Friday, 28 February 2014

Set Subur Shaklee: Tips Dapatkan Sperma Berkualiti

Kesuburan dan kehamilan bukan sahaja bergantung kepada isteri, namun peranan pihak suami jugak penting. Ramai orang yang meletakkan 'kesalahan' untuk gagal mengandung di bahu isteri sahaja. Hakikatnya, kedua-duanya memikul tanggungjawab yang sama.

Kajian menunjukkan bahawa punca utama kemandulan lelaki adalah jumlah sperma yang rendah dan kualiti sperma lemah. Lelaki sihat menghasilkan 200 hingga 300 juta sperma berkualiti sehari atau secara purata 70,000 sperma seminit. Pada masa ini, ujian air mani satu-satunya kaedah yang dapat menentukan sama ada seseorang lelaki itu ada menghasilkan sperma. Jika ada sperma, ini bermakna lelaki itu tidak mandul.

Namun jika bilangan sperma dihasilkan kurang, keadaan itu dikenali sebagai ‘Oligospermia’ atau ‘Oligozoospermia’. Bagi lelaki yang ada banyak sperma tetapi sebilangan besar tidak berbentuk normal atau kurang 30 peratus berbentuk tidak normal, keadaan itu dikenali sebagai ‘Teratospermia’, manakala jika sebilangan besar sperma itu tidak bergerak aktif dan sehala atau lebih 40 peratus sperma tidak bergerak aktif, masalah itu dikenali sebagai ‘Asthenospermia’.

Kadangkala semua masalah sperma itu berlaku sekali gus dengan bilangan sperma kurang, termasuk peratusan sperma yang kurang aktif dan yang berbentuk tidak normal. Keadaan itu dikenali sebagai Sindrom OTA (Oligo, Terato dan Astheno). Boleh baca di sini.

sperma tak berkualiti
Bentuk sperma yang TIDAK NORMAL


Bilangan, corak pergerakan dan bentuk sperma menyumbang ke arah sperma berkualiti

 

Bagaimana Shaklee Dapat Membantu?


1) Vitamin E- Complex, with Selenium & Extract Grape Seed

Kajian pada tahun 1924 mendapati Vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Para lelaki yang  mengambil 600IU - 800IU vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka.

Boleh rujuk di  International Journal of General Medicine untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana Vitamin E ini berfungsi meningkatkan tahap kesuburan lelaki.

 







2) Zinc Complex

Pengambilan zinc untuk jangka panjang mampu memperbaiki kemampuan seks lelaki, impoten, meninggikan kiraaan sperma. Zinc yang secukupnya penting untuk keupayaan seks yang bertenaga.




 3) CoQHealth

 CoQ10 menunjukkan keputusan hubungan langsung antara tahap yang lebih tinggi CoQ10 dan peningkatan yang ketara dalam kedua-dua air mani dan sel sperma, serta peningkatan dalam motilitas sperma.CoQ10 dapat memberi tenaga kepada sperma untuk bergerak aktif menuju ke arah telur.

 


Anak ini rezeki dari Allah. Kita cumalah berikhtiar, penentunya tetaplah dari Allah. Namun, walaupun segalanya Allah dah tentukan, Allah tetap suruh kita berusaha & berdoa. Bukankah Allah suka hambaNya yang rajin berusaha dan meletakkan sepenuh pergantungan kepadaNya, merayu-rayu meminta dariNya?

Berikhtiarlah dengan sesuatu yang dah terbukti kebaikannya, sebagaimana suplemen dari Shaklee ni yang dah melalui beratus-ratus ujian klinikal... Insya Allah...

-------------------------------------------------------------------
Sekiranya anda perlukan suplemen Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari saya, agen Shaklee Pasir Tumboh, Kota Bharu. Bagi mereka yang tinggal jauh, saya gunakan khidmat PosLaju bagi penghantaran.
Boleh hubungi saya di 019-9890707 ;-)

Wednesday, 26 February 2014

Kesan Gadget Terhadap Anak-anak: Baik @ Buruk?

Memang, dunia kita sekarang takleh nak dibandingkan dengan zaman kita kecik-kecik dulu.. Dulu-dulu mana ada Tab, Note, Ipad, PlayStation semua tu.. Paling2 pun tengok TV je, citer Gaban la, Kesatria Baja Hitam laaa.. Hehehhe saya la tu yang dok layan citer2 ni kecik-kecik dulu.. Lagi satu, citer Cun, yang main bola tampar tu.. Ohhhh Maero Attack namanya... Best sangat...

Ok, tu bab cerita TV la... Yang lebih menarik, kita zaman kecik2 dulu memang selalu main 'selambut', 'dekcok', 'coh', 'bola katok', 'lompat getoh', 'tudung botol', 'polis sentri'... heheheh sori ai speaking klate here... Lupa dh nama permainan2 ni dalam bahasa standard... Tapi meman g best kan main ni zaman kecik2 dulu.. Permainan yang melibatkan aktiviti berkumpulan.. Bukan main sorang2 je.. heheh.. Kalo nak tau lebih lanjut tentang permainan-permainan ni bleh tengok kat sini.

Selambut a.k.a batu seremban 

Dekcok a.k.a tengteng

Lompat getah

Yang pastinya, susah sangat dah nak jumpa kanak-kanak zaman sekarang bermain ni. Boleh dikatakan hampir TIDAK ADA LANGSUNG. Anak-anak saya Ammar & Ajlaa' tu pun tak tau tentang permainan ni. Sedih sangat kan. Apa yang diorang tau, GADGET!! Saya hampir yakin sepenuhnya, anak2 lain pun begitu.

Duduk bersama, hakikatnya masing2 bersendiri

Anak-anak kita zaman sekarang

Takde yang salah. Kita memang kena terima hakikat, dunia berubah dan kita mesti seiring dengan perubahan itu. Gadget ada baiknya, dan ada juga buruknya. Apa yang penting, PEMANTAUAN dari kita sebagai ibu bapa. 

Bukan sedikit kes-kes yang melibatkan anak-anak terjebak melayari laman-laman lucah, dan yang lebih menyedihkan mereka mempraktikkan terhadap adik beradik atau kawan-kawan. Juga, pernah terjadi, kes seorang remaja yang membunuh diri, semata-mata kerana tak tahan dengan perlian akibat fitnah yang dilontarkan di Facebook oleh kawan yang dengkikannya. Itu tak masuk lagi bab anak-anak menjadi cepat pemarah, pendendam, perengus dan sukar dibentuk akibat dari pengaruh tak langsung yang mereka dapat dari apa yang mereka tonton. Otak jadi penat, minda jadi lembap.

Zaman sekarang dah kembali ke zaman Jahiliah.. Bezanya, kalo zaman Jahiliah, pembunuhan, fitnah kena lakukan secara fizikal. Namun, dunia sekarang, cuma sekadar dalam bilik, menggunakan laptop sahaja fitnah dah bleh tersebar. Hanya sekadar di hujung jari sahaja.

Jadi apa yang harus kita lakukan??


PANTAU!!!

PANTAU!!!

PANTAU!!!

HADKAN!!!

Kita kena amek tau apa yang mereka buat. Kena sentiasa awasi kot-kot mereka terklik ke laman yang tak sepatutnya. Juga kena hadkan masa mereka beronline. Tak boleh ikut mereka, mereka yang kena ikut keputusan kita.

Alhamdulillah, anak2 saya sekarang saya cuma benarkan mereka menonton YouTube cuma pada hari cuti sekolah. Itupun cuma sejam pada waktu pagi, dan sejam pada waktu petang.  Kalo dulu2, memang agak tak terkawal. Asyik pegang tab je diorang. Kita pun kurang kesedaran lagi masa tu. Alhamdulillah, Allah bagi kesedaran awal pada kami, sebelum segalanya dah terlambat.

Takpelah anak nak sepahkan rumah main masak-masak 2 beradik tu pun, rumah tunggang langgang macam kapal pecah, asalkan mereka beraktiviti secara betul. Biar mereka meneroka, bereksperimen. Takpe. Alaaaa lagipun lepas tu memang saya suruh diorang kemas balik... Heheheh... Walaupun tak perfect pun diorang kemas, tapi biar mereka ada sense of responsibility atas apa yg diorang buat. Petang-petang balik sekolah bagi mereka main kat laman, naik basikal ke, siram pokok ke, main bola ke, cuci kereta ke. Libatkan dengan aktiviti fizikal. Tapi ofkos la kita kena ada sama dengan diorang kan. Zaman sekarang macam-macam hal boleh jadi. Malam-malam, mengaji dan baca buku pastu tidur.  
No more gadget on schooldays.

Rajin sangat tolong umi lipat kain..hehe
Main pondok-pondok

Balik sekolah tolong cuci kereta
.
Joint d dot jugak yang dipilih

Lagi best, kalo kita dapat kenalkan balik pada diorang dengan permainan kita dulu-dulu tu kan? 
Mesti seronok!!!
Boleh cuba ni......

So, siapa pun  kita, anak-anak adalah amanah kita, tanggungjawab kita. Jaga mereka sebaiknya, didik mereka seeloknya. Merekalah saham untuk kita, bila kita dah tiada nanti. Sebelum kita disoal kelak, baik kita beringat. Berteknologi tak salah, apa yang salah adalah kita salahgunakan teknologi. Kan??


-------------------------------------------------------------------
Sekiranya anda perlukan suplemen Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari saya, agen Shaklee Pasir Tumboh, Kota Bharu. Bagi mereka yang tinggal jauh, saya gunakan khidmat PosLaju bagi penghantaran.
Boleh hubungi saya di 019-9890707 ;-)
 


Monday, 24 February 2014

Ostematrix Shaklee: Atasi Sembelit Dengan Mudah

Sembelit, terutama bila selepas melahirkan anak memang sangat mengerikan. Saya faham tahap kengerian itu, kerana saya pun pernah alami semasa lahirkan Ammar dulu. Hohoho sampai saat ni masih terbayang2, walaupun dah 5 tahun berlalu.

Sebulan beb, tak dapat membuang dengan normal. Tapi masa tu saya memang tak tau apa2 mengenai produk Shaklee. Anak sulung pulak kan. Keluarga dahla strict bab2 makan ni.. Sayur tak boleh, buah tak boleh (tapi curi2 jugak mintak suami belikan buah heheheh, tapi still takleh nak lawas).. Abih tu, cmano? Huhuhu.. Memang terpaksa bergantung dengan ubat dari farmasi. Yang jenis telan tu tak jalan, kena guna yang jenis cecair picit tu, barulah jalan. Tahap kronik kot saya ni.. Hehehe...

Tapi sebenarnya, sembelit ni memang kita takleh nak pandang ringan. Yela, takkan kita nak biar benda2 bertoksin tu lama2 dalam tubuh kita kan? Boleh jatuh sakit la jadinya... Kalo diikutkan, sekiranya kita tak membuang selama 2 hari pun dah dikira sembelit. Sepatutnya kita kena membuang sekurang-kurangnya sekali sehari, ataupun lebih elok sekiranya 2 kali sehari. Ni ilmu yang saya dapat masa ikuti kelas bengkel nutrisi awal bulan hari tu.

Bagaimana Ostematrix Shaklee Membantu?

 

Pelik kan cmane Ostematrix vitamin fevret saya ni, dapat membantu melawaskan sessi pembuangan? Ye lah, Ostematrix ni kan kalsium.. Apa kaitannya dengan dapat melawaskan pulak?

Heheh begini sebenarnya... Ostematrix bukanlah sekadar kalsium...

Dalam Ostematrix tu, bukan je ada Kalsium, tapi ada jugak Magnesium... Selain berfungsi untuk membantu penyerapan kalsium ke dalam tulang, magnesium ni jugaklah yang berfungsi untuk pelawasan tu...

Magnesium membantu melegakan otot dalam usus - menyebabkan otot usus menjadi lembut dan menghapuskan sembelit.
Magnesium juga membantu menarik air ke dalam usus - menyebabkan jumlah air di dalam usus bertambah dan membantu melembutkan najis.

Jadi, bila kita mengambil Ostematrix ni sebagai salah satu suplemen untuk kekuatan tulang kita, secara tak langsung ianya akan dapat melawaskan sessi pembuangan kita. Mudah kan??

Sekarang ni, Ostematrix memang merupakan antara vitamin fevret saya. Sebabnya bagi saya, setiap wanita memang perlukan kalsium kerana selain kita kehilangan kalsium melalui proses kehamilan & penyusuan, tapi kita juga turut kehilangan kalsium melalui pengaliran darah haid setiap bulan. So, cuba bayangkan berapa je kadar kalsium yang tinggal dalam tubuh kita. Esok2, belum pun tua lagi dah terbongkok2.. Nak dukung cucu pun tak larat kot.. Huhuhu...  Jadi, memang bagus sangat la kalo kita amek Ostematrix ni sepanjang masa, tambah-tambah lagi masa hamil ataupun berpantang...

Jadi, memang Ostematrix ni jadi fevret la, bukan saja untuk kesihatan tulang dan menyusukan anak, tapi jugak dapat kesan sampingan yang bessstttt sangat iaitu dapat melawaskan. Biasanya, bangun pagi2 masa nak Subuh tu dah jalan sekali, lepas tu masa Zohor lagi . Alhamdulillah, dapat membuang secara normal, dengan jumlah yang betul. Hehehe... Nyah la toksik2 dari tubuh guwe...heheheh...

Video perkongsian ibu muda, yang serik untuk beranak lagi sebab alami sembelit yang sangat teruk selepas bersalin...



Ibu Muda Ini Serik Nak Beranak Lagi Sbb Seksa Pantang. Apa Yg Buat Dia Berubah?


So, bagaimana dengan tahap 'pembuangan' anda? 
Nak cuba dengan Ostematrix?? 
Satu botol yang menawarkan baaaaaanyak khasiat yang tak ternilai untuk tubuh kita...

SMS / Call saya Efie di 019-9890707 untuk maklumat lanjut.


-------------------------------------------------------------------
Sekiranya anda perlukan suplemen Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari saya, agen Shaklee Pasir Tumboh, Kota Bharu. Bagi mereka yang tinggal jauh, saya gunakan khidmat PosLaju bagi penghantaran.
Boleh hubungi saya di 019-9890707 ;-)

Set Penjagaan Rambut: Lengkap Dengan Set ProSante Shaklee

Setiap rambut memerlukan rutin berbeza bagi perlindungan dari kerosakan agar sentiasa tampak hebat dan menawan, samada bagi mereka yang bertudung mahupun tak. Segala masalah berkaitan dengan rambut ini sebenarnya cuma berpunca dari satu je; iaitu KULIT KEPALA.

Punca Rambut Rosak / Gugur


✄ Kerosakan akibat proses dan mendandan. Bahan kimia dari pewarna dan pelurus, ditambah dengan haba dari alat pendandan akan menjadikan rambut rosak dan poros, pecah dan regang, kusam dan pincang.
✄ Serangan dari alam sekitar. Cuaca yang ekstrim, cahaya UV dari matahari dan cahaya dalaman dan pelbagai pencemaran udara dan air mampu menekan folikel dan merosakkan rambut, menjadikannya lemah dan mudah pecah.
✄ Stres fizikal.Stres fizikal seharian akan menyebabkan folikel rambut kekurangan zat dan "letih", menjurus kepada semakin banyak ramb ut yang "berehat", dan rambut yang kurus, nipis dan rapuh.
✄ Kerosakan oksidatif. Jika tidak dibendung, radikal bebas akan memulakan pelbagai kerosakan, ketidakselesaan dan kurang cantik, gatal-gatal atau minyak berlebihan.

Ujian klinikal telah menunjukkan Set ProSante secara semulajadi telah mengurangkan kehilangan rambut semasa bersikat, meningkatkan ketebalan dan mengurangkan kerosakan untuk semua jenis rambut. Set ProSante tidak menanggalkan atau mengeringkan rambut anda, malah sebenarnya membantu rambut mengekalkan kelembapan dan melawan kerosakan.

syampoo shaklee
Set ProSante


Nourishing Scalp Treatment (59ml ➻ RM93.75)

✺ Memberi tenaga kepada folikel rambut. Swertia & Ginseng merangsang lembut peredaran darah dan membekalkan tenaga untuk bebuli rambut
✺ Panthenol menguatkan rambut dan merangsang kelembutan yang bersinar
✺ Melindungi dari pencemaran. Minyak daun pokok teh menyokong kebolehan semulajadi kulit kepala dan mengelak folikel rambut dari tersumbat.
✺ Mengurangkan penampilan berminyak dan menggelupas dengan Zinc PCA, Vitamin B6 dan Saw Palmetto.
✺ Melegakan iritasi.


Revitalizing Shampoo (296ml ➻ RM66.25)

✺ Mengandungi sistem pembersihan yang patent pending. Diformulasikan dengan humectants dan protein berasaskan sayuran untuk kutikel rambut yang licin.
✺  Anti-statik dan tidak mengering jadi rambut mengekalkan flex dan daya tahan semulajadi
✺ Menyegarkan - butakan kulit kepala rasa selesa dan bertenaga


Purifying Shampoo (237ml ➻ RM62.50)

✺ Membersih dengan lengkap, mendalam untuk menghapuskan kotoran dan pembentukan minyak tanpa menggugurkan rambut atau kulit kepala.
✺ Membebaskan rambut dari sebum yang terkumpul.


Lightweight Conditioner (296ml ➻ RM66.25)

Menyerap kutikel rambut utnuk mengekalkan pH dan hidrasi kulit kepala
✺ Meringankan rambut, bebas kusut, mudah diurus dan meningkatkan kekuatan rambut dan membantu menebalkan rambut halus.


Replenishing Conditioner(237ml ➻ RM67.50)
 
Perapi dan pelembap yang pekat bagi rambut yang berkilat dan lembut bak sutera
Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabang
Menguatkan rambut dengan protein dan humektan yang berasal dari alam semulajadi


Long Lasting Finishing Spray (237ml ➻ RM58.75)
 
"Medium hold" memastikan gaya rambut tidak berubah
Memberikan perlindungan UV
Menguruskan rambut yang dikeriting halus dan rambut yang mudah kusut.
 
 
 
 

 Cadangan Penggunaan Set ProSante

 

 

 Testimoni Pengguna Set ProSante

 
 
 
Sebelum segala-galanya dah jadi terlambat, baik kita mula jaga sekarang kan? Nanti dah rosak, dah gugur berdozen2, dah botak ngeri pulak rasanya kan? Hehehe....
 
 
-------------------------------------------------------------------
Sekiranya anda perlukan suplemen Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari saya, agen Shaklee Pasir Tumboh, Kota Bharu. Bagi mereka yang tinggal jauh, saya gunakan khidmat PosLaju bagi penghantaran.
Boleh hubungi saya di 019-9890707 ;-)
 

Sunday, 23 February 2014

Set Penjagaan Rambut: Atasi Rambut Gugur Dengan Shaklee

Usia makin meningkat, kadar rambut gugur pun sama. Kalau dulu kita boleh berbangga dengan rambut lebat hitam menawan, tapi makin lama rambut semakin menipis. Masa mandi, masa sikat rambut atau masa biasa-biasa pun rambut tetap gugur. Dan masalah rambut gugur ini dialami oleh semua orang, baik lelaku mahupun wanita. Buntu, kan?

Lebih kurang 50% (wahhhh banyaknya, separuh tu) dari lelaki akan mengalami masalah berkaitan penipisan rambut dalam hidup mereka, 40% wanita juga akan mengalami tanda ketara masalah berkaitan penipisan rambut pada umur 35 tahun. Rambut akan sentiasa mengalami kerosakan disebabkan oleh diet yang tidak baik, kurang nutrisi, proses kimia (mewarna, proses kerinting & luruskan rambut), penggayaan (alat panaskan rambut, pengkerinting) ditambah dengan stress kehidupan yang meningkat dan kekangan masa.

Bagaimana Shaklee Dapat Membantu?

 



ESP : Mengandungi kadar protin yang cukup tinggi. sebagaimana yang kita sedia maklum, kekurangan protin menyebabkan pertumbuhan rambut menjadi perlahan. Pastikan bahawa kita telah mengambil cukup protein agar rambut dapat tumbuh dengan lebih cepat dan sihat.

Purifying Shampoo Prosante: Membersih dengan lengkap, mendalam untuk menghapuskan kotoran dan pembentukan minyak tanpa menanggalkan rambut atau kulit kepala ataupun melunturkan warna rambut. Ianya akan membebaskan rambut dari sebum yang terkumpul, pencemaran persekitaran dan dapat mengembalikansinaran dan menyerlahkan tekstur asli rambut. Juga dapat membantu menyokong imbangan mikroflora kulit kepala.

Zinc: Diet yang kurang zink boleh membawa kepada kelemahan sistem imun yang boleh menyebabkan keguguran rambut. Zink boleh memainkan peranan yang penting dalam modulation paras testosteron pada lelaki normal.Apabila hormon seimbang maka risiko kehilangan rambut boleh dikurangkan. Zink boleh menguatkan folikel rambut anda dan boleh membantu mencegah beberapa jenis keguguran rambut. Zink juga sumber mineral untuk mempercepatkan pertumbuhan sel baru & pembinaantisu yang rosak.

Rasanya, MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARI MERAWAT kan?

Sebelum rambut kita semakin menipis, semakin botak menampakkan kulit kepala, baik sekiranya kita mengambil langkah2 pencegahan dengan memberikan nutrisi yang sepatutnya kepada rambut kita. Rambut itu mahkota kan? Dah mahkota, kena la jaga betul-betul...(✿◠‿◠)


-------------------------------------------------------------------
Sekiranya anda perlukan suplemen Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari saya, agen Shaklee Pasir Tumboh, Kota Bharu. Bagi mereka yang tinggal jauh, saya gunakan khidmat PosLaju bagi penghantaran.
Boleh hubungi saya di 019-9890707 ;-)

Tuesday, 18 February 2014

Tips Kuruskan Badan: Amalkan 2 Tips Ini Pasti Berkesan!

Lama saya tak update tentang misi kurus 2014 saya. Hehehehe...

Tapi diam-diam ubi berisi tau, bukan  diam-diam cangkul berkarat. Haaa nanti saya cerita...

Nak kurus, semestinya kita bukan setakat mengharapkan jasa baik suplemen sahaja untuk membakar lemak-lemak badan yang diternak sejak sekian lama, namun memerlukan usaha yang lebih dari itu.

Pertama, KENA JAGA MAKAN

Kena tau berapa jumlah kalori yang dibenarkan untuk kita ambil setiap hari. Kalau tak tau cara nak kira kalori macamana, boleh tengok di sini. Penting tau untuk kita tau berapa kalori yang boleh kita ambil setiap hari. Katalah 1500kcal je, tengok2 kita bedal 2000 kcal memang la tak kurus-kurus la kan. Heheheh...

Kedua, KENA EXERCISE

Haaaa ni yang saya maksudkan diam-diam ubi berisi tu. Hehehe... Semalam saya dah sign up untuk join kelas aerobik di Bodypower di Berek 12, Kota Bharu.. So, hari ni merupakan hari kedua saya beraerobik di sana. Best. Berpeluh-peluh tak payah cakap lah. Rasa teruja bila pikir 'wahhhhh lemak-lemakku sedang dibakar dengan hebat! Nyah kau!!!'... Hehehehe...

Kelas Aerobik saya
Best kan kalo dapat body macam cikgu aerobik saya tu
Ni jadual kelas.. Saya join 3 hari seminggu

Alhamdulillah, bila dah mula bersenam ni, badan pun rasa segar. Takdela lemau-lemau je. Rasa fresh, oksigen sampai ke otak. Heheheh...

Sebenarnya, tujuan saya join kelas aerobik ni bukanlah semata-mata untuk kurus, tapi yang lebih penting untuk dapatkan badan yang sihat. Tak guna kan, kalau kurus tapi sakit macam-macam singgah. Nauzubillah..

Pagi-pagi, sebelum ke kelas, saya breakfast dulu dengan CINCH COKLAT + ESP. Marvellous!!! Sedap sungguh. Badan rasa sedang-sedang. Takdela kenyang sangat sampai takleh nak melompat masa kelas, tapi takdela lemah sampai tak larat jugak nak melompat.. Waaaa memang best lah!

Breakfast macam dulu-dulu dengan nasi lemak ke nasi berlauk ke (orang Kelantan katakan, memang takleh lari dari nasi berlauklaaa) memang takde dahla. Even mihun goreng yang saya goreng untuk anak makan sebelum pergi sekolah pun saya tak jamah. Goreng cukup2 sepinggan je untuk budak berdua tu. Heheheh...

Then, saya bawak bekal 1 botol PERFORMANCE DRINK untuk saya minum semasa kelas, juga sebotol air masak. Penting ya, untuk elakkan badan kita terhidrat. Lagipun memang berpeluh-peluh, basah kuyup macam mandi kan.. Best betul!

Teman baik misi kurus saya... heheheh
 
Ni pun teman baik saya jugak.. 3 liter air setiap hari is a MUST!

Nak kurus, memang kena KONSISTEN AMALKAN 2 TIPS ni. Insya Allah, bila amalkan ni beberapa bulan je, kita memang boleh kurus.

Korang doakanla saya konsisten ye. Ya lah, kita pn manusia kan, mudah lalai serta lupa. Tambah-tambah jenis macam saya ni, agak pantang menolak makanan. Kikikiki... Korang doakan ye... Hehehhe....
-------------------------------------------------------------------
Sekiranya anda perlukan suplemen Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari saya, agen Shaklee Pasir Tumboh, Kota Bharu. Bagi mereka yang tinggal jauh, saya gunakan khidmat PosLaju bagi penghantaran.
Boleh hubungi saya di 019-9890707 ;-)




Sejarah Berulang Kembali

Sejarah 3 tahun lepas, kini berulang kembali.

Surat tawaran sambung belajar abi

Alhamdulillah, cita-cita abi ingin menyambung pelajaran tercapai... Kali ini, menyambung pengajian peringkat Master dalam bidang Perumahan di Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang.

Sebelum kami bernikah lagi, saya tau suami saya ni mempunyai cita-cita yang besar dalam bidang pendidikan ni. Bermula dengan Diploma, dia ingin melanjutkan pelajarannya ke peringkat PHD, insya Allah.

3 tahun lepas, Januari 2011, semasa saya sarat mengandungkan anak kedua kami Ajlaa' Qaisa, suami memulakan pengajian peringkat ijazah secara sepenuh masa di UiTM Shah Alam. Sepanjang 2 tahun pengajiannya itu, suami pulang setiap hujung minggu ke Kelantan. Kesian dia, mesti penat kan, tapi tanggungjawab terhadap kami memang tak diabaikan.

Kini, Alhamdulillah suami saya dahpun memulakan pengajiannya di USM Pulau Pinang. Sejarah 3 tahun lepas berulang kembali. Suami hanya akan pulang pada hujung minggu sahaja. Cuma, jadual master ni taklah pack macam masa degree aritu. Sekarang ni, kelas cuma 3 hari seminggu. Mungkin lebih banyak kena buat research la kan.


USM Pulau Pinang

Saya doakan suami saya diberikan Allah ketajaman & kecerdasan minda, kekuatan fizikal, keutuhan semangat supaya dia dapat menamatkan pelajarannya dengan cemerlang dan seterusnya dapat melanjutkan ke peringkat PHD insya Allah.

Mohon semua sahabat-sahabat pembaca blog saya yang baik hati ni pun doakan sekali ye...(✿◠‿◠) Sesungguhnya, doa kita untuk sahabat kita yang tidak tahu didoakan insya Allah dimakbulkan, kan? Amin amin amin ya Allah...

Tak sabar nak pegi jalan-jalan ke Pulau Pinang..
Nanti boleh jumpa anak-anak buah Shaklee saya yang kat sana..

So kalau ada pembaca saya ni dari Pulau Pinang, dan nak join Shaklee, haaaaa boleh call saya ye.. Banyak faedah jadi ahli yang kita boleh dapat melalui apa yang Shaklee tawarkan ni.. Memang lumayannnnn.... Best sangat!

Call saya Efie di 019-9890707..

-------------------------------------------------------------------
Sekiranya anda perlukan suplemen Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari saya, agen Shaklee Pasir Tumboh, Kota Bharu. Bagi mereka yang tinggal jauh, saya gunakan khidmat PosLaju bagi penghantaran.
Boleh hubungi saya di 019-9890707 ;-)

Tuesday, 11 February 2014

Khasiat Kacang Botor

Walaupun saya ni pengamal vitamin Shaklee, namun tak semestinya saya tidak menitikberatkan corak pemakanan saya. Saya masih lagi makan nasi seperti biasa, ada lauk pauk, ada sayur, ada ulam-ulaman. Ye laaa, kadang-kadang ada jugak suara-suara sinis yang melabelkan pengedar-pengedar Shaklee seperti kami ni, macam kami ni jadikan suplemen tu sebagai pengganti makanan, jadi makanan ruji pulak.. Hahahah nak tergelak pun ada.. Nama pun suplemen kan ➛ makanan tambahan, bukannya makanan asasi..

Tapi kan, memandangkan dunia sekarang ni, nak makan sayur yang dijual kat pasar tu banyak-banyak pun rasa tak berapa nak sedap hati. Berapa banyak agaknya pestisid, herbisid, germisid yang ada pada sayur-sayur yang dijual kat pasar tu. Hohohoho menakutkan..

Jadi, lebih selamat untuk kita tanam sendiri apa yang termampu untuk kita tanam kan? Kat laman umah saya ni, dapatlah jugak menanam serba sedikit pokok-pokok tanaman seperti pokok cili, terung, pokok kacang botor, lengkuas, daun pandan, serai dan pokok limau purut. Yang ni yang dah boleh dituai hasil la.

Yang masih belum dapat dituai hasil, pokok buah-buahan seperti betik, manggis, rambutan, ciku, mata kucing dan pokok mangga. Memerlukan bertahun-tahun lagi kot untuk berbuah.
Pokok Kacang Botor

Pokok terung pada saat mula berbuah satu ketika dulu

Pokok Cili

Pokok 'tene' @ petola segi yang dahpun mati kat umah saya... hehehe.. ni gambar dulu2...


Khasiat Kacang Botor

Pokok kacang botor ni senang ditanam, mudah tumbuh, sedap dimakan. Yang penting tiada pesti/herbi/germi-sid; dan guna baja tahi lembu saja. Tapi saya tak bubuh baja pun sebenarnya heheheh... Kacang botor petik sendiri (tanam sendiri) ni rasanya lebih manis daripada yang beli di pasar. Kebanyakan yang jual kat pasar tu pulak dah keras /tua dah bila dipetik, jadi kuranglah kesedapannya itu.

Sebenarnya, kacang botor ni bukan sekadar kita boleh makan buahnya sahaja, tapi keseluruhan pokok kacang botor ni boleh dimanfaatkan.
  • Lenggai mudanya yang digunakan sebagai sayur atau ulam merupakan bahagian tumbuhan yang paling banyak dimakan, dan boleh dituai dalam tempoh 2-3 bulan selepas penanaman.
  • Buah yang muda dan lembut dijadikan sayur mentah, digoreng, dibuat kerabu atau jenis makanan lain dan ia mempunyai rasa yang hampir sama dengan pucuk asparagus.
  • Bunga sering digunakan untuk mewarnakan beras dan pastri.
  • Daun muda boleh dimasak sebagai sayur daun dan rasanya hampir serupa dengan daun bayam.
  • Ubinya yang mempunyai perisa seperti kacang tanah boleh digunakan sebagai sayur berubi dan ia hampir serupa dengan ubi kentang. Akar pokok ini lebih kaya protein berbanding ubi kentang. Ia amat digemari di Papua New Guinea dan juga amat popular di negara Myanmar sebagai juadah makanan.
  • Biji yang masak telah diiktiraf sebagai makanan yang berkhasiat kerana mengandungi banyak protein seperti kacang soya. Biji kacang botor boleh diproses seperti kacang soya iaitu dijadikan pelbagai produk yang boleh dimakan atau diminum.

Dari segi perubatan pula, ramai berpendapat daun kacang botor boleh dibuat teh dan sesuai digunakan sebagai ubat pencuci mata yang bengkak serta bisul dan kudis. Daun ditumbuk lumat dan ditampal pada bisul. Daun dan biji kacang botor dimasak dan dimakan untuk mengubati penyakit kulit seperti bisul dan ulser. Manakala akar direbus dan diminum untuk merawat penyakit vertigo. Namun, rawatan ini masih memerlukan kajian yang lebih mendalam.

Buah kacang muda mengandungi 1-3% protein dan kaya dengan mineral besi, kalsium dan vitamin A. Ranting ubi pula mengandungi 8-10% protein, 30% karbohidrat, banyak fosforus dan kalsium. Daunnya mengandungi 5-7% protein dan banyak mineral, vitamin A dan C. Manakala bij masak mengandungi 11% air, 33% protein, 32% karbohidrat, 16% lemak dan 5% serat. Kandungan asid amino dalam kacang botor seakan-akan kacang soya tetapi kacang botor mengandungi lebih lisin dan leusin. Minyak kacang botor seakan-akan minyak kacang tanah, 67% minyak kacang botor adalah asid linoleik dan asid oleik. Kandungan tokoferol dalam minyak kacang botor juga adalah tinggi. Bahan lain dalam minyak kacang botor yang sederhana banyak ialah fosforus, kalsium, zink, sedikit mineral lain, sederhana banyak tiamina dan riboflavin.

Walaupun pokok kacang botor kat rumah saya cuma 1 pokok je, namun Alhamdulillah buahnya banyak dan tidak putus-putus berbuah. Sering menjadi rezeki tetamu atau anak-anak Shaklee saya yang bertandang ke rumah. Rezeki, harus dikongsi kan? So kalo korang rasa nak makan kacang botor free, jemputlah bertandang ke rumah saya... Hehehe...

Buah Kacang Botor

Memandangkan saya ni penanam kacang botor, maka setiap hari boleh dikatakan makan tengahari saya berulamkan kacang botor.. Hehehe...

Lunch saya tengahari ini... hehehe...


Ok lah, selesai kisah kacang botor...

Jumpa lagi dalam entry akan datang (>‿◠)✌

 ---------------------------------------------------------
Sekiranya anda perlukan suplemen Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari saya, agen Shaklee Pasir Tumboh, Kota Bharu. Bagi mereka yang tinggal jauh, saya gunakan khidmat PosLaju bagi penghantaran.
Boleh hubungi saya di 019-9890707 ;-)




Multivitamin: Benarkah Satu Pembaziran?

Benar...

Multivitamin akan merupakan satu pembaziran sekiranya multivitamin yang diambil adalah bersifat sintetik , badan gagal untuk menyerap sepenuhnya vitamin dan mineral dan mempunyai pewarna tiruan yang mungkin akan menimbulkan kesan negatif pada masa akan datang.


Perbezaan Multivitamin Shaklee


Hal pembaziran ini tidak berlaku pada multivitamin Shaklee atau lebih dikenali sebagai Vitalea Shaklee memandangkan suplemen Shaklee adalah merupakan suplemen  yang terhasil dari bahan-bahan semulajadi. Secara teknikalnya, produk Shaklee tidak mengandungi apa-apa kandungan bahan kimia yang berbahaya seperti parabens, tidak mengandungi pewarna, tiada lemak trans dan tiada perisa atau pemanis tiruan.

Shaklee tidak menggunakan haiwan untuk bahan ujian. Malah pembungkusan Shaklee adalah selamat dan bebas biophenol toksin - phtalates dan dakwat toksik. Itulah sebabnya memang kita benar-benar pasti, bahawa setiap produk Shaklee adalah dijamin selamat untuk digunakan.

Vitalea Shaklee merupakan multivitamin yang CEPAT & SENANG DISERAP sepenuhnya oleh badan kita.. Tak percaya? Jom layan video eksperimen kadar keterlarutan Vitalea Shaklee ni.. Kejap je kan dah larut sepenuhnya... So takdelah isu membazir seperti yang digembar-gemburkan tu...



Vitalea Shaklee pula merupakan multivitamin yang PERTAMA di dunia. Sekarang ni dahpun  berusia 99 tahun. Kalaulah manusia, dapat kita bayangkan bagaimana dah kerepot tu kan? Heheheh... Tapi Vitalea ni tua-tua kelapa tau, makin tua makin banyak manfaatnya. Nama VITAMIN itu sendiri berasal dari nama asal VITALEA iaitu Vitalized-Minerals, yang disingkatkan menjadi VITAMIN. So, saya sebagai pengguna VITALEA Shaklee ni memang layak untuk berbangga la kan? Hehehe....


multivitamin shaklee
Vitalea dalam majalah I-Sihat

 Sebotol Vitalea ni harganya RM88.75, ada 120 tablet dalam sebotol tu. Sehari makan sebiji je, jadi sebotol tahan sehingga 4 bulan la. Tak mahal pun kan... Nak harga yang lagi best, boleh contact saya ok..

Efie : 019-9890707

NOTA: VITALEA TIDAK BOLEH DIAMBIL SERENTAK BERSAMA KALSIUM KERANA IANYA AKAN MENGURANGKAN KADAR PENYERAPAN OLEH BADAN. JADI, JARAKKAN PENGAMBILAN DALAM 2 JAM PUN DAH OK...

----------------------------------------------------------
Sekiranya anda perlukan suplemen Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari saya, agen Shaklee Pasir Tumboh, Kota Bharu. Bagi mereka yang tinggal jauh, saya gunakan khidmat PosLaju bagi penghantaran.
Boleh hubungi saya di 019-9890707 ;-)

Monday, 10 February 2014

Ajlaa' Qaisa: Anugerah Terindah Buat Kami

Indah kan bila bergelar ibu bapa, tak kira samada buat pertama kali atau untuk ke sekian kalinya, perasaan menimang cahaya mata itu memang sangat indah... Dan hari ini, merupakan hari ulang tahun ke 3 kelahiran permata hati saya ini, anugerah terindah dari Allah buat kami..

Ajlaa' dilahirkan pada 10 Februari 2011, sebulan selepas abinya melanjutkan pelajaran ke UiTM Shah Alam. Sarat mengandungkan semasa ketiadaan abinya di sisi, bersama pula anak sulung Ammar Qayyum yang baru berusia setahun setengah pada ketika itu tidak pula membebankan saya. Mungkin juga disebabkan saya tinggal berhampiran dengan keluarga, dan masa abi mula sambung belajar tu mak mertua saya mintak saya pindah tinggal dengan beliau ketika itu. Hehe dia risau saya terberanak sorang diri kot...hahahaha....

Sehari sebelum melahirkan, saya masih aktif bergerak ke sana sini. Tugas saya yang ketika itu memerlukan saya bergerak ke sana sini, memandu ke sana sini langsung tidak memberikan masalah. Maghrib pada hari itu pun, saya masih lagi di jalanan. Hehehe Alhamdulillah Allah yang memudahkan.

Tengah malam tersebut saya mula mengalami contraction. Tapi sikit je sakitnya, dengan selang masa yang lama. Mungkin setengah jam sekali kot. Saya ni pulak, walaupun dah nak masuk anak ke 2, tapi tetap masih tak tau rasa contraction ni. Sebabnya masa Ammar dulu, saya di'induce' memandangkan tekanan darah agak tinggi dan jumlah air ketuban pula sangat sedikit. Jadi, sakit bila dipaksa bersalin dan sakit rasa nak bersalin secara semulajadi ni memang berbeza.

Menjelang pukul 5 pagi, rasa sakit tu makin kerap. Abi dalam perjalanan balik ke Kelantan dari KL dengan bas. Hari tu hari Khamis. Sepatutnya abi belum balik lagi la, tapi Allah yang Maha Baik mengatur segala-galanya dengan sungguh cantik. Kelas abi pada hari Khamis tu batal sebab semua pensyarah ada seminar kot kalau tak silaplah.. Saya mula call abi, kot2 dia tak terjaga. Bas tu memang melalui rumah kami, jadi tak perlu untuk dia turun kat stesen bas.

Alhamdulillah, abi sampai ke rumah tepat pada masanya. Kami solat Subuh, kemudian terus bersiap-siap untuk ke hospital. Sempat jugak sediakan air rendaman akar fatimah tu.. Hehehe... Dalam kereta, masih lagi boleh borak2 macam biasa dengan abi. Bila time contraction, mengerang kesakitan jap, pastu sambung borak lagi.. Heheh lucu betul. Abi siap offer nak singgah kedai untuk sarapan dulu lagi.. Hehe tapi ofkos lah saya tolak kan. Ada yang terberanak dalam kedai nanti..

Sampai ke hospital, sekitar pukul 7 pagi. Berjalan sendiri untuk pendaftaran kat Bahagian Kecemasan. Ingat lagi masa tu, bila time contraction je, berhenti berjalan pegang kuat-kuat kat palang besi koridor.  Masa tu, tengah ada pertukaran staf hospital. Biasala waktu pagi kan. Staff tu lelaki, tanya saya nak bersalin ke masa saya tengah sakit contraction tu. Terus abi kena marah kat staff tu, sebab tak tolak saya guna wheelchair. Heheh.. Saya ingat nak banyakkan berjalan la, bagi senang nak bersalin sikit. Heheh...

Bila dah daftar tu, saya terus dipasang alat untuk cek jantung bayi (CTG). Agak lama jugak la, lebih setengah jam kot sampai saya dah tak tahan so saya panggil je jururawat pelatih tu. Masa tu dah sakit sangat-sangat dah. Kemudian diorang terus buat VE (cek jalan), dah terbukak 5cm so saya terus diarahkan masuk ke bilik bersalin.

Alhamdulillah, proses kelahiran Ajlaa' begitu mudah. Dalam 10 mini je dalam bilik bersalin tu, permata hati saya ni terus keluar dengan cuma 2 atau 3 kali push. Doktor dan jururawat tak sempat berbuat apa2. Line drip ke apa ke memang tak sempat buat. Abi pun tak sempat nak dipanggil masuk untuk menyaksikan kelahiran puterinya ini. Tak sabar betul Ajlaa' ni nak keluar kan? Hihihi... Abi cuma dipanggil masuk sekejap lepas tu untuk iqamat, lepas tu terus kena keluar dah. Hahaha...

Hari 1 di dunia

Ooooh dah panjang rupanya saya bercerita.. Begitulah serba sedikit kisah kelahiran permata hati saya ni.. Lahir pukul 8.30 pagi pada 10 Februari 2011 (pada 09/02 tu saya sempat berseloroh dengan kakak saya, nak bersalin 11/02/11 baru cantik tarikh tu) rupanya tak sempat.. Hehehe...

Apapun, semoga puteri tersayang saya ni membesar dengan sihat, bijak, solehah, patuh kepada kami orang tuanya juga taat kepada suruhan Allah. Semoga dia cemerlang dunia & akhirat, dapat menyumbang kepada ummah insya Allah..



---------------------------------------------------------
Sekiranya anda perlukan suplemen Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari saya, agen Shaklee Pasir Tumboh, Kota Bharu. Bagi mereka yang tinggal jauh, saya gunakan khidmat PosLaju bagi penghantaran.
Boleh hubungi saya di 019-9890707 ;-)

Sunday, 9 February 2014

Tingkatkan Sistem Imun; Perlindungan Terbaik Menentang Penyakit

Ramai yang tertanya-tanya, terutamanya mereka yang agak jauh dari bidang perubatan ataupun mereka yang kurang mengambil tahu tentang istilah-istilah perubatan ini tentang apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan sistem imun? Bagaimana ia berfungsi? 

Sistem imun sebenarnya adalah sekumpulan sel, molekul dan organ. 

Ia membentuk:

Bahagian yang boleh dilihat – seperti kulit, air mata, air liur dan lender daripada mulut, hidung dan paru-paru

Bahagian yang tidak  boleh dilihat – seperti timus, limfa, sistem limfa, sumsum tulang, sel darah putih, antibody, sistem pelengkap (seperti protein yang bekerja dengan antibodi) dan hormon.



Semua bahagian sistem imun ini bertindak sebagai penghalang pencerobohan virus, bacteria, kulat, cacing dan parasit lain yang memasuki tubuh melalui kulit, hidung, mulut atau bahagian tubuh lain yang terbuka dan menyebabkan penyakit berjangkit.

Sistem imun kita sangat meluas dan bergerak lancar, bukan di bawah kawalan organ pusat seperti otak, tetapi melalui rangkaian maklumat kompleks di kalangan ahli-ahlinya.

Bagaimana Sistem Imun Berfungsi

Kita mendapat penyakit daripada bacteria (seperti kuman) dan virus. Sesetengah bacteria tidak berbahaya dan bermanfaat (jutaan bacteria dalam usus kita untuk membantu proses penghadaman), tetapi banyak yang menjadi berbahaya apabila masuk ke dalam tubuh atau aliran darah.

Tugas sistem imun ialah melindungi anda daripada jangkitan virus, bacteria dan jangkitan lain seumpamanya. 

Ia melindungi kita semua dengan 3 cara utama:-

Ia membentuk rintangan yang mencegah bacteria dan virus memasuki tubuh
Jika bacteria atau virus memasuki tubuh, sistem imun cuba mengesan dan menyingkirkannnya sebelum ia boleh menyesuaikan diri dan membiak
Jika virus atau bacteria membiak dan mula menimbulkan masalah, sistem imun kita akan menyingkirkannya.

Bagaimana Nutriferon & Garlic Shaklee Dapat Membantu





 GARLIC

Ia menguatkan sistem imun dan merangsang penambahan sel darah putih yang melawan jangkitan, merangsang aktiviti sel Pembunuh Semulajadi (PS) dan meningkatkan kecekapan pengeluaran antibodi.

Ia juga bertindak sebagai antipengoksida yang mengurangkan  pembinaan radikal bebas dalam aliran darah. Bawang putih juga menghapuskan bahan yang berpotensi karsinogen dan toksik yang lain.

Ia juga boleh mengurangkan risiko kanser perut sehingga 40% dan mengurangkan paras kolestrol sekitar 9%. Juga merupakan makanan mesra jantung memandangkan ia memastikan platlet tidak melekat dan menyebabkan pembuluh darah halus tersumbat.

NUTRIFERON

Nutriferon merupakan satu produk yang dihasilkan setelah melalui kajian selama 40 tahun terhadap beribu-ribu jenis sebatian dan lebih 200 herba yang berlainan. Hasilnya, Dr Kojima telah berjaya membangunkan satu-satunya interferon semulajadi di dunia, dan telah dipatenkan oleh Shaklee dan tidak dijual di kedai-kedai lain.

Dr Kojima telah menetapkan bahawa ekstrak dari biji labu, bunga safflower, honeysuckle jepun dan biji plantago mempunyai daya kebolehan mendorong pengeluaran semulajadi interferon tubuh. Interferon inilah yang mengaktifkan  sel-sel darah putih dalam tubuh kita bagi melawan segala macam jenis pencerobohan oleh anasir-anasir luar. Sekiranya sel-sel darah putih kita tak aktif, maka senanglah kita dijangkiti penyakit.

Persekitaran kita memang dah tak selamat, banyak menyumbang ke arah lemahnya sistem imun tubuh kita. Asap kenderaan & kilang, sistem penghawa dingin, gas buangan, virus di udara, habuk semua itu akan melemahkan sistem imun kita.

Justeru, kita memang sangat-sangat perlu untuk tingkatkan imun tubuh kita, supaya kita tidak mudah dijangkiti penyakit. Cara yang terbaik tentulah dengan  mengambil suplemen yang telah terbukti selamat dan berkesan ini.


HARGA BIASA GARLIC RM47.50 (60 tablet)
HARGA BIASA NUTRIFERON RM181.25 (30 sachet)
HARGA SPECIAL CALL EFIE 019-9890707

----------------------------------------------------------
Sekiranya anda perlukan suplemen Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari saya, agen Shaklee Pasir Tumboh, Kota Bharu. Bagi mereka yang tinggal jauh, saya gunakan khidmat PosLaju bagi penghantaran.
Boleh hubungi saya di 019-9890707 ;-)

Vitalea: Vitamin TERTUA di Dunia

Vitalea Shaklee merupakan  multivitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Vitalea dahulunya dikenali sebagai ‘Vitalize-Mineral’ dan disingkatkan sebutan kepada ‘Vita-Min’, dan perkataan vitamin yang disebut kini asalnya dari perkataan ini la. 

vitalea shaklee

 Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (90 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh FDA. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang. 


Tablet Vitalea ini disaluti dengan serbuk nutrisi – spirulina. Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai Explore-Tab. Ia merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.

Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vitalea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Vitalea telah dipilih oleh Center For Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTIVITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000. 

Manfaat Utama Vitalea


Penambahan Tenaga Segera
Memberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan focus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian

Pelengkap Nutrisi
Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anemia.

Keupayaan Sistem Produktif
Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar

Metabolisma
Sangat membantu dalam stimulasi metabolism dan melambatkan proses penuaan

Elemen Penting Pada Sel Tubuh
Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kuku, kulit dan hormon, serta menjaga kesihatan tiroid.

Melindungi Organ
Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati

Promosi Februari 2014



Bulan ini, merupakan bulan promosi bagi Vitalea. Pastilah ramai yang mengambil peluang untuk mendapatkan Vitalea pada bulan ini kerana haganya yang jauh lebih murah berbanding biasa.

HARGA BIASA RM88.75 (120 tablet)
----------------------------------------------------------

Sekiranya anda perlukan suplemen Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari saya, agen Shaklee Pasir Tumboh, Kota Bharu. Bagi mereka yang tinggal jauh, saya gunakan khidmat PosLaju bagi penghantaran.
Boleh hubungi saya di 019-9890707 ;-)