5 Jenis Makanan Sihat Untuk Ibu Hamil

  • Wednesday, December 13, 2017
  • By efie muhamad
  • 0 Comments

Pemakanan masa kita hamil sangat dititikberatkan. Apa yang kita makan, itulah yang membentuk janin yang kita kandung. Sebab itu lah, masa kita mengandung ni, kita sangat perlu untuk jaga pemakanan kita. 

Kalau sebelum mengandung, kita boleh dikatakan bebas untuk makan apa saja, walaupun makanan yang sangat tak berkhasiat. Makan Maggi la, makan jajan la, makan fastfood la dan macam-macam lagi yang kita mahupun orang sekeliling kita, tak kisah sangat pun tentang pemakanan kita.

Tapi, bila dah mengandung, serta merta kita stop pengambilan semua makanan yang tak bagus. Secara automatik. Sebab, kita tahu, kita nakkan yang terbaik untuk anak kita. Masa ni lah, jika sebelum ni tak pernah pun minum susu, mula dok mencari-cari susu apa yang bagus dan tekak boleh terima. Jika sebelum ni kurma dan kismis dipandang sepi, kini kurma dan kismis jadi sahabat baik kita. Jika sebelum ni, jarang sangat nak makan sayur, kini kita mula mencari-cari resepi untuk memasak sayur.

Kan?

Ok, jom kita tengok, apa lagi makanan yang bagus untuk kita amalkan semasa hamil.

5 Jenis Makanan Sihat Untuk Ibu Hamil


Kekacang



Kekacang sangat bagus untuk kesihatan kita. Tapi pastikan kacang yang kita ambil tu mempunyai kadar garam yang rendah (biasanya kacang yang dijual disalut dengan garam yang tinggi). Kekacang mengandungi pelbagai jenis vitamin seperti Vitamin B, Vitamin E, Vitamin A, Vitamin D, Vitamin C, Zat Beli, Folate, Biotin, Protein dan lain-lain vitamin dan mineral.

Buah Delima



Buah delima kaya dengan serat dan mengandungi zat besi yang tinggi. Selain daripada itu, buah delima juga tinggi dengan  Vitamin C, Vitamin D dan asid folik yang penting untuk ibu hamil. Selalu juga kita dengar kan, kalau nak anak cerdik, banyakkanlah makan buah delima. Hahaha itu orang katalah. Wallahualam. Apapun, delima sangat bagus untuk diamalkan, baik semasa hamil mahupun tak.

Kurma



Kurma ni popularnya bermusim. Bila Ramadhan tiba, setiap rumah boleh dikatakan ada kurma. Bila berakhirnya Ramadhan, kurma mula hilang dari pandangan. Sayang. Sebab, kurma sangat baik untuk diamalkan setiap hari. Kurma mengandungi zat besi yang tinggi, bagus untuk tingkatkan kadar hemoglobin ibu hamil. Terdapat pelbagai kebaikan kurma, antaranya baik untuk kesihatan jantung dan tulang.

Madu



Madu dah memang kita sedia maklum, mempunyai khasiat yang bukan sedikit untuk badan. Antara kebaikan madu,  bagus untuk saluran pencernaan, memperkuat kekebalan imuniti tubuh, meningkatkan stamina badan dan banyak lagi. Tapi awas, pilih madu yang asli. Banyak juga madu tiruan yang dijual di merata tempat. 

Susu



kalsium ibu hamil

Susu ni, masa tak hamil konfem kita jarang minum kan? Padahal susu bagus untuk tulang kita. Tubuh kita sangat perlukan kalsium, tambah-tambah lagi apabila kita hamil ataupun menyusu. Sebab, badan kita akan ambil bekalan kalsium dari badan kita untuk bagi kat bayi. Jadi, kalau kita tak ambil kalsium dari pemakanan (badan kita tak dapat hasilkan kalsium) , kemungkinan kita untuk mengalami osteoporosis adalah tinggi.

Setiap hari kita kena ambil 4-5 gelas susu, untuk menampung keperluan kalsium harian kita. Diri saya sendiri, saya tak mampu untuk minum 5 gelas susu setiap hari, sebab susu segar sangat lah mahal harganya. 2 liter Susu Goodday harganya RM16. Kalau minum 5 gelas, 2 hari dahpun habis. Huhu..

Jadi, pilihan saya adalah untuk amalkan Ostematrix Shaklee. Sebotol Ostematrix ada 120 biji tablet dengan harga RM60++ sahaja. Tambah pulak, dalam Ostematrix Shaklee ni, dah siap-siap ada Magnesium dan Vitamin D untuk penyerapan yang optimum. So, saya memang vote untuk ambil Ostematrix ni lah. Susu? Minum jugak jarang-jarang hihihi...


kalsium ibu hamil


3 kesan yang paling saya suka bila amalkan Ostematrix ni - tidur yang lena, pembuangan lawas tiada sembelit dan kejang kaki pun dah tak kerap. Memang best!

Nak beli Ostematrix ni senang je. 
Boleh klik kat link eSell kat bawah ni.


Ataupun boleh hubungi saya..



Pengedar Sah Shaklee Kota Bharu (ID: 869620)
FB: Efie Muhamad (Founder TheVioletTeam)

You Might Also Like

0 comments