Resepi Kek Marble Yang Simple Dan Moist

  • Sunday, November 19, 2017
  • By efie muhamad
  • 0 Comments


Adakalanya, baking memang merupakan satu terapi yang bagus untuk saya. Memang boleh hilang stress (adakalanya la hihi).. Tapi yang tak bagusnya, si baker ni jugak lah yang suka makan. Sesetengah orang kan dia suka baking, tapi tak suka makan. Saya ni pulak, jenis suka baking (walaupun hasil kejadian tak semua menjadi) dan suka makan hahahahaha...

Ok, kali ni nak share resepi Kek Marble.. Kek ni simple, mudah nak buat. Tak perlukan bahan yang banyak. Tak perlukan peralatan yang canggih. Cukup dengan mixer biasa dan oven. Proses nak sediakan pun sekejap je. Dalam masa kurang daripada sejam, dah boleh makan dah Kek Marble panas-panas. Hihihi...


Resepi Kek Marble Yang Mudah Dan Lembap


Bahan-bahan:
150g mentega / marjerin
120g gula
160g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
3 biji telur
1 sudu ovalette
Setengah cawan air sejuk

Cara-cara:
1. Putarkan mentega dan gula sehingga kembang
2. Masukkan telur dan teruskan putar
3. Masukkan ovalette
4. Masukkan tepung dan baking powder yang dah pun diayak terlebih dahulu
5. Masukkan air sejuk
6. Bahagikan aduan kepada 2 bahagian. 1 bahagian masukkan serbuk koko dan kacau sebati (guna mixer lagi bagus). 
7. Alaskan loyang 7 inci dengan kertas baking, masukkan adunan ke dalam loyang secara berselang seli dan bakar pada suhu 150 selama 35 minit.

Hasilnya, taraaaaaaaaaa.....




Cubalah ya..

Saya dah cuba beberapa kali.. 
Memang sedap...
Anak-anak pun suka..



**********************************************************

Nak order Shaklee?


Pengedar Sah Shaklee Kota Bharu (ID: 869620)

FB: Efie Muhamad (Founder TheVioletTeam)

Wassap: 
 http://efieshaklee.wasap.my


Efie Muhamad (facebook)

You Might Also Like

0 comments