Bahaya Tekanan Darah Tinggi Ketika Hamil
- Tuesday, December 16, 2014
- By efie muhamad
- 0 Comments
Bagi sesetengah ibu, memang sudah sedia mempunyai beberapa penyakit, semasa memasuki alam kehamilan. Antaranya adalah tekanan darah tinggi dan kencing manis. Penyakit-penyakit ini adakalanya menjadi lebih teruk semasa mengandung. Bagi ibu-ibu yang mempunyai penyakit-penyakit sebegini, sebaiknya hendaklah memastikan ianya dalam keadaan terkawal, bagi memastikan tidak timbul sebarang masalah semasa mengandung.
Penyakit kencing manis berbahaya, kerana ianya boleh mengakibatkan kecacatan kongenital sekiranya tidak dikawal dengan baik semasa peringkat 3 bulan pertama, iaitu semasa pembentukan organ-organ bayi. Darah tinggi semasa mengandung juga sangat berbahaya kerana ia boleh mengakibatkan ekslampsia.
Ekslampsia merupakan
penyebab kematian ibu mengandung yang kedua selepas pendarahan di Malaysia. Ekslampsia merupakan komplikasi darah tinggi yang paling berbahaya. Dalam keadaan ini, ibu mempunyai darah tinggi tidak terkawal dan memberi rangsangan kepada otak sehingga menyebabkan sawan.
Darah tinggi semasa mengandung biasanya terjadi selepas lima bulan dan lebih kerap berlaku ketika menghampiri waktu jangkaan bersalin.
Siapa Yang Berisiko Tinggi?
- Ibu-ibu yang mengandung kali pertama
- Ada sejarah darah tinggi dalam keluarga terdekat
- Naik berat badan dengan banyak
- Bengkak atau sembap yang ketara
- Air kencing mempunyai kandungan protein yang tinggi
Tekanan darah normal adalah sekitar 100 ke 120 systolik (bacaan atas), dan sekitar 60 ke 80 diastolik (bacaan bawah).
Ibu-ibu dikesan mempunyai tekanan darah tinggi sekiranya mempunyai bacaan tekanan darah seperti berikut:-
130/90 : tekanan darah tinggi ringan
140/100 : tekanan darah tinggi sederhana
150/110: tekanan darah tinggi serius
Bagi yang menghidapi tekanan darah tinggi sederhana dan serius, ibu-ibu perlu dimasukkan ke hospital untuk pemantauan. Ujian air kencing akan dilakukan. Dalam darah tinggi yang tidak terkawal, air kencing mungkin mengandungi albumin. Ujian darah juga akan dilakukan untuk memastikan buah pinggang tidak mengalami sebarang risiko akibat darah tinggi yang dihidapi ibu.
Pemeriksaan tekanan darah merupakan suatu kemestian setiap kali ibu membuat lawatan ke klinik antenatal. Sekiranya tekanan darah didapati agak tinggi, maka ibu-ibu disuruh untuk berehat beberapa ketika, sebelum ujian tekanan darah diperiksa semula. Adakalanya, selepas berehat tekanan darah akan turun semula dan kemungkinan ubat darah tinggi tidak diperlukan. Bagaimanapun, perjumpaan antenatal akan disusun lebih kerap untuk memastikan tekanan darah stabil.
Sekiranya memang terbukti tekanan darah ibu tetap tingi walau dalam keadaan rehat sepenuhnya, maka doktor akan memulakan rawatan dengan memberikan ubat darah tinggi. Ubat darah tinggi akan membantu mengembangkan saluran darah dan menstabilkan darah tinggi.
Sekiranya tekanan terlalu tinggi, maka doktor mungkin akan memberi ubat darah tinggi yang dimasukkan melalui infusi.
Komplikasi Yang Berlaku Akibat Tekanan Darah Tinggi
Apabila tekanan darah menjadi tinggi, saluran darah yang terdapat pada uri juga mengalami tekanan. Ini menyebabkan tidak banyak darah yang sampai pada bayi dan akhirnya bayi tidak dapat membesar dengan optimum. Keadaan ini boleh menyebabkan IUGR (intrauterine growth restriction).
- boleh menyebabkan pendarahan pada saluran yang mampu mengakibatkan strok
- boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang
- ekslampsia
- IUGR - bayi tidak berkembang dengan baik. Berlaku dalam 10% hingga 15% bayi
- sindrom HELLP - suatu keadaan di mana hati pesakit juga terlibat
- Abruptio placenta - uri lekang
Cara Kelahiran Bagi Ibu Berisiko
Cara kelahiran bergantung kepada banyak faktor. Sekiranya darah terlalu tinggi, pembedahan caesarean adalah pilihan terbaik.
Sekiranya tiada komplikasi dan tekanan tidak terlalu tinggi, maka induce mungkin adalah pilihan terbaik untuk mempercepatkan kelahiran.
Cara Untuk Mengelakkan Tekanan Darah Tinggi
Oleh kerana darah tinggi yang terjadi semasa mengandung mempunyai kaitan dengan pembentukan uri atau plasenta, maka ianya tidak sama dengan darah tinggi yang terjadi disebabkan keturunan.
Oleh itu, tidak banyak yang boleh dilakukan.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kajian yang mengaitkan pengambilan beberapa jenis mineral dengan pencegahan darah tinggi semasa mengandung.
Contohnya, pengambilan kalsium dan Vitamin e.
Sebotol Ostematrix : RM61 (120 tablet)
Sebotol Vitamin E: RM149 (120 tablet)
Bagaimanapun tidak ada cara yang benar-benar pasti dapat mengelakkan
kejadian darah tinggi semasa mengandung. Yang penting, kita berusaha.
Boleh hubungi saya di sini...
❤ Efie Muhamad ❤
SMS/Whatsapp: 019-9890707
FB: Efie Muhamad
0 comments