Friday, 19 April 2013

Entry Santai... Jemput Baca....

Hari ini hari Jumaat. Hari ni entry santai je la. 
Seminggu dah heavy workload ;-)

Semalam kami ke Taman Tengku Anis, sambil2 bawak anak2 main kat playground, sambil2 umi dan abi berjoging. Suplemen suplemen jugak, cara hidup sihat pun kena la amalkan, tak gitu? Hehehe.. Tak guna makan suplemen berbotol2 tapi makan tak jaga, exercise takde tak sihat jugak..

Arini sakit2 badan je rasa. Maklumla dah lama tak bersenam. Tapi insya Allah bila konsisten buat dah takdenye sakit2 badan ni. Kami berazam nak bersenam sekurang-kurangnya 2 kali seminggu, walaupun sepatutnya kita kena peruntukkan 3 kali seminggu untuk bersenam. Insya Allah kami akan usaha luangkan masa untuk itu... Kena masukkan dalam jadual siap-siap. Kalo tak konfem ke laut kan. Hangat-hangat tahi ayam orang kata. Tak nak la jadi macam tu..

Ok, ni picture yang sempat snap semalam, masa mula-mula sampai. 
Enjoy ;-)

Seronok budak berdua ni main

Wahhh abi macam diktator bagi arahan.. heheheh....

Haaa ni keunikan taman kat kelantan. Sambil2 berjoging, sambil2 berzikir..

Ya, ni trek joging laluan saya semalam. Best betul dapat keluarkan peluh..

Alhamdulillah, minggu depan nak pergi lagi kat taman. Sape nak ikut, jom!! Lagi ramai lagi seronok kan.....

 --------------------------------------------------------------------------------------

Sekiranya anda perlukan suplemen Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari saya, agen Shaklee Pasir Tumboh, Kota Bharu atau dapatkan di kedai Mom 2 Moms milik saya, juga di Pasir Tumboh. Bagi mereka yang tinggal jauh, saya gunakan khidmat PosLaju bagi penghantaran.

Boleh hubungi saya di 019-9890707 ;-)




Thursday, 18 April 2013

Cara Jadi Ahli Shaklee ~ Percuma @ Bayar?

Kebelakangan ini, ramai yang bertanyakan cara menjadi ahli Shaklee, terutama pelanggan-pelanggan saya yang tersayang ni.. Yelaaa, makan suplemen dah puas hati, yakin dengan kualiti dan keberkesanannya, order setiap bulan setiap kali vitamin nak habis kan.. Jadi bila fikir-fikir, mestilah lagi untung jadi ahli kan?


Apa keistimewaannya??


Harga ahli ~ pastilah dapat membeli suplemen dengan harga ahli kan paling penting. Haaa jimat banyak dah kat situ.
 
Dapat kumpul uv ~ ok secara amnya uv ni macam point la. Lagi banyak kita kumpul, lagi banyak kita dapat bonus. Bonus ni dalam bentu TUNAI, bukan redeem ke baucer ke apa ke... Best-best...
 
Dapat berniaga ~ bagi mereka yang minat untuk menjana pendapatan sampingan melalui Shaklee, anda berpeluang untuk berbuat demikian hanya setelah anda bergelar pengedar sah Shaklee

Dapat join grup eksklusif ~ haaa ni setiap orang berbeza. Anda join dengan saya, anda akan layak dimasukkan dalam grup eksklusif saya, dimana segala teknik2 dan tips2 perniagaan akan dikongsi disini. Bukan itu sahaja, input rohani juga sentiasa ada dan saya amat bersyukur saya merupakan salah seorang yang bertuah berada dalam kumpulan ini.Tapi ingat, bila anda join dengan orang lain, tak dapatla anda bersama-sama kumpulan saya.

Dan baaaanyak lagi kelebihan2 lain yang kita cerita belakang2, terutama setelah menjadi ahli.

Selain itu, boleh juga lihat disini

Mahal ke??

Tak mahal pun, cuma RM75 SAHAJA untuk keahlian seumur hidup ataupun anda layak mendapatkan KEAHLIAN PERCUMA dengan pembelian secara lebih kurang RM650. Mudah kan??

Banyak ke untung jual Shaklee ni??

Alhamdulillah, saya sendiri secara peribadi, membayar hutang pinjaman perumahan dan kereta saya menggunakan sepenuhnya bonus Shaklee. Bermula dari 2 angka bonus, 3 angka, kini 4 angka, sedang menuju ke sasaran 5 angka. Malah ada di kalangan ahli kumpulan kami yang telahpun mencapai pendapatan 6 angka setiap bulan. Hebat kan??

Ingin bersama kami?? 

Anda sangat dialu2kan. Jom ubah hidup kita dan keluarga kita melalui kesihatan yang lebih baik dan pendapatan yang stabil demi masa depan yang lebih hebat!

Hubungi saya sekarang di 019-9890707!!

Monday, 15 April 2013

Lagi Pengesahan Halal Shaklee

 Salam semua pembaca blog saya...

Saya tau diluar sana, ramai lagi yang mempertikaikan status keHALALan Shaklee. Ramai yang memang terang-terangan mengatakan Shaklee adalah HARAM, dan ianya disebarkan kepada orang lain, termasuk pengguna-pengguna Shaklee sehingga menyebabkan mereka tidak lagi meneruskan pengambilan suplemen, walaupun menyedari ianya bagus dan berkesan bagi mengatasi masalah mereka.

Di bawah ini saya kongsikan entry oleh Tuan Abdul Rahman Baco - seorang penulis dan penerbit buku, yang berkelulusan dalam bidang farmasi, dan TIDAK MEMPUNYAI APA-APA KEPENTINGAN DENGAN SHAKLEE.

Sumber asal entry ini boleh dilihat disini.
http://www.halalscience.com/blog/benarkah-produk-shaklee-ada-ekstrak-babi/

Semoga penjelasan ini dapat membuatkan ramai orang menarik nafas lega.
Selamat membaca ;-)

---------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum,

Apa khabar ? Ramai pembaca yang menghantar email pada saya bercerita tentang percutian mereka. Jadi saya ucapkan selamat bercuti untuk semua guru-guru Malaysia dan selamat berkerja terutama pembaca-pembaca email saya yang berada di luar negara. Ada yang di German, Sudan dan juga di Arab Saudi.

Saya doakan semoga anda semua sihat dan dimurahkan rezeki oleh Allah s.w.t

Ok, kali ini saya ingin kongsikan tentang pertanyaan pembaca buku "Halalkah Ubat Anda?" tentang status halal produk-produk keluaran Syarikat Shaklee.

Saya ada menerima beberapa email bertanyakan tentang status halal haram dan bahan-bahan yang meragukan di dalam Produk Kesihatan Shaklee terutamanya Produk Soy Lecithin - Dietary Supplement.


Soalan 1 :

Assalamualaikum,,
Bagaimana dengan supplemen Shaklee? Adakah semua produk Shaklee adalah halal? Harap saudara Abd Rahman dpt membantu

Terima kasih

Ainul- Amar Dhiya


Soalan 2:

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya kpada En. Rahman tentang produk "Shaklee" iaitu "Advanced Joint Health Tablet dan Ostematrik".

Adakah produk ini halal dan sah dari jakim?

Terima kasih

Cikgu Umi Kalsom.
---------------------------------------------------------------------'

JAWAPAN:


Wa alaikum salam

Saya ada menerima beberapa email bertanyakan tentang status halal haram dan bahan-bahan yang meragukan di dalam Produk Kesihatan Shaklee terutamanya Produk Soy Lecithin - Dietary Supplement.

Isu Estrak Babi di dalam Produk Shaklee mula timbul apabila Tuan Mohd Hadihaizil menulis dalam blog
beliau tentang sumber gelatin di dalam Produk Soy Lecithin yang disyaki menggunakan gelatin daripada
campuran lembu dan babi.

Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah dan berterima kasih di atas keprihatinan Tuan Mohd Hadihaizil tentang status halal haram produk kesihatan yang diambil oleh ahli keluarga beliau.

Di atas keprihatinan dan untuk mendapatkan kepastian, beliau telah menghantar email kepada Shaklee Kanada pada 22 Februari 2011 untuk mendapatkan kepastian dan penerangan.

Hasilnya, pada 26 Februari 2011 pihak Shaklee Kanada membalas email beliau dan menjelaskan bahawa:

"Untuk Produk Lecithin di Pasaran Amerika Syarikat. Gelatin yang digunakan dalam Kapsul Soy Lecithin mungkin menggunakan campuran gelatin babi dan lembu. Dalam kata lain, Kapsul Soy-Lecithin tidak dijamin bebas kandungan babi".

Untuk memastikan kebenaran penjelasan ini, beberapa orang pengedar produk Shaklee telah menghubungi Syarikat Shaklee Malaysia dan menjelaskan produk Shaklee untuk pasaran Malaysia dihasilkan di kilang yang lain dan turut mempunyai persijilan halal daripada Islamic Services of America (ISA).

Hasil carian maklumat saya di portal Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK).

Produk Lecithin Shaklee yang didaftarkan pada tahun 1995 dihasilkan di kilang Syarikat Shaklee di Norman, Amerika Syarikat.

Produk Lecithin Shaklee yang terbaru pula didaftarkan pada 2012 dihasilkan di kilang Nutra Manufacturing, Greenville . Kilang yang sama mengeluarkan produk-produk kesihatan lain seperti Produk GNC dan USANA yang mempunyai persijilan Halal daripada IFANCA (Islamic Food And Nutritional Council of America).

Produk Osteomatrix Caplet Shaklee yang didaftarkan di Malaysia pada tahun 2007 juga dihasilkan di kilang Nutra Manufacturing, Greenville, Amerika Syarikat.

Pada awal Januari 2013 pula, Puan Imatulizah telah menghantar pertanyaan melalui email kepada Islamic Services of America (ISA) untuk mengesahkan kesahihan Sijil Halal Produk Shaklee.

Koordinator Perkhidmatan Halal, ISA mengesahkan Sijil Halal Produk Shaklee adalah sah dan menjamin Shaklee akan terus mengeluarkan produk-produk yang dijamin halal termasuklah Produk Lecithin, Omega dan Vitamin E.

Memang sebelum ini Shaklee menggunakan kapsul daripada pembekal di Kanada. Tetapi pada masa sekarang, Shaklee telah menggunakan pengilang baru yang mempunyai persijilan halal sedia ada untuk
produk Shaklee pasaran Malaysia.

ISA dan IFANCA merupakan badan persijilan Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM.

Oleh itu, tiada keraguan ataupun was-was bagi pengguna Muslim untuk mengamalkan Produk Suplemen Kesihatan jenama Shaklee yang terdapat di pasaran Malaysia.


Abd Rahman Baco
Penulis
halalscience.com


P/S : Saya bukan pengamal produk shaklee, bukan penjual, bukan
pengedar dan tidak mempunyai kepentingan berkaitan produk Shaklee.
Jawapan ini sekadar menjawap persoalan-persoalan yang dihantarkan
oleh pembaca-pembaca buku tulisan saya bertajuk "Halalkah Ubat
Anda?".

Buku "Halalkah Ubat Anda?" mendedahkan lebih 90 jenis
ubat-ubatan yang mengandungi unsur daripada babi.
Untuk dapatkan maklumat lanjut sila layari www.halalscience.com

 --------------------------------------------------------------------------------------

Sekiranya anda perlukan suplemen Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari saya, agen Shaklee Pasir Tumboh, Kota Bharu atau dapatkan di kedai Mom 2 Moms milik saya, juga di Pasir Tumboh. Bagi mereka yang tinggal jauh, saya gunakan khidmat PosLaju bagi penghantaran.

Boleh hubungi saya di 019-9890707 ;-)

 

Thursday, 11 April 2013

Kenali Punca Ketidaksuburan Wanita



Ketidaksuburan sering dikaitkan dengan kemandulan pada salah satu pasangan atau kedua-duanya. Bagi wanita, ketidaksuburan berlaku disebabkan kerana sel telur gagal dikeluarkan atau sel telur matang tidak dapat dihasilkan. Oleh itu tidak berlakunya ovulasi sehingga sel telur tidak masuk ke saluran telur yang menyebabkan tidak dapat terjadi pensenyawaan.

Punca Masalah Ketidaksuburan Wanita

ENDOMETRIOSIS 

Tisu yang menyerupai endometrium yang tumbuh di bahagian lain  cntohnya di luar rahim seperti di sekeliling ovari, tiub fallopian, permukaan luar rahim, usus dan pelvic. Endometrium ialah tisu yang membentuk lapisan dalam dinding rahim. Endometrium menyediakan tapak perlekatan janin(kalau berlaku persenyawaan).
Sekiranya tisu ini tumbuh di luar rahim seperti di ovari atau usus, ketika haid, ia  akan mengeluarkan darah tetapi tidak dialirkan keluar melalui faraj(normal), sebaliknya darah akan berkumpul menjadi gumpalan darah kotor yang bkerosakan koleh mengakibatkan organ peranakan wanita rosak.
Endometriosis juga boleh menghasilkan beberapa jenis racun dan bakteria yang boleh membunuh  sperma, telur atau janin. Ini menyebabkan kemandulan dan keguguran. Boleh rujuk disini untuk maklumat lebih lanjut.

KEROSAKAN TIUB FALLOPIAN

Saluran Fallopian adalah organ penting dalam sistem reproduktif wanita. Sperma akan  berenang  ke  ovum wanita untuk tujuan persenyawaan.
Kerosakan tiub Fallopian berlaku apabila ianya tersumbat akibat  jangkitan kuman atau ketumbuhan seperti fibroid dan endometriosis.

HORMON DAN HAID

Ketidakseimbangan hormone adalah berkait rapat dengan kitaran haid wanita. Wanita yang mempunyai masalah hormone tidak seimbang selalunya mempunyai kitaran haid yang tidak normal.
Kedakseimbangan hormon menyebabkan gangguan ovulasi wanita dan punca paling biasa ketidaksuburan dalam kalangan wanita.

FIBROID

Fibroid adalah sejenis ketumbuhan yang berasal dari tisu pada rahim. Apabila ia membesar, fibroid boleh memberikan pelbagai masalah kepada wanita seperti, menghimpit pundi kencing, mengalami haid yang banyak, sakit samasa haid dan sakit semasa bersama dan sebagainya. Ia boleh tumbuh sehingga sebesar biji bola tapi ia bukan sejenis kanser

SINDROM OVARI POLISISTIK (POLYCYSTIC OVARIAN SYNDROME- PCOS)

Sindrom Ovari Polisistik(PCOS) adalah satu keadaan penyakit system reproduksi dimana berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi. Dikatakan 6-10% wanita mengalami PCOS. PCOS terjadi kebanyakkan pada wanita pada usia 20-30 tidak mengira kaum dan budaya. Ia juga kerap terjadi dikalangan sanak saudara tetapi bukan penyakit keturunan.
Antara ciri utama PCOS adalah pengovulan (proses bertelur) tidak berlaku atau tiada pengovulan yang tetap pada setiap bulan. Selain itu peningkatan aras hormon androgen (hormon lelaki) yang berlebihan dalam badan wanita turut menjadi punca.
Antara tanda-tanda PCOS ialah  kedatangan haid tidak teratur (oligomenorea) dan kadangkala ketiadaan haid (amenorea), bulu roma berlebihan tumbuh di badan (hirsutisme), jerawat yang teruk dan kronik, obesiti, keguguran berulang, kulit menjadi lebih gelap (akantosis nigrikan) dan botak menyerupai lelaki (male baldness).



Cara Mengatasi


Tingkatkan imuniti –Tahap imuniti menurun akibat daripada kekurangan nutrisi –nutrisi penting tubuh. Ambil vitamin tambahan untuk membekalkan semua nutrisi yang diperlukan tubuh.

Elakkan makanan rapu – Makanan rapu mengandungi banyak bahan pewarna dan perisa yang boleh mengakibatkan kegemukan dan obesity. Ikuti pola pemakanan seperti yang dicadangkan oleh pyramid makanan.

Amalkan memakan makanan yang segar - Kurangkan pengambilan makanan yang diproses dan yang mempunyai bahan pengawet. Amalkan memakan buah-buahan dan sayuran segar. Amalkan senaman untuk memastikan tubuh dalam keadaan sihat dan bertenaga.

Elakkan Stress – individu yang stress cenderung untuk mengalami masalah kesuburan.

Minum banyak air untuk menyahtoksinkan tubuh.

Cadangan Vitamin





vitamin untuk keputihan


vitamin kesuburan
vitamin b lengkap

multivitamin shaklee

vitamin c semulajadi

Boleh rujuk disini untuk fungsi setiap vitamin.


Berikhtiarlah sebelum TERLAMBAT!!
Sekiranya anda perlukan suplemen Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari saya, agen Shaklee Pasir Tumboh, Kota Bharu atau dapatkan di kedai Mom 2 Moms milik saya, juga di Pasir Tumboh. Bagi mereka yang tinggal jauh, saya gunakan khidmat PosLaju bagi penghantaran.

Boleh hubungi saya di 019-9890707 ;-)

 

Wednesday, 10 April 2013

Cara Makan Vitamin Shaklee


Ramai yang bertanyakan saya, bagaimana dan bila masa terbaik untuk pengambilan suplemen mereka. Haa sebab banyak kan. Contoh kalo ibu menyusu, dah pasti mengambil B-Complex, Vitamin C, Vita-Lea, Alfalfa. Juga Ostematrix dan ESP. Tu yang wajib. Belum masuk lagi yang sunat. Ada yang ambil OmegaGuard ke, GLA Complex ke, Lecithin ke.. Macam saya sendiri…Heheh…

Baiklah, secara amnya, saya mencadangkan pengambilan suplemen adalah pada waktu malam. 
Kenapa?
Kerana secara teorinya, vitamin2 ini akan mudah diserap oleh badan semasa tubuh kita dalam keadaan rehat. Jadi masa tidurlah masa yang terbaik kan? Tapi saya pasti, tak semua orang berkesempatan untuk mengambil vitamin just right before sleep. Macam saya jugak, nak tidurkan anak dengan saya sekali konfem tertidur jugakla. Hehe..

Jadi, untuk menyenangkan jadual kita, kita cuma perlu alert kepada beberapa rules. Ikut je rules ni, insya Allah selamat. Heheh…

VITAMIN LARUT AIR (B dan C) : Seeloknya diambil bersama segelas air dan elakkan pengambilan bersama makanan berlemak/berminyak.

VITAMIN LARUT LEMAK (A,D,E,K) : Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak.

OSTEMATRIX (Kalsium) : Seeloknya diambil bersama minuman bersusu, atau diambil sebelum tidur. Sebagaimana susu dikatakan sebagai minuman untuk membantu kita tidur, kalsium dikatakan ada fungsi yang sama.

LECITHIN : Diambil bersama2 vitamin larut lemak lain.

APA YANG TIDAK DIGALAKKAN

1. JANGAN Mengambil alfalfa bersama-sama vitamin E kerana ia boleh mengganggu penyerapan alfalfa.

2. JANGAN Mengambil supplement zat besi (Iron) bersama-sama Ostematrix kerana zat besi boleh mengganggu penyerapan kalsium. Walau bagaimanapun kini zat besi sudah dilengkapi bersama2 VitaLea. Oleh itu jika boleh, ambil kedua2nya pada masa berlainan untuk mengelakkan gangguan penyerapan di antara kedua-duanya.

3. Pengambilan vitamin disarankan pada waktu selepas makan bagi membantu penyerapan. Ambillah vitamin &  mineral dalam kadar yang telah dicadangkan, kerana pengambilan vitamin/mineral yang berlebihan, terutama vitamin larut lemak boleh membahayakan kesihatan kerana ia disimpan di dalam badan dan boleh menjadi toksik.

4. JANGAN Mengambil suplemen bersama minuman berkafein kerana inaya mengurangkan kadar penyerapan suplemen secara efiesien!

Sekiranya anda merasakan praktik anda mengambil vitamin sekarang tidak mendatangkan kesan yang memuaskan, anda boleh cuba mengambilnya mengikut cadangan di atas. Walau bagaimanapun, ia bukanlah muktamad dan masih bergantung kepada tubuh badan kita.


CADANGAN JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN SHAKLEE


Waktu
Cadangan Pengambilan
Pagi
 B Complex dan Vitalea untuk memberi kesegaran dan ‘mood’ yang baik.
Minum Pagi
 ESP
Tengah Hari
 Vitamin C dan Alfalfa
Minum Petang
  ESP
Makan Malam
Lecithin/Kalsium/Vitamin E
Supplement
Cadangan Pengambilan
Zinc
Seminggu dua kali kecuali mereka yang ada masalah rambut yang serius.
Nutriferon
Seminggu sepeket setiap hari (Kecuali waktu sakit).
Meal shake
Boleh dibancuh dengan ESP dan PD jika ada.
Alfalfa
Ambil ikut kesesuaian.Untuk ibu menyusu, masa terbaik selepas pam di ambil bersama ESP.
Lelaki juga boleh guna jadual ini mengikut kesesuaian.

Mudahkan? Apa-apa pun, jadual pengambilan vitamin dan supplemen ini hanyalah panduan kepada anda semua namun kesesuaiannya masih bergantung kepada individu..

Selamat mencuba!!

 Sekiranya anda perlukan suplemen Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari saya, agen Shaklee Pasir Tumboh, Kota Bharu atau dapatkan di kedai Mom 2 Moms milik saya, juga di Pasir Tumboh. Bagi mereka yang tinggal jauh, saya gunakan khidmat PosLaju bagi penghantaran.


Boleh hubungi saya di 019-9890707 ;-)