Monday, 29 September 2014

Kenapa ESP Penting Untuk Wanita Hamil?

Biasanya, set asas semasa hamil yang dicadangkan untuk ibu-ibu hamil adalah B-Complex, Vitamin C, Vitalea dan Ostematrix. ESP tidak termasuk dalam set asas yang dicadangkan. Namun begitu,ini tidak bermakna ESP tidak penting, malah ianya sama pentingnya dengan vitamin-vitamin yang lain.

Protein adalah bahan binaan (building blocks) yang diperlukan untuk membentuk  tubuh bayi. Otot, daging, kalenjar dan cecair tubuh  hampir semua terbentuk daripada protein. Daging dan ikan adalah sumber protein yang utama. Sesetengah kekacang dan bijirin juga mengandungi protein yang disebut sebagai protein tumbuh-tumbuhan.

Protein terdiri  daripada rangkaian asid amino. Terdapat lebih 20 jenis asid amino dan 13 daripadanya boleh di bina oleh tubuh badan sendiri. Terdapat 9 jenis asid amino yang hanya diperolehi melalui pemakanan. Asid amino ini digelar ‘essential amino acids’.



Sunday, 28 September 2014

Bahayakah Keputihan Semasa Hamil?

Kebanyakan ibu mula mendapati mereka mula mengalami keputihan sejak mula-mula mengandung, walaupun sebelum ini masalah tersebut tidak pernah berlaku. 

Keputihan ini biasanya berwarna putih kekuningan dan pekat seperti dadih. Ianya biasanya menyebabkan kegatalan pada bahagian vagina dan adakalanya mempunyai bau yang tidak menyenangkan.

Hampir semua keputihan yang berlaku ketika mengandung adalah disebabkan organism yis yang diberi nama candida. Ia sering berlaku ketika mengandung kerana perubahan yang berlaku disekitar vagina. Kawasan vagina yang menjadi lebih panas dan lembap menggalakkan lagi pertumbuhan organism ini.

Rawatan


Friday, 26 September 2014

Anugerah Dari Allah

Lama dah nak tulis entry berkenaan ni sebenarnya, tapi entah mengapa tak tertulis.

Jadi, walaupun agak lambat, takpela ye.. Layan je.. entry ni lebih kepada kenangan di masa depan, mengenai kandungan saya yang ketiga ni.. Maklumlah 2 kandungan yang lepas, masa tu takde blog lagi so kali ni kita jadikan kenangan ya..

Period last saya aritu pada 12 Jun 2014, iaitu beberapa hari selepas pulang dari menghadiri National Conference Shaklee di Sunway.. Julai tu merupakan bulan puasa.. Masa dah lewat beberapa hari tu, macam agak pelik jugaklah sebab biasanya period saya tak pernah lewat, namun saya tak terfikir pun rupanya saya hamil.. Bila dah dekat 2 minggu lewat (20th ++ Julai), barulah saya agak saya hamil.. Suami cakap tunggu birthday dia, 4 Ogos baru cek.. Kira macam hadiah besday la.. heheheh…

So, masa 4 Ogos tu, kami cek.. Ya Alhamdulillah, walaupun samar-samar tapi nampak la jugak double line tu.. So, kalo ikutkan minggu, kiraan dari last period maka masa tu dah dekat 8 minggu.. 2 3 hari selepas tu, kami pergi cek kat klinik, scan untuk sahkan.. Dan Alhamdulillah, memang positif.. ≧◠◡◠≦✌

Samar-samar masa buat UPT kat rumah

Tuesday, 23 September 2014

Perlukah Episiotomi Semasa Proses Melahirkan?

Apa itu episiotomi sebenarnya?


Mungkin ramai lagi bakal-bakal ibu, terutamanya yang sedang hamil buat kali pertama yang tertanya-tanya tentang apa yang dimaksudkan dengan episiotomi..

Kebanyakan ibu-ibu di Malaysia lebih mengenali episiotomi sebagai 'gunting di bawah'. Kedengaran amat menakutkan, bukan? Maka tak hairanlah ada ibu-ibu yang lebih takutkan episiotomi daripada proses melahirkan itu sendiri.



Sunday, 21 September 2014

Himpunan Testimoni Herbal Blend Krim Pelbagai Guna

Ramai ibu bapa, yang anak mereka mengalami masalah kulit seperti kering, ruam, gatal-gatal dan ekzema. Kadangkala, kulit yang terlampau kering ini, bila digaru akan boleh menyebabkan sehingga luka dan berdarah, serta boleh menyebabkan jangkitan.


merawat ekzema
Ekzema

Anak saya juga tidak terkecuali, terutama Ajlaa’. Ammar bila dah besar ni nampak macam dah ok dh kulitnya. Ajlaa’ memang kesian.

Wednesday, 17 September 2014

Hati-hati Dengan Pendarahan Semasa Trimester 2 & 3

Pendarahan semasa hamil pasti menimbulkan perasaan bimbang bagi bakal ibu yang mengalaminya.  Bimbang ianya akan menjejaskan keselamatan janin dalam kandungan. Namun, biasanya yang sering kita dengar adalah pendarahan semasa awal kehamilan, iaitu trimester 1. Namun, sebenarnya terdapat juga pendarahan yang berlaku pada trimester 2 & 3.

Terdapat beberapa punca

Tuesday, 16 September 2014

Cara Mudah Tingkatkan Hemoglobin Semasa Hamil

Setiap kali buat 'check-up’ kat klinik, biasanya kita diambil sedikit darah pada hujung jari untuk tujuan memeriksa kandungan hemoglobin (HB) dalam badan kita. Kandungan hemoglobin yang rendah boleh menyebabkan anemia. Ibu yang mengalami anemia akan cepat berasa letih dan dalam keadaan yang lebih serius, ia boleh menyebabkan kegagalan jantung. Jangan ambil ringan ya para ibu…

Sunday, 14 September 2014

Senarai Semak Barang Keperluan Bayi Sebelum Bersalin

Bakal ibu bapa baru, pasti teruja untuk menyediakan kelengkapan awal untuk bayi. Ada yang sejak awal-awal kehamilan lagi, dahpun menyediakan kelengkapan bayi dengan secukupnya. Namun ada juga yang menunggu sehingga detik-detik akhir, barulah mula membeli keperluan bayi. Mungkin kerana mengikut kepercayaan orang-orang tua, kelengkapan bayi seeloknya tidak disediakan dalam tempoh terlalu awal. Wallahualam.

Apapun, yang pasti masing-masing bakal ibu bapa pasti tertanya-tanya apa yang perlu dibeli bagi menyambut kelahiran orang baru dalam keluarga, terutama bagi yang bakal menjadi ibu bapa buat pertama kali. 



Apa Perkara Penting Yang Perlu Dielak Oleh Ibu Hamil?

Sesetengah makanan, mu ngkin membawa risiko kepada kehamilan. Mungkin risikonya terlalu kecil, dan kadang kala tidak meninggalkan kesan kepada kita ataupun bayi kita jika kita termakannya. Bagaimanapun, adalah lebih baik jika kita lebih prihatin, dan tidak mengambil makanan berisiko tersebut.

Makanan Yang Perlu Dielak Semasa Hamil

Wednesday, 10 September 2014

Cara Elak Kejang Kaki Semasa Hamil

Sesiapa yang pernah hamil, pasti pernah alami keadaan ni.

KEJANG KAKI / CRAMP!!!

Sakit kan? Sakit sangat rasanya.. Sampai esok siang pun, masih lagi terasa sakitnya.

Pengalaman mengandung Ammar dan Ajlaa' dulu pun sama,

Wednesday, 3 September 2014

Promosi Berganda Shaklee: Bulan Ni Je Tau...

Promosi BERGANDA dari Shaklee untuk September 2014!

Ya, buat julung-julung kalinya, Shaklee mengadakan promosi berganda bagi produk Shaklee.

Biasanya, 1 bulan 1 produk, tapi pada bulan ini, 2 PRODUK iaitu MEALSHAKES & SHAKLEE COLLAGEN POWDER. Haaaa memang best! Tak pernah-pernah lagi Shaklee buat macam ni...