3 Sebab Kenapa Mesti Susu Ibu!

  • Wednesday, May 07, 2014
  • By efie muhamad
  • 0 Comments

Kalau dulu-dulu, zaman mak-mak kita dulu, penyusuan susu ibu secara sepenuhnya mungkin tak berapa nak meluas. Mereka lebih memilih untuk memberi anak-anak susu formula, mungkin atas sebab-sebab tertentu. Namun kini, zaman kita-kita yang mula menjadi mak ni, kesedaran terhadap betapa pentingnya penyusuan ibu sepenuhnya terutama 6 bulan pertama usia bayi, semakin meluas. Ditambah dengan sokongan dari keluarga terutama suami, juga dengan bantuan alat-alat bantu penyusuan seperti pam susu, botol dan plastik simpan susu, baju-baju untuk memudahkan aktiviti penyusuan memang benar-benar dapat membantu menjayakan penyusuan susu ibu sepenuhnya ni, walaupun bagi ibu yang bekerjaya.


pam susu



Kenapa susah-susah nak bagi susu badan ni? 
Bagi je susu tin kan senang?

Ok jom kita tengok 3 sebab kenapa MESTI susu ibu!


Kebaikan Kepada Bayi

✔ Mengandungi khasiat lengkap yang memenuhi keperluan bayi
✔ Mengandungi protein, lemak dan asid Omega 3 yang mudah dihadam supaya kadar pertumbuhan fizikal dan perkembangan mental bayi sihat
✔ Merupakan pelalian semulajadi yang dapat melindungi bayi dari jangkitan dan penyakit seperti cirit birit, masalah pernafasan dan jangkitan telinga kerana susu ibu mengandungi sel hidup dan antibodi
✔ Mengurangkan risiko diabetes, kanser kanak-kanak dan penyakit jantung
✔ Mengurangkan risiko inflamasi kolon bagi bayi pramatang
✔ Mengurangkan masalah karies gigi, penglihatan, pertuturan dan menguatkan pertumbuhan rahang
✔ Menggalakkan ikatan kasih sayang di antara ibu dan anak dan dapat mengimbangi emosi kanak-kanak
✔ Membantu perkembangan otak dan sistem saraf serta meningkatkan taraf IQ
✔ Mengurangkan risiko sindrom kematian bayi


Kebaikan Kepada Ibu

✔ Membantu mengecutkan rahim serta mengembalikannya ke saiz asal
✔ Mengurangkan risiko pendarahan selepas bersalin serta memendekkan jangka masa pengeluaran darah nifas
✔ Membantu mengurangkan berat badan (proses penyusuan boleh membakar 500 kalori / hari)
✔ Melindungi dari kanser ovari dan payudara (menyusu selama 2 tahun dapat mengurangkan kanser payudara 50%)
✔ Menjimatkan wang dan masa kerana tidak memerlukan perbelanjaan untuk keperluan penyusuan
✔ Sentiasa tersedia, boleh diberi di mana sahaja dan pada bila-bila masa
✔ Salah satu kaedah merancang keluarga secara semulajadi
✔ Mengurangkan risiko kerapuhan tulang (osteoporosis) dan penyakit jantung
✔ Mengurangkan stress
✔ Penyususan ibu sepenuhnya menjadikan ibu berpuas hati dan merasa sempurna kerana telah melaksanakan tanggungjawab sempurna sebagai seorang ibu.


Kebaikan Kepada Masyarakat

✔ Masa bersama keluarga lebih berkualiti tanpa pembaziran masa untuk menyediakan susu formula dan membawa anak ke klinik
✔ Mengurangkan lawatan ke klinik kerana masalah kesihatan bayi
✔ Mengurangkan kos rawatan, ubatan, ujian makmal dan caj hospital
✔ Kurang pengambilan cuti bagi keluarga yang bekerja
✔ Menyumbang kepada objektif negara ke arah kesejahteraan keluarga
✔ Mengurangkan risiko penderaan kanak-kanak


Cadangan Suplemen Shaklee Untuk Ibu Menyusu

Menyusu bayi sepenuhnya memang memerlukan pengorbanan yang tinggi dari seorang ibu. Badan penat, otak stress tambah-tambah lagi bagi ibu bekerjaya ni. Mana nak urus hal kerja lagi, hal rumahntangga lagi, hal menyusu lagi, hal anak-anak yang lain lagi, hal suami lagi. Pendek kata, tugas sebagai seorang ibu memang takkan pernah habis.

Sebab tu, kami di Shaklee mencadangkan vitamin-vitamin yang sesuai untuk ibu-ibu, bagi membantu ibu-ibu bertenaga dan tak stress walaupun dengan bebanan kerja yang banyak..

vitamin ibu menyusu

Alfalfa complex adalah sebagai 'milk booster' kepada ibu menyusu selain menyelesaikan masalah kesihatan wanita seperti merapatkan kembali keintiman, menyelesaikan masalah keputihan, dan yang paling utama merupakan detox (nyahkan toksin) kepada tubuh. Manfaat alfalfa kepada anak ialah menjadikan susu ibu lebih pekat membuatkan anak kesayangan kita lebih kenyang dan mendapat khasiat yang berkualiti. Selain itu, alfalfa complex juga membantu mengatasi masalah eczema bayi.

 Kalsium amat penting untuk menampung kepada ibu menyusu terutama sekali ketika menghadapi saat-saat PMS. Ketika saat-saat PMS berlaku kebanyakkan pengeluaran susu ibu-ibu akan menurun disebabkan paras kalsium yang rendah ketika ini. Tambahan pula dapat menguatkan struktur tulang dan gigi ibu menyusu terutamanya kerana ibu menyusu terdedah kepada osteoporosis yang tinggi kerana kita turut membekalkan kalsium kepada bayi. Kalsium juga didapati berperanan meningkatkan pengeluaran susu ibu dan ini memberi kelebihan berganda buat ibu dan anak.

Protein pula diperlukan untuk mempercepatkan penyembuhan luka bersalin. Juga, diperlukan kerana susu ibu mempunyai komposisi protein yang tinggi.


BComplex, Vitalea & Vitamin C pula sebagai vitamin asas yang diperlukan oleh tubuh kita, membantu mengurangka keletihan dan memberi tenaga, juga dapat membantu mengurangkan ketegangan dan stress.

Nak dapatkan Set Menyusu anda?
Boleh call saya sekarang..
 
iR Efie Muhamad
ID Shaklee: 869620
019-9890707

You Might Also Like

0 comments