Sunday, 31 March 2013

Tips Kesuburan - Kenapa Susah Hamil?



Kenapa susah hamil? Kenapa bertahun-tahun kahwin masih lagi belum mendapat rezeki anak? Kenapa orang lain senang dapat anak? Kenapa orang tu baru je kahwin sebulan dahpun melekat? Kenapa aku dah habiskan beribu-ribu ringgit berubat, tapi masih gagal? Kenapa…. ? Kenapa… ?  Kenapa….?



Dan persoalan seumpama itu akan sentiasa berlegar2 di fikiran. Tanpa henti. Tanpa penat. Tanpa lelah.
Tapi yang pastinya, ianya cukup melelahkan empunya diri. Resah dan gelisah, tiada berkesudahan.

Sahabat…

Persoalan tentang rezeki anak, adalah di tangan Allah. Dia yang Maha Mengetahui apa yang lebih baik untuk kita. Jangan sedih-sedih, anggaplah ujian Allah untuk kita begitu caranya, sedangkan ujian untuk orang lain, lain pula caranya. Kita hanya memandang luaran mereka, tak terhijab apa yang mereka tanggung sebenarnya.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.."
(2:286)

Yakinlah dengan ketentuan Allah.

Namun sahabat…

Kita sebagai hambaNya wajib berusaha kan. Selagi kita hidup, selagi itu kita diwajibkan berusaha. Berikhtiar.

Jom kita tengok, apakah antara sebab yang memungkinkan kehamilan itu sukar berlaku. Mungkin ada yang kita tidak perasan, itulah puncanya.

Antara punca-punca yang perlu diberi perhatian :

  1. Keletihan – kerap rasa letih dan lesu mungkin menyebabkan badan kurang produktif
  2. Hormon tak stabil, period tak menentu
  3. Masalah keputihan yang serius
  4. Suami seorang perokok
  5. Berat badan berlebihan untuk suami dan isteri
  6. Banyak ambil pemakanan yang kurang sihat seperti fast food, junk food dan minuman bergas.
  7. Stress / tekanan. Kadang-kadang bila kita asyik fikirkan kenapa susah nak dapat anak, pun boleh buat kita stress kan. 


Juga, mungkin kita boleh elakkan benda-benda ni, yang menurut orang-orang tua kita, merupakan antara penyebab susah untuk hamil.


  • Minuman yang masam – asam boi, limau nipis, jeruk dan lain-lain
  • Makanan yang tajam dan panas – tapai, nenas, air tebu, rebung dan lain-lain
  • Minuman bergas dan beralkohol
  • Fast food
  • Makanan berangin
  • Makanan laut yang berkulit kerang seperti kerang, lala, kepah, udang (mengandungi toksik yang tinggi).
  • Digalakkan mengambil makanan yang berprotein tinggi (telur, ikan, soya dan lain-lain)


Selain daripada itu, kita juga digalakkan untuk mengambil makanan tambahan bagi menampung apa yang kurang dalam tubuh kita (maklumlah dengan dunia sekarang yang dipenuhi toksik2 – ada banyak radikal bebas dalam badan kita ni).

Bagi yang memilih Shaklee sebagai makanan tambahan, kami mengesyorkan VitaLea, Bcomplex, Vitamin C sebagai vitamin asas tubuh, juga vitamin yang disarankan untuk mereka meningkatkan kesuburan adalah GLA Complex, Vit E, ESP (protein soya), Zinc dan Alfalfa. Boleh rujuk disini bagi melihat fungsi vitamin.

❤ Testimoni GLA COMPLEX ❤


Beliau mempunyai kitaran haid yang sangat tak normal, hampir setahun tak didatangi haid, sehinggalah beliau bertemu dengan GLA Complex...



 Apapun, setiap yang kita lakukan itu haruslah berterusan. Kalau cara ini gagal, cuba cara itu. Kalau cara itu juga gagal, pilih cara yang lain pula. Apa yang penting, berusahalah. Jangan cepat berputus asa.

Berikhtiarlah sebelum TERLAMBAT!!

Sekiranya anda perlukan suplemen Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari saya, agen Shaklee Pasir Tumboh, Kota Bharu

Boleh hubungi saya Efie Muhamad di 019-9890707 ;-)






Sunday, 24 March 2013

Cara Menentukan Kesuburan Wanita Bagi Memudahkan Proses Kehamilan


Setiap pasangan yang berkahwin pasti mempunyai matlamat untuk mendapatkan anak. Tidak kiralah samada menimang anak dengan cepat, memiliki anak yang ramai atau apa sahaja yang pastinya perancangan yang berkaitan dengan cahayamata.

Hakikatnya, isu anak ini adalah merupakan takdir dari Tuhan. Sebagaimana urusan ajal maut, jodoh dan rezeki di tangan-Nya, maka begitu juga dengan urusan anak, ianya adalah rezeki yang datang dari Allah.

Apapun, kita selaku hambaNya harus berusaha, berikhtiar selagi mampu.

Kali ni jom kita belajar tentang cara menentukan waktu-waktu subur wanita, bagi memudahkan proses kehamilan berlaku.

Pertama, apa yang kita mesti faham adalah mengenai kitaran haid. Agak susah dan kompleks sebenarnya kitaran haid ini. Ini disebabkan kitaran haid setiap wanita itu adalah tidak sama, dan ada yang normal juga tidak normal. Secara puratanya kitaran haid wanita adalah 28-30 hari.

Terdapat  4 fasa sepanjang kitaran haid.

 

Kitaran haid

 


Fasa 1 : Hari 1-7 – Pengeluaran Haid (menstruation)
 Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Fasa 2 : Hari 8 -11 – Follicular
Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Fasa 3: Hari 14 – Ovulasi
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.

Fasa 4 : Hari 15-28 – Luteal / Secretory
Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormon dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.

Justeru, waktu yang terbaik untuk bersama suami isteri adalah pada hari ovulasi berlaku dimana ketika itu telur baru sahaja keluar dari sarangnya.  Ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama haid seterusnya.

Katakanlah, kitaran haid anda adalah:-

28 hari ~ maka 28-14 = hari ke 14 adalah hari subur
30 hari ~ maka 30-14 = hari ke 16 adalah hari subur
35 hari ~ maka 35-14 = hari ke 21 adalah hari subur

Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

Bagi mereka yang mengalami kitaran haid yang berubah-ubah, anda boleh mencuba GLA Complex dari Shaklee, yang berfungsi untuk membantu menstabilkan hormon anda.Boleh lihat sini untuk maklumat lanjut mengenai GLA Complex.


vitamin kesuburan
GLA Complex

 Testimoni GLA Shaklee


❤ Setahun tak didatangi haid, Allah je tau betapa bersyukurnya beliau bila kembali didatangi haid ❤


Sekiranya anda perlukan suplemen Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari saya, agen Shaklee Pasir Tumboh, Kota Bharu.

Boleh hubungi saya Efie di 019-9890707 ;-)






Thursday, 21 March 2013

Status HALAL Shaklee



Ramai yang bertanyakan tentang status HALAL Shaklee. Dari dulu hinggalah kini. Tak jemu-jemu saya melayan. Hehehe… Dulu pernah buat entry tentang sijil Halal Shaklee 2012, tapi untuk tahun ni saya belum update lagi dalam blog. Jadi, ini kalilah ;-)

Sijil Halal Shaklee ni diperbaharui setiap tahun. Untuk tahun 2012 boleh rujuk disini. Dan untuk 2013 inilah rupanya. Taraaaaa……..

shaklee halal certificate 2013
Sijil Halal Shaklee 2013

Bagaimana pula dengan kapsul bagi vitamin softgel?



Softgel yang digunakan bagi Vitamin E, OmegaGuard, Lecitin adalah bersumberkan Bovine. Dan bovine yang digunakan ni adalah dari lembu yang disembelih dan dipantau oleh ISA. Maka ianya lembu bukan sebarang lembu ye…heheh…



Kenapa tiada cop halal pada botol?

 

Sebenarnya, bagi sebarang ubat-ubatan atau suplemen, cop halal pada botol tidak diperlukan. Dah cukup dengan sijil yang dikeluarkan oleh badan yang diiktiraf. Standard Halal Farmaseutikal ni memang tak sama dengan Standard Makanan Halal. Kalau makanan, haaa memang ya nak kena ada cop halal.


Kenapa bukan JAKIM yang keluarkan sijil halal untuk Shaklee?


JAKIM hanya keluarkan sijil halal untuk produk yang produced kat Malaysia. Untuk produk Malaysia pun bukan main susah JAKIM nak pantau satu-satu, tetiba pulak dia nak pantau produk antarabangsa?

Lagipun salah satu syarat untuk pastikan kehalalan product adalah dengan melawat premis tempat menghasilkan produk tu. Errr, banyak duit pulak JAKIM nak pi fly ke US? Minyak Yuyi yang kontroversi tu pun belum setel, restoran-restoran kat KLCC & kat hotel-hotel KL pun belum habis check, dah nak kena pi US pulak?

Jadi nya, untuk international product, serahkan kepada badan yang jaga hal ehwal Islam kat sana. Diorang lebih arif. Kalau sekalipun kite travel overseas, bila nak makan kat restoran pak arab ke, kite takkan tanya 'Eh awak ni dh dapat sijil JAKIM tak?' Takkan kan? Mesti kita refer kepada Islamic Council negara tersebut.

Okey, harap sedikit sebanyak dapat membantu meleraikan persoalan di minda. Cewah...hehehe... Sebarang pertanyaan dialu2kan. 

Sekiranya anda perlukan suplemen Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari saya, agen Shaklee Pasir Tumboh, Kota Bharu atau dapatkan di kedai Mom 2 Moms milik saya, juga di Pasir Tumboh. Bagi mereka yang tinggal jauh, saya gunakan khidmat PosLaju bagi penghantaran.

Boleh hubungi saya di 019-9890707 ;-)



Tuesday, 19 March 2013

Cara Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri



Banyak sebenarnya cara yang boleh kita cuba untuk meningkatkan tahap kesuburan. Mungkin bagi mereka yang telah lebih setahun berkahwin,  namun masih lagi belum dikurniakan cahaya mata boleh mencuba untuk aplikasikan petua-petua ini. 



Jom kita tengok apa yang boleh dikongsi pada kali ini.

1. Panas vs Sejuk

Jangan terkejut sekiranya tindakan meletakkan laptop atas pangku sambil bekerja akan mengurangkan kualiti sperma bagi lelaki. Ini kerana sperma paling cepat berkembang di tempat yang dingin.
Selain daripada itu, mereka yang sering mengamalkan mandi dengan air yang dingin, lebih berkemampuan dalam meningkatkan tahap kesuburan diri lima kali lebih tinggi jika dibandingkan dengan mereka yang mandi dengan air panas.

2. Surirumah hebat

Menurut satu kajian oleh University North Carolina di Amerika Syarikat, wanita yang biasa melakukan kerja-kerja rumah seperti melakukan pembersihan rumah atau berkebun akan lebih cepat hamil. Ini berikutan proses ini dianggap dapat menghentikan penghasilan insulin yang dianggap membahayakan telur. Jadi, rajin-rajinlah ye menjadi surirumah yang hebat.

3. Rehat & Rawat

Ada kajian menunjukkan bahawa mereka yang tidak tertekan, melalui hidup yang tenang boleh dapat meningkatkan tahap kesuburan masing-masing. Menurut konsultan O&G Michael Dooley, stress dapat memberi sumbangan yang besar tehadap mengurangkan tahap kesuburan.

4. Pengambilan suplemen

Hasil penelitian oleh Royal Free Hospital, London menunjukkan bahawa wanita yang kondisi tubuhnya sihat juga akan mendapat tahap kesuburan yang juga baik. Melalui pengambilan asid folik, vitamin B12 dan selenium akan dapat membantu meningkatkan kesihatan serta kesuburan wanita. Boleh tengok kat sini untuk vitamin2 kesuburan ini.

5. Katakan TIDAK pada rokok dan minuman keras.

Mereka yang merokok dan mengambil minum beralkohol akan menurunkan jumlah sperma dan meningkatkan sperma yang abnormal.

6. Kuruslah!

Berat badan yang ideal, tidak gemuk atau obes akan meningkatkan tahap kesuburan.

7. Pengambilan minyak ikan

Kandungan Omega 3 yang banyak terdapat dalam  minyak ikan dapat mengurangkan risiko keguguran dan meningkatkan kualiti sperma. Dan OmegaGuard Shaklee pastinya menjanjikan minyak ikan paling tulen di dunia, tanpa risiko bahan berbahaya hasil proses sulingan yang ketat.

8. Jauhi kafein

Kafein dapat mengurangkan tahap kesuburan anda. Jauhi kafein bilamana anda merancang untuk mendapatkan cahayamata idaman anda.

9. Perbanyakkan pengambilan air masak

Pakar kesuburan wanita Zita West mengatakan, "Jika Anda tidak minum cukup air, sistem reproduksi akan kehilangan tenaga yang diperlukan oleh organ vital."
Air mineral akan melancarkan pengaliran darah ke otak dan memperkuat rahim.

10. Lakukan hubungan seks

Haaa ni paling penting kan? ;-) Untuk mendapatkan anak, disarankan bagi pasangan melakukan hubungan seks terutama pada waktu subur. Kenali waktu subur anda dan beroperasilah ;-)

Sekiranya anda perlukan suplemen Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari saya, agen Shaklee Pasir Tumboh, Kota Bharu atau dapatkan di kedai Mom 2 Moms milik saya, juga di Pasir Tumboh. Bagi mereka yang tinggal jauh, saya gunakan khidmat PosLaju bagi penghantaran.

Boleh hubungi saya di 019-9890707 ;-)