Sunday, 20 October 2013

Senarai Cawangan Shaklee Malaysia

Semenjak akhir-akhir ini, produk Shaklee sungguh laris. Dimana-mana sahaja orang bercerita tentang Shaklee. Kerap kali saya terima panggilan bertanyakan lokasi Shaklee di tempat mereka. Buat pengetahuan semua, Shaklee tidak mempunyai stokis, hanya cawangan sahaja (dimana pembelian hanya dapat dibuat bila mempunyai nombor keahlian Shaklee). Justeru, mereka yang bukan ahli Shaklee boleh dapatkan produk Shaklee melalui pengedar-pengedar bebas Shaklee.

Namun, jika hendak pergi sendiri ke cawangan Shaklee, anda boleh lawati branch-branch Shaklee pada alamat di bawah dan boleh gunakan ID saya 869620 untuk mendapatkan harga ahli.

 

Cawangan-Cawangan Shaklee Malaysia

Ibu Pejabat Shaklee Malaysia

Shaklee Products (M) Sdn Bhd
A-3A-02, Empire Tower
Empire Subang,
Jalan SS16/1,
47500 Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan
Peta Lokasi
Telefon :603-5622 3188
Fax : 603-5622 3199
E-mel : support@shaklee.com.my

Waktu Perniagaan
Isnin hingga Sabtu: 10:00 pagi hingga 7:00 malam

Sila hubungi:
Khor Cheng Huat, Pengurus Kanan Operasi

Cawangan Shaklee Malaysia Waktu Perniagaan Peta Lokasi (Klik)
Kuala Lumpur
31, Jalan 2A/27A, Section 1,
Wangsa Maju Setapak,
53300 Kuala Lumpur.(area sebelah Alpha Angel) Telefon : 603-4142 6442
Fax: 603-4149 6313
Hubungi :
Ida ( Penyelia Cawangan)
Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m. Sabtu
(Pertama & Ketiga):
10:00 a.m. to 7:00 p.m

Penang
A-2, Jalan Todak 1,
Pusatbandar Seberang Jaya,
13700 Perai. Telefon : 604-397 4325
Fax: 604-397 4324
Hubungi : Cannie Teoh
(Penyelia Cawangan)
Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m. Sabtu
(Pertama & Ketiga):
10:00 a.m. to 7:00 p.m

Ipoh
32, Medan Istana 1,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh. Telefon: 605-241 8260
Fax: 605-241 8263
Hubungi : Eunice Lau
(Penyelia Cawangan)
Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m. Sabtu
(Pertama & Ketiga):
10:00 a.m. to 7:00 p.m
Johor Bahru
14, Jalan Molek 1/10,
Taman Molek,
81100 Johor Bahru. Telefon: 607-352 5188
Fax: 607-352 4188
Hubungi : Fiona Chow
(Penyelia Cawangan)
Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m. Sabtu
(Pertama & Ketiga):
10:00 a.m. to 7:00 p.m
Kota Bharu
319, Section 25, Bandar Kota Bharu,
Jalan Sultan Yahya Petra,
15200 Kota Bharu.(Area depan Billion) Telefon: 609-747 8688
Fax: 609-747 7711
Ahad hingga Khamis
10:00 a.m. to 7:00 p.m. Sabtu
(Pertama & Ketiga):
10:00 a.m. to 7:00 p.m
Kota Kinabalu
Lot 7, Tkt Bawah, Lorong Lengkuas,
Wisma Damai, Jalan Damai, Luyang
88300 Kota Kinabalu. Telefon : 6088-272 087
Fax: 6088-272 089
Hubungi : Amir Bin Kissi
(Penyelia Cawangan)
Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m. Sabtu
(Pertama & Ketiga):
10:00 a.m. to 7:00 p.m

Anda boleh pergi sendiri ke cawangan terbabit atau hubungi penyelia cawangan melalui telefon untuk membuat pesanan menggunakan ID saya, 869620.





Atau anda boleh hubungi saya untuk mendapatkan maklumat serta khidmat nasihat tentang produk Shaklee.

-----------------------------------------------------------------------------

Anda perlukan suplemen Shaklee???


Untuk yang jauh, perkhidmatan POSLAJU disediakan KHAS UNTUK ANDA (✿◠‿◠)

Saturday, 19 October 2013

Sambutan Hari Raya Korban di Kelantan

Alhamdulillah, Allah masih pinjamkan nafas untuk terus menghirup udara segar, menikmati alunan takbir hari raya korban pada tahun ini...

Umum mengetahui, sambutan Hari Raya AidilAdha di Kelantan memang meriah. Kalau dulu, saya sendiri sebagai orang Kelantan tertanya-tanya, apa yang meriahnya? Macam samaaaa je... Heheh...

Bila dah besar panjang, bergaul dengan ramai orang ni barulah saya tahu oh memang berbeza. Sebab itu kebanyakan orang Kelantan yang bekerja luar dari Kelantan tetap berusaha untuk pulang menyambut hari raya di Kelantan.

Kat sini, boleh dikatakan setiap keluarga mesti 'buat korban' walaupun hanya untuk 1 bahagian. Proses penyembelihan lembu itu diadakan di rumah, bukan di masjid sebagaimana kebiasaan orang2 luar dari Kelantan. Juga, acara korban ini bukan terhad dilakukan pada hari raya pertama sahaja, namun juga diadakan pada hari-hari tasyriq iaitu hari ke 2,3 & 4. Mungkin itu merupakan perbezaaan ketara sambutan hari raya disini jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain.

 Berikut gambar-gambar kami sekeluarga yang sempat diambil, khas untuk tatapan pembaca blog saya... (✿◠‿◠)










Oh sebenarnya anak kandung saya baru 2 orang... Yang lagi sorang tu anak susuan saya a.k.a anak kakak saya yang ke Mekah menunaikan haji, jadi sementara ini dia tinggal bersama kami..

Bagaimana sambutan raya di tempat anda? Jom kongsikan.... ≧◉◡◉≦

................................................................................................................

Anda perlukan suplemen Shaklee???


Untuk yang jauh, perkhidmatan POSLAJU disediakan KHAS UNTUK ANDA (✿◠‿◠)

Friday, 11 October 2013

Vitamin Untuk Kulit: Hilangkan Jeragat Dalam Masa 6 Minggu!

Bermasalah dengan jeragat dan kulit kusam? Pasti sedih kan. Hilang rasa keyakinan diri untuk berdepan dengan orang ramai. Jeragat makin hari makin menebal, seiring dengan pertambahan usia. Risau sungguh.

Namun, Shaklee Collagen Powder terbukti dapat membantu dengan izin Allah. Collagen Shaklee ini bersumberkan bahan utama sisik ikan merah, sumber kolagen terbaik. Merupakan ikan laut dalam, kurang pencemaran , tahan lasak dan kadar penyerapan yang tinggi berbanding kolagen haiwan lain. Berat molekulnya yang hanya 1000 dalton (sangat kecil berbanding rata-rata kolagen lain berat molekulnya 300,000 dalton), memudahkan penyerapan kolagen oleh badan sehingga ke tahap yang maksimum dan cepat. Maka, tidak hairanlah Shaklee Collagen Powder ini menjadi rebutan ramai orang.

Jom kita tengok testimoni seorang ibu yang amat berpuas hati dengan Shaklee Collagen Powder.



"Pic dua2 ni mmg pic asli.. Xpakai make up ke apa.. Sebab tu korang bleh tgok lagi kesan pigmentasi yg semakin samar2 tuh.. Kalo sekiranya sy apply fondation mmg kesan tuh hilang rata je ngan kulit.. Dulu kakak sy sndiri slalu suh sy guna naturactor bagai hehehe. Cuma sy rasa masih pelik kalo bersih tang2.. Dah bertahun2 ngan jeragat nih..Semakin teruk bila mengandung.. Menjadi2. Jadi sy amik keputusan.. Biarlah sy tunggu hilang sndiri je dgn supplement shaklee nih..xyah susah2 nak smbunyikn..sebab sy yakin ia akan hilang.

Kesan utama collagen nih.. Sgt terasa kulit kita lembuttt je. Semakin cerah bukan kat muka je.. Tp semua2. Kesan calar2,sunburn..semua xde dah..sebab dulu sy nih mmg ahli persatuan..aktif berjemur,berkhemah sana sini."

Seronok kan bila dapat hasil sebegini. Berbaloi dengan apa yang kita laburkan, walaupun ianya tidaklah mahal sangat, setanding dengan kualiti. Alhamdulillah..

Bersempena promosi Shaklee Collagen Powder pada bulan ini, ramai yang mengambil peluang untuk mendapatkan kolagen ini pada harga yang tersaaaaaaangat murah. Memang jimat sungguh berbanding harga biasa. Harga Shaklee Collagen Powder pada waktu biasa RM298 sekotak, tapi bersempena promosi bulan ini, BELI 6 PERCUMA 1. Namun, sekiranya anda mahu ingin mencuba sekotak dahulu, pun tak mengapa. Masih boleh mendapatkannya dengan harga promo.





Bagaimana caranya? Hubungi saya Efie Muhamad di 019-9890707.


................................................................................................................
Sekiranya anda perlukan suplemen Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari saya, agen Shaklee Pasir Tumboh, Kota Bharu. Bagi mereka yang tinggal jauh, saya gunakan khidmat PosLaju bagi penghantaran.
Boleh hubungi saya di 019-9890707 ;-)

Tips Mendidik Anak Cepat Membaca

Sudah jadi lumrah, setiap ibu bapa inginkan anak-anak yang cemerlang. Cemerlang akhlak, cemerlang akademik. namun, tidak ramai yang tahu bagaimana ingin mendidik anak supaya cemerlang sebagaimana yang kita inginkan.

Siri Cepat Membaca: Bacalah Anakku dan ReadEasy, Othman Ahamad dalam Rencana dari Ruangan Didik Manja, Majalah Anis, pada Mac 2003 pernah berkata, " Kanak-kanak yang lambat bertutur berpunca daripada kurangnya komunikasi di antara mereka dan ibubapa sejak mereka kecil. Kesannya, anak-anak ini belajar berbahasa melalui rakan mereka ataupun melalui bahan yang ditonton di televisyen."

Anak-anak ibarat kain putih, kita yang melakarkan corak untuk mereka terlebih dahulu sebelum mereka dicorakkan oleh anasir-anasir luar yang lain. Oleh itu, bagi menanamkan keupayaan membaca dan bertutur dengan cepat, jom kita amalkan tips2 ini..

Menggunakan Bahasa Yang Baik

 

Anak-anak yang baru lahir akan menyimpan semua maklumat atau data yang diterimanya melalui apa yang dilihatnya. Antara perkara utama yang dipelajarinya adalah bahasa dan ucapan orang-orang di sekelilingnya. Oleh itu, ibu bapa haruslah bercakap dengan anak-anak mereka. Apa yang penting, bahasa yang digunakan mestilah betul. selain itu, elakkan mengajuk atau meniru pelat anak-anak seperti menyebut chuchu sebaliknya biarkan mereka yang meniru sebutan kita. Oleh itu, gunakan sebutan yang betul, iaitu susu.

Bercerita


Kanak-kanak sangat gemarkan cerita. Mendengar cerita adalah antara aktiviti di rumah yang dapat menanamkan minat anak-anak kepada buku. Melalui aktiviti bercerita secara lisan, sebelum tidur terutamanya, minat membaca anak-anak dapat dipupuk. Mulakan dengan bercerita menggunakan buku-buku cerita yang cantik dan menarik tulisannya. Sambil bercerita, pastikan jari kita menunjuk kepada tulisan yang dibaca walaupun mata anak kita tertuju pada gambar-gambar di buku. Insya Allah, anak-anak yang dirangsang dengan baik mempunyai minat untuk belajar membaca seawal usia 3 tahun.

Memberi Rangsangan dengan Bermain Permainan yang Mendidik


Ibu bapa yang penyayang sering membelikan pelbagai jenis permainan kepada anak-anak. Sebagai galakan, gantikan permainan yang biasa-biasa dengan permainan yang merangsang minda, ataupun permainan yang melatih koordinasi mata dan tangan. Sebaik-baiknya, belikan permainan yang dapat membina kematangan berfikir dan psikomotor mereka. Sebenarnya, permainan seperti LEGO atau permainan membina blok sangat penting bagi melatih koordinasi mata dan tangan selain melatih mereka memberikan tumpuan. Bahkan, bermain menyambut bola yang sedang bergerak juga berpengaruh mendidik mereka. Dua kemahiran ini, iaitu koordinasi mata-tangan dapat meningkatkan daya tumpuan anak-anak, malah sangat oenting bagi membantu mereka belajar dengan baik.

Mewujudkan Budaya Membaca di Rumah


Budaya yang baik di rumah sebenarnya dapat merangsang minat membaca. Selain membaca al-Quran, pastikan setiap ahli keluarga mempunyai masa bagi membaca bahan bacaan lain bersama supaya anak kecil kita dapat menghayati suasana itu. Bagi menyokong suasana ini di rumah, wujudkan mini perpustakaan di rumah, dimana-mana sudut tertentu atau di bilik khas. Selain membaca, ibubapa haruslah bercerita dan berbual menegnai apa yang dibaca. Secara tidak langsung, ia menarik minat anak-anak menegtahui apa yang berlaku, lantas menimbulkan perasaan ingin membaca apa yang ditulis mengenai gambar itu.


 
Sumber: SUPERWOMAN oleh Mardiana Mat Ishak

................................................................................................................
Sekiranya anda perlukan suplemen Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari saya, agen Shaklee Pasir Tumboh, Kota Bharu. Bagi mereka yang tinggal jauh, saya gunakan khidmat PosLaju bagi penghantaran.
Boleh hubungi saya di 019-9890707 ;-)

Thursday, 10 October 2013

Cara Bisnes Shaklee ~ Dari Pendapatan Sampingan Menjadi Pendapatan Utama

Dulu saya tak yakin dengan Shaklee. Makan pun  cerlang cerlup, apatah lagi nak berbisnes Shaklee. Memang takde langsung dalam kepala saya. Tak terfikir pun untuk turut sama dalam perniagaan ini.

Sehinggalah pada suatu hari....

Kami suami isteri sepakat untuk beli rumah. Bayaran bulanan untuk rumah tersebut adalah RM2000. Saya agak susah hati mengenangkan perkara tersebut. Memandangkan kami suami isteri tiada pendapatan bulanan yang tetap, tambahan pula suami sedang sambung belajar ketika itu, haruslah saya gusar kan. Rasa macam nak batalkan sahaja, tapi bayaran pendahuluan sebanyak RM25,000 dah pun dijelaskan. Sayang jugak, bukan sedikit jumlahnya.

Saya bertanyakan pendapat sahabat saya, Mommy Lyna Vitaminsemulajadi.com. Soalan saya sangat terus dan telus.. heheheh...

" Bolehkah aku dapat RM2000 dari bisnes Shaklee?"

Jawapan beliau..

"Boleh!!"

Bila mendengar jawapan dia, saya kembali yakin walaupun masa itu pandangan saya gelap, tak tau apakah yang perlu saya buat untuk meniaga Shaklee. Blog memang tak tahu langsung, facebook baru nak berjinak2, nak jual pergi rumah ke rumah memang tak la kan. Heheh...

Tapi semua itu tak memudarkan keyakinan saya. Berbekalkan semangat yang kental, usaha yang gigih saya mula belajar cara untuk berniaga Shaklee. Menuntut ilmu blogging, menjadi facebooker yang aktif, saya memulakan langkah.

Kini, saya kian mahir. Empayar perniagaan Shaklee saya makin luas berkembang. Alhamdulillah...

Tidak lagi gusar untuk membayar ansuran bulanan rumah, kerana saya tau dan saya telah mendapat lebih dari itu....

Jika anda pun turut berminat untuk bersama dalam kumpulan kami, anda dialu2kan. Bersama kita menjana pendapatan sampingan yang berpotensi untuk menjadi pendapatan utama, bermodalkan hanya RM75..
Insya Allah...  Bantu ummah melalui ekonomi yang mantap!


................................................................................................................
Sekiranya anda perlukan suplemen Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari saya, agen Shaklee Pasir Tumboh, Kota Bharu. Bagi mereka yang tinggal jauh, saya gunakan khidmat PosLaju bagi penghantaran.
Boleh hubungi saya di 019-9890707 ;-)