Makanan Tinggi Zat Besi Untuk Wanita Hamil Elak HB Rendah
- Wednesday, December 03, 2014
- By efie muhamad
- 4 Comments
Hamil ni memang best.. Yang tak bestnya, bila asyik kena berulang ke klinik sekiranya ada masalah tertentu. Terutama kalau kat klinik kerajaan kan.. Fuhhhh penat sungguh berulang...
Masalah pulak boleh macam-macam..
Kena GDM laaa (kencing manis semasa hamil), tekanan darah tinggi laa, HB rendah laaa... macam-macam...
Bila ada masalah, biasanya kenalah ulang alik ke klinik lebih kerap dari biasa...
Contohnya, kalo kena kencing manis semasa hamil, kena buat BSP (blood sugar profile). BSP ni kena cek darah kat hujung jari tu, 4x sehari. Lepas tu, esoknya kena jumpa doktor untuk doktor buat review tentang result darah tu. Biasanya BSP ni kena buat 2 minggu sekali. Kalo tak terkawal jugak, kenalah buat suntikan insulin.. Lagi laaa sengsara huhuhu...
Masalah pulak boleh macam-macam..
Kena GDM laaa (kencing manis semasa hamil), tekanan darah tinggi laa, HB rendah laaa... macam-macam...
Bila ada masalah, biasanya kenalah ulang alik ke klinik lebih kerap dari biasa...
Contohnya, kalo kena kencing manis semasa hamil, kena buat BSP (blood sugar profile). BSP ni kena cek darah kat hujung jari tu, 4x sehari. Lepas tu, esoknya kena jumpa doktor untuk doktor buat review tentang result darah tu. Biasanya BSP ni kena buat 2 minggu sekali. Kalo tak terkawal jugak, kenalah buat suntikan insulin.. Lagi laaa sengsara huhuhu...
Eh, sebenarnya nak cerita tentang HB rendah dalam artikel ni, tercerita panjang pulak tentang GDM.. Hehehe...
Apa Itu Hemoglobin?
Hemoglobin (kependekan: Hb) merupakan molekul protin di dalam sel darah merah yang bergabung dengan oksigen dan karbon dioksida untuk diangkut melalui sistem peredaran darah ke tisu-tisu dalam badan. ion besi dalam bentuk Fe+2 dalam hemoglobin memberikan warna merah pada darah. Dalam keadaan normal 100 ml darah mengandungi 15 gram hemoglobin yang mampu mengangkut 0.03 gram oksigen.
Terdapat beberapa cara bagi mengukur kandungan hemoglobin dalam darah, kebanyakannya dilakukan secara automatik oleh mesin yang direka khusus untuk membuat beberapa ujian terhadap darah. Di dalam mesin ini, sel darah merah diceraikan untuk mengasingkan hemoglobin dalam bentuk larutan. Hemoglobin yang terbebas ini dicampur dengan bahan kimia yang mengandungi cyanide yang mengikat kuat dengan molekul hemoglobin untuk membentuk cyanmethemoglobin. Dengan menyinarkan cahaya melalui larutan cyanmethemoglobin dan mengukur jumlah cahaya yang diserap (khususnya bagi gelombang antara 540 nanometer), jumlah hemoglobin dapat ditentukan.
Aras hemoglobin biasanya ditentukan sebagai jumlah hemoglobin dalam gram (gm) bagi setiap dekaliter (100 mililiter). Aras hemoglobin normal bergantung kepada usia, awal remaja, dan jantina seseorang itu. Aras normal adalah :-
Usia seminggu : 15-20 gm/dl
Usia sebulan : 11-15gm/dl
Kanak-kanak: 11-13 gm/dl
Lelaki dewasa: 14-18 gm/dl
Wanita dewasa: 12-16 gm/dl
Lelaki separuh usia: 12.4-14.9 gm/dl
Wanita separuh usia: 11.7-13.8 gm/dl
Paras hemoglobin yang rendah merupakan satu keadaan yang dikenali sebagai anemik. Terdapat beberapa sebab berlakunya anemia. Sebab utama biasanya kehilangan darah (kecederaan teruk, pembedahan, pendarahan kanser kolon), kekurangan vitamin (besi, vitamin B12, folate), masalah sum-sum tulang (penggantian sum-sum tulang oleh barah, pemendaman oleh rawatan dadah chemotherapy, kegagalan buah pinggang (ginjal)), dan hemoglobin tidak normal (anemia sel sabit).
Sumber: Wikipedia
Sumber: Wikipedia
Keperluan Zat Besi Bagi Wanita Hamil
Secara kebiasaannya, wanita yang tidak hamil memerlukan lebih kurang 15mg zat besi setiap hari. Jumlah ini bertambah hampir sekali ganda untuk wanita hamil, iaitu 27mg. Zat besi ini kita boleh dapati dalam makanan seharian.
Kat bawah ni, merupakan antara makanan yang mengandungi zat besi yang tinggi.
Justeru, bagi menambah zat besi apabila sedang cuba mengandung, semasa dan ketika menyusukan bayi, wanita digalakkan meningkatkan pengambilan makanan kaya zat besi seperti ayam, sayur daun hijau, kekacang, hati, bijiran penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, kekacang, tembikai dan labu, bijan serta tauhu.
Makanan MEMBANTU penyerapan zat besi dalam darah:
* Daging merah, telur kuning, ikan
* Sayuran kecuali bayam
* Salad, buah, jus buah mengandungi vitamin C
* Gula
* Cuka
Makanan MERENCAT penyerapan zat besi dalam darah:
* Teh, kopi, koko, wain merah
* Bayam
* Lemak
* Bijirin. produk soya
* Susu, produk tenusu, kalsium
* Ubatan berunsur keasidan, phytates, phenols
* Magnesium, tetracyclines, thyroxine
Apa Akibat Bila HB Rendah Bagi Wanita Hamil?
Wanita hamil yang mengalami anemia kekurangan zat besi , kesannya bukan sekadar gejala pucat, letih, lesu dan sesak nafas saja. Anemia semasa hamil dan selepas melahirkan anak sering dikaitkan dengan tahap lebih serius seperti keguguran, kelahiran pramatang, berat badan bayi rendah dan meningkatnya risiko kematian ibu. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), anemia kekurangan darah juga menjadi penyebab keganjilan perangai terhadap anak, lemah tahap pembangunan mental berbanding rakan sebaya, katanya.
Bagi wanita hamil, pemeriksaan hemogblobin darah menjadi saat sukar bagi segelintir bakal ibu, bimbang jika tidak melepasi tahap normal ibu hamil iaitu lebih 11g/dl. Bila bawah 11g/dl, memang nurse akan tulis dalam buku dengan dakwat merah. Huhuhu...
Suplemen Untuk Tingkatkan Hemoglobin
Sumber zat besi terdapat dalam Vitalea Shaklee (multivitamin). Bagi ibu-ibu hamil, kami sarankan untuk mengambil 3 tablet Vitalea sehari, sepanjang tempoh kehamilan. 3 tablet Vitalea mencukupi keperluan zat besi bagi ibu hamil iaitu 27mg.
Kat bawah ni, ada perkongsian dari seorang ibu yang memang alami anemia (zat besi kurang) pada setiap kehamilannya..
Tapi, bila amalkan Vitalea ni, Alhamdulillah kandungan beliau yang ke 4, takde dah berulang masalah tersebut.
Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.
Selain zat besi, terdapat banyak lagi vitamin dan mineral lain yang terkandung dalam 1 tablet Vitalea ni. Nama pun multivitamin kan?
Sebotol Vitalea cuma berharga RM88.75.
Dalamnya terdapat 120 tablet.
Sungguh berbaloi dengan khasiat yang badan kita boleh dapat kan?
Nak order?
Klik je link eSell kat bawah ni, dan ikuti arahan seterusnya.
Boleh hubungi saya...
Efie Muhamad 019-9890707
4 comments
Alhamdulillah. dulu Hb rendah sangat... Lepas makan vitalea + Vitamin C... naik sampai 13... gumbira hatiku
ReplyDelete7 Ciri Soya Selamat dan Sihat
Alhamdulillah
DeleteBulan berapa kehamilan boleh ambik supplements
ReplyDeleteSeeloknya, sebelum kita hamil kita dahpun ambil suplemen, sebagai persiapan diri utk pregnant.
DeleteSebagai contoh, kita mula tahu kita hamil biasanya sekitar 5@6 minggu, sedangkan asid folik@folate diperlukan dalam tubuh kita lebih awal untuk membentuk perkembangan saraf tunjang bayi..
http://vitaminsaya.blogspot.com/2014/12/pentingnya-asid-folik-sebelum-kehamilan.html