Rahsia Bisnes Orang Phuket Yang Saya Sangat Kagum!

  • Tuesday, November 28, 2017
  • By efie muhamad
  • 0 Comments

Mereka tak beria menjual, tapi saya teruja untuk membeli!

Hebat kan!

Alkisahnya begini...


Masa kami kat Phuket, dari Pantai Patong tu kami kena naik bas untuk ke Jeti (tak ingat nama apa jeti tu). Di jeti tersebut, kami kena naik speed boat pulak untuk ke Banana Beach, Coral Island. 

Di sinilah mereka mengambil kesempatan...


Ruoa-rupanya, semasa saya berjalan dari tempat bas menuju ke jeti tersebut, mereka ada snap gambar kami - one by one. Dan kemudian, gambar ini mereka terus cuci dan frem kan.

Bila kami balik dari pulau petang tu, of course lah kena lalu kat jeti tu balik kan? So, kat sini lah mereka pamerkan gambar kami yang dahpun siap dicuci dan dahpun difremkan tu, diletak memanjang kat atas meja.



Haaaaa, ni lah gambar nya tu.. 

Kalau kau tengok gambar kau dah siap-siap dalam frem macam ni (cantik pulak tu hahahahahaah😜😜 ), mana mampu kau tak nak beli kan?

Haruslah beli tanpa berbelah bahagi okayyy...
Harganya 100 Baht (lebih kurang RM13 duit kita), so kira macam ok la.. Tak mahal sangat, dan tak murah pun.. Sedang-sedang je..

Hebat kan cara diorang menjual? Memang buat kita nak beli tanpa ragu-ragu...

Kena fikirkan cara untuk duplicate jugak teknik diorang ni.. (>‿◠)✌

.....................................................


Pengedar Sah Shaklee Kota Bharu (ID: 869620)
FB: Efie Muhamad (Founder TheVioletTeam)

You Might Also Like

0 comments