Resepi Donat Tak Perlu Uli Tapi Tetap Lembut

  • Wednesday, November 22, 2017
  • By efie muhamad
  • 0 Comments

Taraaaaaaa....





Rasa gembira sangat bila dapat hasilkan donat ni...

Sebab, sejarah saya dan donat sangatlah mentraumakan...

Saya pernah cuba buat donat duluuuuuuu, tapi keras nya ya ampunnnn memang tahap baling kat dinding, dinding pun boleh pecah. Hahahahaha... Pastu terus trauma, serik taknak buat dah. Padahal anak-anak suka makan. Rela beli lah time anak-anak mintak. Hehehehe...

Lepas tu, 2 bulan lepas ada tengok 1 resepi tu lalu kat timeline FB. Disebabkan sekarang ni fasa rajin nak memasak, maka terbukaklah hati balik untuk buat donat lagi. Tapi takde acuannya. Mmmmm takpe takpe takde rotan akar pun berguna kan. Maka, mencanailah saya dengan botol susu anak dan meneraplah donat dengan cawan. 
Kahkahkah.

Assistant MasterChef hahahahaha

Donat tayar basikal katanya hihihi...

Up gambar donat tayar basikal tu kat FB, ramai dok gelakkan rupa tayar tu. Sampai saya pun tumpang gelak sekali jugak hehehe...

Ok takpe...

Taraaaa dah beli dah Doughnut Cutter .. RM2.80 je cutter ni. Ada bnyak saiz sebenarnya. Saiz kecik lagi murahlah. Ni beli kat kedai jual barang-barang buat kek, ada jual.


Hehehehe melalut pulak dok cerita ni kan..

Jom saya share resepi donat yang best dan tak perlu uli beria. Tapi still lembut dan gebu. Anak-anak suka. Takde dah donat keras tahap boleh baling ke dinding tu heheheh...

Resepi Donat Lembut Tak Perlu Uli


Bahan-bahan ( 20 - 25 biji ) 
3 cawan tepung gandum 
1 cawan air suam kuku 
2 sudu besar mentega 
6 sudu besar gula pasir (boleh kurang bagi yang tak suka manis) 
3 sudu besar susu pekat manis 
1 paket yis (jenama mauripan) 
1 biji telur


Cara-cara: 
Cairkan mentega dan ketepikan. 
Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut. masukkan yis, kacau lagi. Biarkan selama 10 minit. 
Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi. 
Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi.kacau. 
Masukkan campuran yis kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum, gaul sebati dengan senduk kayu. biar adunan lagi selama 45 minit. 
Banyakkan tepung ditangan supaya adunan tak melekat.(adunan memang agak lembik). ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan atas papan pencanai. tekan acuan donut yg telah dicelup sedikit tepung.(ini utk buat bentuk ring donut) 
Sediakan minyak untuk menggoreng. gunakan api sederhana. alih selalu supaya dapat warna yang sekata. setelah agak kekuningan bolehlah diangkat.


Resepi asal oleh Encik Wan Muhamad Hafiz



Gebuuuuuu...


Untuk topping coklat macam dalam gambar kat atas tu, ni resepinya.

Resepi Topping Coklat


100gram coklat masakan
2 sudu mentega

Cairkan secara double-boiler. 
Celupkan permukaan donat ke dalam coklat.

Boleh taburkan badam cincang yang dahpun dipanggang ke atas permukaan coklat pada donat tadi.
Siap!

Mari makan dengan gembira, ala-ala makan Dunkin Donuts mahupun Big Apple.
Hihihi....


**********************************

Nak order Shaklee?


Pengedar Sah Shaklee Kota Bharu (ID: 869620)

FB: Efie Muhamad (Founder TheVioletTeam)

Wassap: 
 http://efieshaklee.wasap.my


Efie Muhamad (facebook)

You Might Also Like

0 comments