5 Vitamin Paling Penting Untuk ibu Hamil
- Thursday, December 21, 2017
- By efie muhamad
- 0 Comments
Bila kita hamil, corak pemakanan biasanya akan berubah. Tak boleh dah nak makan macam-macam ikut nafsu. Mesti nak kena amalkan pemakanan yang berkhasiat. Barulah badan kita mendapat zat tambahan bagi tumbesaran bayi dalam kandungan.
Boleh tengok di 5 Jenis Makanan Sihat Untuk Ibu Hamil sebagai panduan.
Selain saripada makanan yang biasa kita makan setiap hari, ada 5 jenis vitamin yang sangat penting untuk kita amalkan seawal usia kandungan, bahkan seeloknya sebelum kita hamil lagi.
Kenapa?
Kenapa sebelum hamil lagi dah kena ambil vitamin?
Sebabnya, kita harus sediakan badan kita sebaiknya sebelum kita hamil. Ini bagi mengurangkan risiko-risiko dari terjadinya perkara-perkara yang tak diingini seperti kecacatan pada bayi juga kemungkinan berlakunya keguguran. Ikhtiar sebaiknya. Allah jua penentu. Namun, kita wajib berikhtiar. Tubuh kita adalah amanah yang Allah bagi untuk kita jaga sebaiknya.
Ok, so jom kita tengok apa vitamin yang wajib diambil oleh setiap ibu hamil.
5 Jenis Vitamin Paling Penting Semasa Hamil
Zat Besi
Zat besi adalah antara keperluan yang meningkat semasa mengandung. Zat besi digunakan oleh tubuh badan untuk membentuk hemoglobin. Hemoglobin berfungsi untuk membawa oksigen kepada sel-sel di dalam tubuh badan. Ia boleh dianalogikan seperti lori pembawa bahan api untuk keperluan metabolism tubuh.
Asid Folik
Asid folik diperlukan bagi pertumbuhan saraf tunjang bayi. Kekurangan asid folik boleh menyebabkan risiko untuk terjadinya kecacatan pada spina bifida, iaitu sejenis kecacatan pada tiub neural.
Vitamin C
Vitamin C dapat melindungi sel tubuh daripada kerosakan akibat radikal bebas. Bila sel badan kita sihat, ini akan dapat meningkatkan kekebalan tubuh melawan jangkitan dan kesihatan ibu hamil dan janin. Selain itu, vitamin C juga diperlukan untuk membolehkan badan kita dapat menyerap zat besi secara optimum.
Ini akan dapat membantu ibu-ibu daripada mengalami anemia ataupun hemoglobin (hb) rendah, yang merupakan masalah yang selalu dialami oleh ibu hamil.
Kalsium & Vitamin D
Kalsium dan Vitamin D sangat diperlukan bagi menyokong pertumbuhan tulang dan gigi janin. Ibu hamil memerlukan kira-kira 1200mg kalsium setiap hari. Bila ibu tak mengambil kalsium secukupnya, risiko untuk ibu mengalami osteoporosis adalah tinggi.
Minyak Ikan
Kita sedia maklum tentang kebaikan dan kepentingan DHA (atau Omega-3) ni kepada golongan dewasa. Termasuklah untuk kesihatan jantung, otak, sendi dan juga penglihatan. Sehinggakan Omega-3 adalah sejenis suplemen yang termasuk dalam set asas dalam set kesihatan optimum Shaklee.
Atas sebab inilah, pakar mencadangkan suplemen Omega-3 kepada ibu-ibu yang mengandung dan ibu-ibu yang menyusu. Tujuannya adalah untuk menambah DHA untuk perkembangan fetus dan untuk mengekalkan kuantiti DHA untuk diri ibu sendiri.
Kesemua jenis vitamin ini, terdapat dalam Set Hamil Shaklee.
Boleh dapatkan set ini melalui butang eSell di bawah.
Juga boleh hubungi saya.
Pengedar Sah Shaklee Kota Bharu (ID: 869620)
FB: Efie Muhamad (Founder TheVioletTeam)
0 comments