Saturday, 29 June 2013

Keguguran di Awal Kehamilan

 Trimester pertama, merupakan detik getir kehamilan. Banyak kemungkinan dan permasalahan yang mungkin berlaku pada awal kehamilan. Antara yang paling menggusarkan, adalah berlakunya pendarahan.

Pendarahan yang terjadi selalunya sedikit. Namun ianya adalah sesuatu yang harus diambil berat. Jangan pandang ringan walaupun darah yang keluar hanyalah sedikit.



Sekiranya ini berlaku, berjumpah dengan doktor. Pemeriksaan ultrasound dan pemeriksaan vagina akan dilakukan untuk memastikan keadaan bayi.

Threatened Abortion >> selalunya janin kelihatan baik. Ibu akan diminta berehat untuk beberapa hari, dan berkemungkinan doktor akan memberi suntikan atau sejenis pil progesteron. Selalunya keadaan akan berhenti selepas beberapa hari dan kandungan dapat membesar seperti biasa. Ada pelbagai andaian hal ini berlaku, andaian yang paling diterima adalah disebabkan kekurangan hormon protesterone yang dihasilkan oleh korpus luteum.

Missed Abortion >> ibu-ibu terasa seperti hilang tanda-tanda mengandung, tiada lagi loya dan muntah. Melalui pemeriksaan ultrasound, janin akan kelihatan lebih kecil, tidak bergerak dan tiada denyutan nadi. Karung luar janin mungkin akan mengecil dan kelihatan tidak sekata. Dalam keadaan ini, janin tidak lagi hidup dan perlu dikeluarkan bagi mengelakkan jangkitan kuman.

Incomplete Abortion >> sekiranya pendarahan keluar dengan banyak dan disertai sakit perut yang kuat, perlu berjumpa doktor segera dan memerlukan pencucian rahim segera. Dalam keadaan ini, sebahagian kandungan telah keluar dan sebahagian lagi masih tinggal di dalam.

Vitamin selepas Keguguran

Secara amnya, keguguran adalah seumpama bersalin. Kita memerlukan suplemen bagi membantu tubuh ibu bertenaga dan pulih seperti biasa.

Apa yang disarankan adalah, BComplex + Vitamin C + Vitalea + Zinc.. 








Bantulah badan kita mendapatkan nutrisi yang sepatutnya, bagi membolehkan kita untuk merancang kehamilan seterusnya. Jangan putus asa, rezeki itu Allah yang bagi, kita hanya berusaha. Bila dan dimana, atau dalam bentuk yang bagaimana di luar kuasa kita. Apa yang penting, sentiasalah bersedia.


Shaklee menawarkan vitamin SEMULAJADI, SELAMAT dan BERKESAN.

Selamat mencuba ;-)

..........................................................................................................
Sekiranya anda perlukan suplemen Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari saya, agen Shaklee Pasir Tumboh, Kota Bharu atau dapatkan di kedai Mom 2 Moms milik saya, juga di Pasir Tumboh. Bagi mereka yang tinggal jauh, saya gunakan khidmat PosLaju bagi penghantaran.

Boleh hubungi saya di 019-9890707 ;-)









Monday, 17 June 2013

Pemakanan Ibu Mengandung : Kepentingan Zat Besi



Pemakanan ibu mengandung sangatlah penting dan perlu dititikberatkan. Apa yang ibu makan, itulah yang akan diproses dan akan  memasuki saluran darah dan sampi kepada bayi. Pergantungan bayi adalah sepenuhnya pada uri, dan tali pusat  berfungsi untuk menyalurkan segala nutrient daripada ibu untuk membentuk organ dan tisu, tulang serta membentuk saraf dan sebagainya.

Apa Fungsi Zat Besi?


Zat besi digunakan oleh badan untuk membentuk hemoglobin. Hemoglobin berfungsi untuk membawa oksigen kepada sel-sel didalam tubuh badan. Analoginya adalah seperti lori pembawa bahan api untuk keperluan metabolisma tubuh.

Kenapa Keperluan Zat Besi  Meningkat Bila Hamil?

Semasa mengandung, isipadu plasma meningkat sebanyak 40%, justeru jumlah hemoglobin akan mengalami ‘pencairan’ atau kurang. Oleh itu, ibu-ibu akan mendapati jumlah hemoglobin dalam tubuh berkurangan bila hamil.

Juga, kawasan yang perlu di ‘cover’ oleh hemoglobin menjadi bertambah besar. Peningkatan permintaan daripada bayi yang sedang sibuk membentuk dirinya juga menjadikan tugas hemoglobin lebih mencabar.

Apakah Sumber Zat Besi?


Zat besi kebanyakannya terdapat dalam makanan seperti daging, ayam  dan ikan. Sayuran hijau seperti bayam, sawi dan brokoli juga mengandungi zat besi yang tinggi.  Daging adalah sumber zat besi yang utama. Namun, kita tidak dapat menjangkakan apakah zat besi yang didapati melalui pemakanan seharian adakah mencukupi untuk memenuhi keperluan badan.  Hati dan limpa juga mengandungi kadar zat besi yang tinggi, tapi awas, pengambilan hati semasa mengandung harus dihadkan  kerana terdapat kebimbangan vitamin A yang tinggi didalam hati yang boleh membawa kepada kesan toksik kepada bayi.

Justeru, doktor biasanya member suplemen zat besi kepada ibu-ibu hamil. Walaubagaimanpun  ramai ibu yang membuang suplemen ini dengan beranggapan bahawa bayi akan menjadi besar. Ini adalah satu tanggapan yang amat salah dan merugikan. 

Zat besi akan diserap oleh tubuh dengan lebih baik jika diambil bersama dengan vitamin C kerana vitamin C boleh membantu penyerapan zat besi.

Zat Besi dan Vitamin C Shaklee




Shaklee menawarkan vitamin SEMULAJADI, SELAMAT dan BERKESAN.


Selamat mencuba ;-)

..........................................................................................................
Sekiranya anda perlukan suplemen Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari saya, agen Shaklee Pasir Tumboh, Kota Bharu atau dapatkan di kedai Mom 2 Moms milik saya, juga di Pasir Tumboh. Bagi mereka yang tinggal jauh, saya gunakan khidmat PosLaju bagi penghantaran.

Boleh hubungi saya di 019-9890707 ;-)

Tuesday, 11 June 2013

Tips Mengurangkan Loya Ketika Mengandung

Hamil sememangnya mengujakan, namun bagi mereka yang mengalami 'morning sickness' pastinya merasa terseksa menunggu 'musim alahan' itu berakhir. Kenangan pahit yang manis, itulah sewajarnya gelaran yang diberi. Loya, muntah, pening, tiada selera makan, alah pada bau mungkin menjadi teman karib pada sebahagian besar wanita yang hamil.



Namun, ada beberapa tips yang boleh dijadikan amalan. Jom baca...

Tips untuk Mengurangkan Rasa Loya


1. Makanlah dengan kerap tetapi dalam jumlah yang sedikit

2. Elakkan makanan berminyak atau terlalu pedas atau terlalu berempah

3. Pilihan terbaik adalah makanan kering seperti roti bakar, bijirin, biskut kering juga buah atau sup sayur.

4. Cuba minum dengan kerap untuk mengganti garam galian yang hilang akibat muntah. Minumlah minuman berkhasiat seperti milo, horlicks dan sebagainya. Bagi kebanyakan ibu, teh O mungkin merupakan minuman yang paling kurang meloyakan.

5. Jangan memakai kain atau seluar yang ketat di bahagian pinggang. Pakailah pakaian yang longgar dan selesa.

6. Makan asam atau gula-gula untuk mengurangkan air liur berlebihan. Sebaiknya kunyahlah buah-buahan yang masam seperti mangga muda atau kedondong.

7. Jauhi tempat yang mempunyai bau yang terlalu kuat atau menusuk, misalnya baumemasak dari restoran, kaunter wangian atau tempat pembuangan sampah.

Sumber: Ibu Dibelai Anak Dibuai

Selamat mencuba ;-)

..........................................................................................................
Sekiranya anda perlukan suplemen Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari saya, agen Shaklee Pasir Tumboh, Kota Bharu atau dapatkan di kedai Mom 2 Moms milik saya, juga di Pasir Tumboh. Bagi mereka yang tinggal jauh, saya gunakan khidmat PosLaju bagi penghantaran.

Boleh hubungi saya di 019-9890707 ;-)

Monday, 10 June 2013

Tanda-tanda Hamil Yang Perlu Kita Tahu

Mengandungkah aku??

Itulah yang akan terdetik di benak kita, setiap kali terlewat haid. Betul kan?

Tanda-tanda mengandung ada pelbagai. Ada orang yang selera makannya meningkat tiba-tiba bila hamil. Ada juga yang tahu dirinya hamil bila dia tetiba teringinkan sesuatu yang luar biasa.

Namun, secara amnya, berikut merupakan tanda-tanda kebiasaan bagi orang mengandung.

  • Tidak datang haid / lewat didatangi haid
  • Terasa loya
  • Pening kepala
  • Selera makan naik atau berubah
  • Buah dada terasa bengkak dan mula sakit
  • Puting berubah warna kehitaman
  • Terasa letih yang keterlaluan

 

Melakukan Ujian Kehamilan


Ada beberapa ujian yng boleh dilakukan bagi mengesahkan samada kita hamil atau tidak.

  • Ujian air kencing


Garis ujian akan muncul apabila hCG muncul dalam air kencing.

Ujian air kencing boleh dilakukan sendiri di rumah dengan membeli 'pregnancy test kit' dari farmasi.

  • Pemeriksaan Ultrasound 

Pemeriksaan ini dilakukan di klinik dan doktor akan mengesan kandungan kita melalui alat ultrasound. Pemeriksaan ultrasound juga dapat menentukan kedudukan fetus samada di dalam atau di luar rahim.

  • Pemeriksaan Darah
Sampel darah akan diuji untuk melihat kehadiran hormon BhCG. Ujian ini akan dilakukan di klinik.

Selepas kita disahkan hamil, biasanya doktor akan memberikan kita pil asid folik. Asid folik ialah vitamin B yang penting bagi pertumbuhan sel dan janin yang sempurna. Asid folik juga boleh didapati dalam sayuran hijau seperti bayam, buah-buahan sitrus dan bijirin.

Pengambilan ASID FOLIK 3 bulan pertama kehamilan berupaya mengurangkan risiko terhadap kerosakan tiub saraf (spina bifida) sehingga 70 peratus. Kekurangan asid folik juga boleh menyebabkan pembentukan tempurung kepala yang tidak sempurna (anencephaly). Asid folik juga penting dalam pembentukan sel darah merah ibu.




Kerosakan tiub saraf Spina-Bifida

 

Pengambilan B-COMPLEX dan VITALEA SHAKLEE setiap hari, membekalkan keperluan asid folik harian ibu hamil. Setiap botol adalah untuk keperluan selama 4 bulan. Jimat + Selamat + Mesra Alam!!!









 ..........................................................................................................
Sekiranya anda perlukan suplemen Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari saya, agen Shaklee Pasir Tumboh, Kota Bharu atau dapatkan di kedai Mom 2 Moms milik saya, juga di Pasir Tumboh. Bagi mereka yang tinggal jauh, saya gunakan khidmat PosLaju bagi penghantaran.

Boleh hubungi saya di 019-9890707 ;-)