Friday, 26 February 2016

Cara Buat Lolipop Coklat Yang Sungguh Senang

Hihihihi...

Rasa macam nak tergelak la pulak.. Sebabnya, tiba-tiba je jadi bidan terjun terima order lolipop coklat dari seorang kawan, untuk goodies besday anaknya Ahad ni...


Alkisahnya, semalam saya upload kat FB, buat kek dan lolipop coklat untuk sambutan birthday Ajlaa' kat sekolah dia.. Kalo tahun sebelum-sebelum ni, memang main order je kek.. takde maknanya nak menggodek sendiri kan kek untuk besday kat sekolah, walaupun untuk makan sendiri kat umah memang saya biasa buat je kek.. Kalo nak bagi orang makan ni, haaaa itu memang tak berapa nak yakin...

Tapi tu lah... si Ajlaa' ni tiba-tiba memang nak uminya ni yang buat kek untuk dia.. Maka terpaksa lah uminya ni meng'kerastangan'kan diri...heheheh....

Hasilnyaaa....

Taraaaaaa.....





Haaaa nampak tak kek yang comot tu hihihi...... Pasrah jelaaaa...

Wednesday, 3 February 2016

Zika Virus: Apa Yang Perlu Kita Tahu?

Ramai yang masih tertanya-tanya apa sebenarnya Virus Zika yang kini hangat diperkatakan di mana-mana. Sejenis virus yang dikatakan amat merbahaya, sehingga boleh mengakibatkan sesiapa yang diserang virus Zika ini, boleh kehilangan nyawa.

Apa Itu Virus Zika?

Virus Zika merupakan virus yang disebarkan oleh nyamuk Aedes yang merupakan vektor yang sama bagi penyakit demam Denggi dan juga Chikugunya. Ianya bahkan boleh memudaratkan bayi baru lahir yang mengakibatkan mereka mengalami sindrom otak kecil atau 'mikrosefali' sekiranya dijangkiti. Virus ini ditemui di hutan Zika di Uganda pada tahun 1947 dan ianya merupakan bukan penyakit baru di Afrika. Wabak Zika mula merebak secara meluas di Hemisfera Barat sejak bulan Mei 2015 di mana ianya bermula di Brazil.




Monday, 1 February 2016

Strok > Bengkak Otak > Sel Otak Mati: Kini, Bagaikan Mati Hidup Semula

Strok - satu perkataan yang mengundang debaran kepada sesiapa sahaja, apatah lagi ianya boleh menyerang sesiapa sahaja, tanpa mengira jantina dan usia.

Apakah Strok?



Angin ahmar atau strok ialah masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian otak diganggu. Bahagian otak tersebut tidak lagi menerima oksigen yang mencukupi dan oleh itu, sel-sel otak akan rosak atau mati, dan mengakibatkan bahagian badan yang dikuasai oleh bahagian otak itu tidak berfungsi. Angin ahmar ialah kecederaan saraf yang serius dan gejalanya ialah kehilangan fungsi saraf secara tiba-tiba.


Ya, ianya berlaku dengan pantas, secara tiba-tiba... Sangat menakutkan!