkan untuk bersenam. Ada senaman-senaman yang dianjurkan, baik untuk ibu hamil.
Berenang juga sangat baik untuk diamalkan semasa hamil.

bersenam semasa hamil

3. Makan 'Secara Bersih'



Ahahahaha apa pulak tu makan secara bersih kan? 

Maksudnya, kita kena makan mengikut portion yang betul. Lebihkan sayur-sayuran dan fiber, kurangkan makanan berlemak dan berminyak. Makan dalam kuantiti yang kecil, namun kerap.


eat clean

4. Minum Air Yang Cukup


Minum air kena cukup. Tambah-tambah pula kita berada di Malaysia, yang beriklim khatulistiwa. Kerap dahaga kan. So, lebihkan minum air terutama semasa hamil. Jangan minum air manis pulak. Kang lain yang dicita, lain pulak yang mendatang. Minum air masak ok. Sekurang-kurangnya 3 liter setiap hari.

5. Ambil Minyak Ikan


Asid lemak Omega 3 yang terdapat dalam minyak ikan berfungsi untuk memecahkan lemak dalam badan kita, dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan simpanan lemak tambahan dalam badan.

Minyak ikan yang terbaik pastilah OmegaGuard Shaklee kerana Omega Guard Shaklee dihasilkan menerusi kaedah teknologi terkini iaitu ultratulen bergred farmaseutikal. Maksudnya ia melalui proses penyulingan proprietari tiga molekul yg dpt memekatkan asid lemak Omega3 paling tulen. Maka, pastilah minyak ikan Shaklee ni bebas daripada sebarang logam berat berbahaya yang mungkin terdapat dalam badan ikan.

Selain daripada minyak ikan bagus untuk mengawal berat semasa hamil, minyak ikan juga bagus untuk merangsang perkembangan otak bayi dan juga mengawal tekanan darah ibu hamil.


minyak ikan shaklee

Untuk order, boleh klik terus kat butang eSell kat bawah ni.



Untuk konsultansi tetang produk Shaklee, boleh hubungi saya.



Pengedar Sah Shaklee Kota Bharu (ID: 869620)
FB: Efie Muhamad (Founder TheVioletTeam)

You Might Also Like

0 comments