Friday, 29 June 2012

Lawatan Sambil Belajar

Maghrib semalam, kami anak beranak tiba di rumah sifu. Niat di hati, ingin berziarah juga menuntut ilmu..Ilmu apa? Hehehe...ilmu yang tentunya baik, serta tidak bertentangan dengan syariat Allah...

Namun niat untuk bertapa pada malam hari tidak kesampaian. Tuntutan fizikal, memaksa kami ke dapur menjadi masterchef terlebih dahulu, menyediakan dinner untuk 8 orang, termasuk balaci2...Usai dinner, urusan pertapaan masih gagal lantaran askar2 bergabung - 2+3, membentuk satu batalion yang sukar untuk digempur...huhuhu...

Jadi, kami memutuskan urusan suci murni kami itu ditunda ke besok pagi, sementara askar yang bertempur pada malam hari masih lena diulit mimpi...heheh...

So, here we are.. Subuh sudah... Jadi ini coretan pertama sebelum saya bertapa... Nantikan....


* Ingat nak upload tempat saya bertapa ni, tapi keadaan yang huru hara ni terpaksa la kensel...huhu....

Wednesday, 27 June 2012

Vitamin Untuk Lelaki

Ramai orang menyangka vitamin shaklee ni hanya untuk perempuan sahaja, terutama untuk ibu-ibu menyusu.  Salah anggapan ini mungkin kerana ledakan promosi mengenai vitamin untuk ibu menyusu amat luar biasa hebatnya, justeru seakan kehilangan fungsi-fungsi vitamin untuk golongan yang lain.

Jadi, pada entry kali ini, jom kita bercerita mengenai vitamin untuk lelaki.

Lelaki, tidak terkecuali dalam menghadapi pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung, penyakit kencing manis, obesiti, strok dan banyak lagi. Ada di antara mereka yang mengalami perubahan hormon seawal usia 30 tahun yang membawa kepada masalah kesihatan yang rumit dalam hidup mereka seperti:

  •     Mati pucuk
  •     Pembesaran prostat
  •     Kelesuan
  •     Kurang tenaga dan stamina

Program Men's Vital Health Shaklee membekalkan nutrisi terbaik untuk kesihatan lelaki.

Antara kebaikan yang bakal diperolehi:-

  • Memelihara kebaikan prostat
  • Meningkatkan kecergasan dan kesihatan badan
  • Memelihara jantung yang sihat
  • Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
  • Mengawal tahap kolesterol yang sihat

Set Vitamin Shaklee untuk Kesihatan Lelaki



Jadi, hubungi saya di 019-9890707 untuk harga yang terbaik!!

Hot Stuff!! Performance Drink...


Wednesday, 20 June 2012

Nutrisi Terbaik untuk Mereka yang Terbaik





Selamat Beribadah dengan Cergas semasa Berpuasa ;-)....

The Miracle Mighty 3 Gem


Sebagai pemilik butik Mom 2 Moms, butik yang berkaitrapat dengan menyediakan keperluan bagi ibu-bu hamil dan menyusu, saya kini kerapkali dihujani dengan pertanyaan bagaimana ingin memastikan proses penghasilan susu tetap mantap walaupun sedang berpuasa. Memandangkan kira-kira sebulan sahaja lagi umat Islam bakal menyambut bulan Ramadhan, ramai ibu-ibu menyusu, terutama yang baru pertama kali berhadapan dengan situasi ini, agak cemas untuk menghadapi bulan puasa.

Pertanyaan seperti ~ 'adakah susu mencukupi' , 'macamana nak buat bagi susu maintain', 'bila masa nak minum air 3 liter' dan pelbagai lagi soalan2 yang pastinya perlukan jawapan.

So, ibu-ibu menyusu... usah khuatir usah gentar..

Jom kita share apa suplemen yang perlu untuk menghadapi bulan puasa...Kalo yang dah start puasa sekarang tu pun boleh cuba, yela mesti ada yang tengah puasa sunat ataupun secara maraton ganti puasa sekarang ni kan...heheh...


SET MIGHTY 3 GEM ~ Mealshakes, Energizing Soy Protein, Performance Drink

Mealshakes   
 ~ mengandungi multivitamin, protein dan fiber
~ menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. 
~ mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.







ESP

- merupakan soya bukan GMO  tetapi ianya adalah soya tulen
- tidak melalui proses pemanasan yang mana memusnahkan sel-sel protein
- dapat memberi tenaga yang sustain , yang mana dapat memberi rasa kenyang yang berpanjangan


Performance Drink
- mengurangkan kehilangan bendalir dari tubuh
- dapat mngekalkan metabolisma badan
-   mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga 
-  Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan
      keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina
 
Jadi, rahsia untuk kekal aktif semasa berpuasa, meningkatkan penghasilan susu dan dapat beribadah dengan cergas sudah terbongkar...
 
Ayuh, dapatkannya sekarang dengan harga istimewa...
 
Hubungi saya di 019-9890707 atau emel ke qayyumqaisa@gmail.com..

Tuesday, 19 June 2012

Tuuu Dia Sudah Mai.... Kolagen Shaklee >>> Super Duper Best!!!


Kolagen; satu nama yang tak perlu untuk diperkenalkan lagi. Kebanyakan wanita, memang dah tau mengenai kolagen, malahan juga ramai yang pernah, sedang dan mempertimbangkan untuk bertemankan kolagen. Seiring dengan peningkatan usia, ramai yang merasakan suplemen ini PERLU dan WAJIB bagi menjaga kecantikan diri.

Apa itu Kolagen??

Kolagen merupakan struktur protein yang bertindak sebagai perekat antara sel. Sebahagian besar dari kulit kita, iaitu sekitar 75% dari kulit terdiri dari kolagen. Justeru, kolagen berfungsi sebagai penyokong tubuh.

Kenapa Kolagen Perlu??

Kolagen dalam badan, akan berkurangan seiring dengan peningkatan usia. Justeru, kesan kekurangan kolagen dalam tubuh akan mengakibatkan timbulnya kesan-kesan yang tak berapa best terutamanya kepada kulit manusia.

Antaranya;-

~ kulit berkedut dan kering
~ kuku menjadi rapuh
~ rambut menipis dan gugur
~ tulang menjadi lemah
~ sendi-sendi menjadi kaku

Secara tak langsung, kekurangan kolagen akan menyebabkan kulit akan hilang keanjalan, menjadi kasar, masalah pigmentasi, mata menjadi kering dan juga payudara akan menjadi kurang tegang.

Kesan dan Faedah Kolagen Shaklee



Kolagen Shaklee yang diperbuat dari sisik ikan merah (red snapper scale), terbukti dapat membaiki tekstur kulit wajah dan dapat menghilangkan kedutan. Ianya terbukti hanya dalam 8 MINGGU!



> ANTI PENUAAN – mengurangkan liang pori-pori (pori-pori terbuka), kedutan dan garis halus.
 
> MENGHIDRATKAN – Melembapkan kulit

> MENGEMBALIKAN KEANJALAN KULIT – Menjadikan kulit anjal, lembut dan tegang

> MELICINKAN – Tingkatkan kelicinan kulit

> MENYUBURKAN – Menyuburkan rambut dan kuku yang sihat

> MENCERAH – Mengurangkan pigmentasi, jerawat dan kulit tak sekata

> MENEGANG – Membantu menegang dan menganjalkan payudara

Jadi, masalah yang selama ini membelenggu diri, sudah ada jalan penyelesaiannya.

Hubungi saya di 019-9890707, atau emel ke qayyumqaisa@gmail.com untuk maklumat lanjut...

Barang baru, harga tentulah istimewa ;-) Cepat2 yer...........

Monday, 18 June 2012

Kenapa Shaklee ~ Sentiasa Selamat; Sentiasa Berkesan; Sentiasa Mesra Alam???

Mesti ramai yang tertanya2, kenapa yer? Bagus sangat ke Shaklee ni???



Let's check it out................



 
Sentiasa Selamat

- Para saintis Shaklee menjalankan lebih daripada 350 ujian terhadap ramuan botanikal baru bagi logam berat, racun serangga dan lain-lain bahan pencemaran
- Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau bahan pengawet
-`Tidak menjalankan ujian terhadap haiwan


Sentiasa Berkesan

- Lebih daripada USD250 juta dilaburkan didalam kajian, pembangunan produk dan ujikaji
- Terdapat 100 penerbitan saintifik
- 54 pingat emas olimpik dimenangi oleh atlit yang diperkasa oleh Shaklee
- Shaklee memperkasa tujuh daripada Pengembara Handal didalam buku Time Life "25 Greatest Adventure of All Time"
- Penemuan kajian terbaru pada tahun 2007menunjukkan pengamal suplemen memiliki tahap kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang mengambil
multivitamin jenama lain mahupun mereka yang tidak mengambil sebarang suplemen langsung

    
Sentiasa Mesra Alam

- Bungkusan yang bebas daripada Bisphenol-A, phthalates dan dakwat toksik
- Bungkusan yang boleh dikitar semula

Apa kata kita semua bertukar kepada produk yang .... sentiasa selamat, berkesan dan mesra alam!!!

Sunday, 17 June 2012

Ammar; Berat Naik 2kg Selepas Makan 1 tin Mealshakes


Arini, gi timbang Ammar dan Ajlaa' kat klinik...

Suka...Bulan Jan aritu, berat Ammar 11kg... Then, saya start bagi dia mealshakes. Arini, selepas 5 bulan, berat dia 13kg..Baru je abis 1 tin, sebab saya xdela konsisten sangat bagi dia makan. Bukan apa, sebab saya ni jarang lekat kat rumah. Kadang tidur umah MIL, kadang umah my family...
Yelaaa, time abi xde, agak sunyi dan bosan la dok umah 3 beranak je.. Tu yang kitorang merantau tu...heheh Jadi, bila xberapa nak lekat kat umah ni, so xkonsisten la bagi dia mealshakes.

Ammar ni, berat badan dia memang susah nak naik..Kurus je anak saya ni, x ikut umi dia... huhu...

Apapun, skarang ni bila dh nampak pertambahan berat dia, dan dengan nasi pun xdela bermusuh sangat, maka hati saya begitu gumbiraaa....lalallala...

Alhamdulillah, syukur pada Allah...



Jom semua, dapatkan kebaikan Mealshakes untuk anak2 anda hari ini juga...

Mealshakes = Multivitamin + protein + fiber >>> penuh dengan segala kebaikan!!!

Hubungi saya dengan sms di 019-9890707 atau emel di qayyumqaisa@gmail.com...

Saturday, 16 June 2012

Hari yang Menggembirakan ~ Thank you Abi!

Hari ini hari yang sangat gembira dalam hidup saya, juga kami sekeluarga.

Malam tadi kami 3 beranak bermalam di rumah MIL, menantikan abi yang pulang dari KL dengan bas, dan akan turun right here depan umah MIL. So, Abi sampai awal subuh. Dalam pukul 8, kami bertolak pulang ke rumah kami di Pasir Tumboh.

Sampai kat umah, siap2 mandi dan sarapan, kami ke kedai kami, Mom 2 Moms. Best, dapat pasang desktop baru, hadiah dari abi, untuk ofis umi kat kedai. Abi kesiankan umi, terpaksa angkut laptop setiap kali ke kedai, then bawak balik laptop ke rumah. Dahla laptop berat, dengan charger lagi,buku2 dan fail kerja. Tu tak termasuk anak dan kelengkapan anak2 lagi. Kesian umi kan.... heheheh...

Lepas dh setup komputer baru kat kedai, kami ke HUSM, melawat datuk saudara saya yang sakit ~ koma. Kena jangkitan kuman kat jantung, paru2 dan buah pinggang. Dah hampir seminggu warded, n abi masih belum melawat kerana baru je balik Kelantan.

Lepas tu kami ke tuisyen Al-Amin, untuk bayar yuran tuisyen BIL. Tuisyen Al-Amin ni kepunyaan abang kandung saya, so just pay for half fees. Best2...hehehe...Kitorang lunch kat sini, then solat Zuhur.

Kemudian, kami terus menuju ke Pengkalan Chepa, untuk menimba ilmu dari Kak Cery.. huhu...



Kelas bermula dari 2 petang, hinggalah 6 petang. Best2, baaaaanyak sangat ilmu yang ditimba, semangat yang dijana, ukhwah yang baru terbina, dan juga makanan potluck yang super sedap! heheheh....thanx all!!!
Tapi yang kesiannya dekat abi la, terpaksa meladeni anak2 semasa umi dalam kelas. Anak2 pulak memang dah letih, n dah tiba masa diorang tido dah sebenarnya. So, apalagi, dua2 mengamukla. Asyik nak menangis je..huhu..Dahla kalomenangis tu, memang high volume terus, meraung melalak lagi..hehehe...terpaksa la abi bawak diorang naik kete, pusing2 kawasan perumahan tu, sampai diorang tertidur dala kereta. huhu...

Dah habis kelas, kami solat Asar di sebuah masjid berdekatan. Lepas je solat, terus kami ke Taman Tengku Anis, bawak anak2 beriadhah. Diorang memang happy sangat2, dan orang pun sangat la ramai. Maklumla hari minggu. Dalam sejam kami di situ, hari dah makin petang, orang ramai pun dah beransur pulang, sikit demi sedikit. Kami juga beransur, walaupun anak2 masih enggan...

Kat depan taman tu, ada Tutti Fruitti yang baru dibuka. Memandangkan kami yang agak jakun ni, tak pernah lagi masuk Tutti Fruitti, so dengan rasa ingin mencuba, kami pun singgah ke sana. Mak oiiii, punyala banyak kami amek dalam 1 cup tu, sampai kena caj rm30++ hengget!!! heheheh...xpe2, sekali sekala memanjakan diri dan anak2....huhu

Lepas je Tutti Fruitti, kami ke Mydin untuk membeli kelengkapan rumah yang dah habis. Solat Maghrib di sini, dan shopping lebih kurang terus kami berangkat pulang. Abi sempat beli roti nan favourite kat Kubang Kerian, then kami terus balik rumah.Sampai rumah, dengan tingkap tak bertutup (ada tingkap yang kami sengaja buka belah siang even xde kt umah sebab x plan untuk pulang selewat ni sebenarnya...heheh), kawasan rumah yang gelap gulita...Sib baik xde pencuri masuk..heheh...
Alhamdulillah...

Kami dinner, mandi, tidurkan anak dan saya terus masuk SOHO saya kat umah ni, dengan semangat yang masih membara, recharged dari kak cery...

Thanx kak cery atas ilmu yang bermanfaat, juga buku yang dihadiahkan....
Thanx kawan2, atas ukhwah yang terbina...
Thanx abi, kerana menyokong, membantu dan membahagiakan kami sekeluarga.....


* Ketika entry ini dipost, datuk saudara saya telah kembali ke pangkuan Maha Pencipta, pada jam 4.30 a.m. tadi...Al-Fatihah...




Monday, 11 June 2012

Darah Tinggi Kerana Kurang Mineral

Dipetik dari Mingguan Wanita; tulisan Dr Rushmini Maris Ismail

Antara punca darah tinggi yang dikenalpasti ialah komposisi garam magnesium dalam darah. Garam magnesium merupakan garam yang terlibat dalam banyak proses metabolik tubuh. Persatuan Jantung Amerika (American Heart Association) mengatakan magnesium ialah suplemen yang baik bagi membantu  mengatasi tekanan darah, dan akhbar perubatan di Amerika iaitu New Science Daily melaporkan kandungan magnesium yang rendah dalam darah menjadi petanda seseorang mudah mendapat darah tinggi dan masalah sakit jantung, ia menjadi petunjuk aras yang membantu doktor membuat ramalan sekaligus mencegah berlakunya penyakit darah tinggi dan jantung.

Magnesium boleh didapati dalam kebanyakan makanan dalam jumlah yang kecil, maka dalam diet seseorang sering mengalami ketidakcukupan magnesium. Masalah kekurangan magnesium menyebabkan seseorang menjadi stress, cemas, mengalami masalah tidur, mudah tersinggung, mood cepat berubah, sembelit, mual dan mudah muntah, jantung berdebar dan tekanan darah yang tidak stabil.







Vita-Lea® Iron Formula  
Multi vitamin & Multi mineral


Multi yang Hebat
Suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan Sains terbaik Shaklee yang mampu dibeli.  Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Jika diambil setiap hari, Vita-Lea mampu:
•    Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.*
•    Mengandungi beta karotena yang membantu dalam
      mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan
      tisu.
•    Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D
      untuk kesihatan tulang dan gigi.
•    Biotin dan asid pantotenik membantu untuk
      memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh
•    Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah
      merah.*

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.
Tiada tambahan perasa tiruan, pemanis, bahan pewarna atau pengawet.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Sebarang maklumat lanjut, boleh sms saya di 019-9890707 atau emel qayyumqaisa@gmail.com..


Thursday, 7 June 2012

Saya Sudah! Anda Bagaimana???


Saya sudahpun menjadikan suplemen sebagai makanan tambahan dalam diet harian saya... Anda bagaimana?









Mengapa suplemen penting?

Let's check it out....................
~ buah-buahan dan sayuran mungkin ditanam atas tanah yang kurang subur

~ mungkin berlaku kehilangan zat makanan semasa proses memasak

~ gaya hidup anda mungkin mengganggu penyerapan zat makanan

~ kepelbagaian makanan mungkin terhad dalam hidangan anda

~ anda mungkin terlalu kerap makan di luar

~ gaya hidup anda tidak aktif

~ pekerjaan anda banyak stress

~ anda kerap dijangkiti demam dan jangkitan2 lain


Jadi, berusahalah kita berikhtiar, semoga kita sihat....luar dan dalam....
Ingat!!! Kita bertanggungjawab atas tubuh badan kita sendiri...

Jadi....saya sudah! Anda bila lagi?????????

Hadiahkan diri sendiri, serta orang tersayang dengan set lengkap vitamin semulajadi; tanpa bahan sintetik; tanpa kesan sampingan...

Hubungi saya untuk special price ;-)

019-9890707


Vitamin E untuk Ibu Menyusu

Mungkin ramai yang sudah tahu, vitamin E sangat penting dalam mendapatkan kulit yang sihat dan anjal. Namun, adakah mereka juga tahu, Vitamin E ini mengandungi sangat banyak kebaikan yang lain.

Memandangkan ramai di antara kita merupakan ibu yang sedang menyusukan bayi, jadi kebaikan yang saya nak kongsi pada kali ini ialah bagaimana vitamin E ini menjadi vitamin yang penting bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi.

Ibu yang menyusukan anak memerlukan Vitamin E lebih dari orang biasa, malah lebih dari ibu hamil. Kenapa ibu menyusu memerlukan vita-E????

Mengelakkan anemia pada bayi

Menurut Jan Riordan, penulis buku “Breastfeeding and Human Lactation”, vitamin E diperlukan untuk mengelakkan anemia di kalangan bayi. Laporam Kids’ Health pula menyatakan, ibu yang kekurangan pengambilan vitamin E menyebabkan bayi yang disusuikan kurang bekalan vitamin E.

Anemia bermakna kekurangan oksigen yang dibawa oleh darah akibat kekurangan sel darah merah. Ia amat bahaya kepada bayi yang sedang dalam proses membesar.



Menjaga kesihatan otot untuk menurunkan berat badan lepas bersalin


Lumrah ibu yang baru lepas bersalin ingin mendapatkan berat asal. Namun, kekurangan vitamin E mungkin boleh mengganggu kerana menurut Eileen Behan, dalam bukunya “Eat Well, Lose Weight While Breastfeeding”, ibu yang ingin turun berat badan memerlukan vitamin E untuk pembentukan otot yang sihat. Otot yang sihat dapat membakar lemak dengan lebih efektif.


 Vitamin E sebagai ‘first aid’


Vitamin E harus selalu ada dalam stok ibu menyusu sebagai ‘first aid’ bila mengalami bengkak susu. Ini kerana vitamin E membantu mengurangkan bengkak dan inflamasi.


Hubungi saya dengan sms ke 019-9890707.
KONSULTANSI PERCUMA!!!




Friday, 1 June 2012

Aktiviti Sihat Bersama Keluarga

Minggu ni abi cuti 1 minggu... Best2...Banyak benda umi dh plan, antaranya mestila ronggeng2..heheh...

Dan lagi satu yang kami sekeluarga suka.... riadah kat taman or kat kompleks belia panji... sangat la BEST!! Kali ni kami pergi ke kompleks belia, sebab agak dekat dgn rumah, memandangkan hari dah agak lewat.. Dapat bawak si Ammar ni jogging,punya la excited x ingat... Ajlaa' pn kemain lagi, maklum la baru dapat kaki...huhu...


Anak dara umi, dengan rambut menggerbang...huhu...angin kuat, ari nak hujan...

Abi tengah ajar anak2 'sit up'...

Letih ke abi? heheh...

video
                    Ammar yang tengah tiru sorang pakcik depan dia wat exercise...



video

Ajlaa' yang ke hulu ke hilir, pantang tengok kanak2 lain sepak bola (kitorang lupa nk bawak bola...huhu)

Apapun, jom jadikan aktiviti sebegini sebagai rutin dalam kehidupan anda... Suplemen, suplemen jugak...Riadhah pun penting jugak yer.....

Badan sihat, otak cerdas, hati pun gumbiraaaaa....

Ok anak2, abi balik cuti nanti kita datang lagi yer....