Cara Buat Lolipop Coklat Yang Sungguh Senang

  • Friday, February 26, 2016
  • By efie muhamad
  • 0 Comments

Hihihihi...

Rasa macam nak tergelak la pulak.. Sebabnya, tiba-tiba je jadi bidan terjun terima order lolipop coklat dari seorang kawan, untuk goodies besday anaknya Ahad ni...


Alkisahnya, semalam saya upload kat FB, buat kek dan lolipop coklat untuk sambutan birthday Ajlaa' kat sekolah dia.. Kalo tahun sebelum-sebelum ni, memang main order je kek.. takde maknanya nak menggodek sendiri kan kek untuk besday kat sekolah, walaupun untuk makan sendiri kat umah memang saya biasa buat je kek.. Kalo nak bagi orang makan ni, haaaa itu memang tak berapa nak yakin...

Tapi tu lah... si Ajlaa' ni tiba-tiba memang nak uminya ni yang buat kek untuk dia.. Maka terpaksa lah uminya ni meng'kerastangan'kan diri...heheheh....

Hasilnyaaa....

Taraaaaaa.....





Haaaa nampak tak kek yang comot tu hihihi...... Pasrah jelaaaa...


Ok, ni la lolipop coklat dan kek yang Ajlaa' nakkkkkk sangat tu... 
Rupa-rupanya senang je buat lolipop ni... 

Jom saya share cmane nak buat ni ok...


Resepi Lolipop Coklat



Bahan-bahan:

Acuan lolipop
Batang lolipop

Beryl's Chocolate (saya guna yang dark compound sebab memang suka gila rasa coklat yang pure, tapi ramai yang guna milk compound - sedap jugak.. oh ya, nak guna brand lain pun ok je)
Biskut Oreo
Edible image (ikut suka nak gambar apa - Ajlaa' nak Sofea)

Cara-cara:

Cairkan coklat Beryls tu secara double boiler (didihkan air dalam satu periuk - masukkan coklat ke dalam periuk yang lain - tenggekkan atas periuk berisi air mendidih tadi - pastikan bahagian bawah periuk berisi coklat itu tak terkena air tadi).
Rujuk gambar - senang sikit nak faham...




Bila coklat dah cair sepenuhnya, sudukan 1 sudu coklat ke dalam acuan
Buka kepingan coklat oreo, letakkan sekeping ke dalam acuan
Letakkan lolipop stick di tengahnya

Kemudian tutup semula dengan kepingan lagi 1
Tuangkan sedikit coklat yang telah di cairkan ke dalam acuan lolipop
Ambil sekeping Edible Imej, dan letakkan di atasnya
Simpan dalam peti ais sebentar hingga ia mengeras
Selepas keras, keluarkan dari acuan

Dah siapppp!

Haaaa senang kan... Lepas ni semua boleh buat sendiri dah....

Ni yang kawan saya order tu - edible image Superman..
Okeh... Selamat mencuba ;-)

*************
Adakah anda berminat untuk menjadi pengedar Shaklee?

  Memandangkan permintaan bagi produk Shaklee amat memberangsangkan, saya memerlukan pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap negeri di Malaysia.  Juga, kami bakal melebarkan sayap ke negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei, maka kalian juga turut dialu-alukan.

Hubungi saya Efie Muhamad di 019-9890707.


 Pengedar Sah Shaklee Kota Bharu : Efie Muhamad (Shaklee ID 869620)


qayyumqaisa@gmail.com (e-mail)


Efie Muhamad (facebook)






You Might Also Like

0 comments