Bagaimana Saya Boleh Terjebak Dengan Bisnes Shaklee?

  • Thursday, November 16, 2017
  • By efie muhamad
  • 0 Comments

Dulu - back in 2010, saya memulakan perniagaan dalam bisnes barangan  bayi dan kelengkapan penyusuan badan secara eksklusif. Bertempat di Bandar Satelit Pasir Tumboh, kedai tersebut memang berada di lokasi yang amat strategik.

Namun, mungkin sebab saya ni tak cukup ilmu bisnes. Masih muda lagi masa tu. Main terjun je dalam bidang bisnes. Modal tak payah cakaplah. Berjuta-juta lemon habis. Huhuhuhu... Kos ubahsuai kedai je dah berpuluh ribu, belum lagi modal nak beli stok jualan dan sebagainya. Fuhhhh... Memang gamble sungguh kan...



End up, saya tak boleh nak run dah kedai. Stress. Susah sangat saya rasa. Banyak benda yang nak kena fikirkan. Yang nak kena buat. Yang nak kena manage. Yang nak kena setel. 

Bab overhead yang menimbun tinggi - sewa kedai + utility bills + gaji pekerja, nak kejar fesyen lagi, nak cari jalan habiskan stok yang tak laku lagi. Sedangkan, jualan tak berapa memberangsangkan. 

Last-last, after 2 years ++, saya tutup kedai.

Oh ya, sebenarnya dah pernah jugak cerita pasal ni sebelum ni.
Boleh baca kat sini

Masa saya masih ada kedai tu, kebetulan anak kedua saya sering tak sihat. Kerap keluar masuk hospital. Masa umur 8 bulan, 9 bulan dan setahun lebih. Anak saya pernah kena serangan Asthma & Bronchiolitis.



Boleh baca kisah anak saya kat sini.

Kemudian, masa dok sembang-sembang dengan kawan baik saya masa sekolah dulu, bagitau lah perihal anak saya ni. Dia cadangkan saya cuba bagi anak saya makan OmegaGuard & Nutriferon Shaklee. Amazingly, saya nampak kesihatan anak saya bertambah baik. Alhamdulillah.

Sejak dari itulah, saya mula berkongsi tentang vitamin Shaklee ni. Sebab saya nak orang lain yang ada masalah seperti anak saya ni, turut dapat ikhtiar untuk anak.

Bila saya mula berkongsi, mula dapat order dan bermula dari saat itulah saya mula terjebak dengan bisnes Shaklee.

Sebab saya sedar, saya dapat 2 benda dalam Shaklee.

1) Kesihatan
2) Pendapatan

Dan beginilah. Selepas 5 tahun, saya masih tak jemu untuk berkongsi kebaikan Shaklee dengan orang ramai. 
Termasuk anda ;-)

Nak order Shaklee?
Nak bisnes Shaklee?

Boleh hubungi saya...


Pengedar Sah Shaklee Kota Bharu (ID: 869620)

FB: Efie Muhamad (Founder TheVioletTeam)

Wassap: 
 http://efieshaklee.wasap.my


Efie Muhamad (facebook)





You Might Also Like

0 comments