Thursday, 1 June 2017

Set Hamil Yang Dapat Merangsang Kesihatan Anak

Lepas bukak puasa semalam, biasalah dok sembang-sembang dengan encik suami, sambil tunggu azan Isyak...

"Abi, abi perasan dop beza antara Affaf & Asyfa, dengan Ammar & Ajlaa'? Ammar Ajlaa' dulu masa kecik sokmo sakit-sakit keh 😢"

Umi mula la nak mengimbau memori..

Cerita pasal anak-anak ni memang feveret mak-mak kot kan 😅

"Tuuuuu dok berhingus tuuuuu"

Cis! 
Abi ni tak support umi langsung.. 
Potong stim betul!


"Doppp.. Maksudnya takdop sakit berat2 la sampai kena masuk wad.. Ammar Ajlaa' masa kecik dulu keh sokmo masuk wad.. Asyfa Affaf ni Alhamdulillah kalu deme pun cepat jah baik. Stakat selsema tu biasa laaaa.. Virus tu gak"

Pastu, abi pulak sambung..

"Ho, abi pun keh.. Mana ada resdung sangat doh loni"

Umi tiba-tiba naik syeikh!

"A ah laaaaa... Abi dulu masa mula-mula kawin sokmo deme la, pening la, gitu la gini la.. Kalu bersin tu 4 batu buleh dengar... Bla bla bla bla...."

Kihkihkihkih...

Ni perbualan selepas 9 tahun kahwin..
Agak-agak, kalo selepas 19 tahun kahwin, nanti borak pasal apa pulak ya 🤔🤗


Tapi kan, memang betul pun tau.. Rasa sangat beza tahap kesihatan anak-anak. Kalo nak kata sebab breastfeeding, semua anak-anak pun memang fully breastfeeding. Sama je.

Ammar seawal usia 3 bulan dah kena masuk wad. Ajlaa' pulak, umur baru setahun leboh dah 3 kali masuk wad. Sedih + risau sangat kan bila anak-anak tak sihat ni, tambah-tambah masa kecik sangat lagi..

Taktau nak kata lah sebab apa..

Mungkin jugak, sebab corak pemakanan makanan masa hamil Asyfa dan Affaf tu, lebih terjaga. Sebab, bila kenal Shaklee ni, memang agak menitikberatkan lah soal pemakanan masa hamil ni.




Mengamalkan Set Shaklee Semasa Hamil, Bersalin dan Menyusu



Lepas tu, masa hamil memang ambil Set Hamil Premium Shaklee. Vitamin dari klinik memang tak ambil dari awal. Dah cakap kat nurse siap-siap dah ambil Shaklee. So nurse memang tak bagi lah.

Ni vitamin yang saya amal semasa hamil.
Bukan semasa hamil je, tapi masa bersalin dan menyusu pun,vitamin yang sama ni jugak yang saya makan.

Jimat kan? ;-)



Ni ada video kawan saya.

Beliau share bagaimana Set Hamil Shaklee ni boleh bagi beliau cergas sampai boleh panjat Candi Borobudur lagi masa tengah hamil.
Hebat sungguh!






Kita ikhtiar je kan..
Semua yang datang dari Allah jugak..
Sihat ke sakit ke kan..
Yang penting, kita ikhtiar - doa - tawakkal banyak-banyak..
Insya Allah...

Nak order, noleh order terus kat link eSell bawah ni tau..



Ataupun, boleh hubungi saya terus di sini..




Pengedar Sah Shaklee Kota Bharu (ID: 869620)



Efie Muhamad (facebook)



Menu Sahur Yang Ringkas Tapi Berkhasiat


Assalamualaikum..


Dah masuk 6 Ramadhan  dah kita hari ni. So, apa cerita puasa korang setakat ni? Harap-harap yang baik-baik saja ok ;-)


Ok, hari ni nak share 1 menu sahur yang ringkas amat, tapi sangatlaaaaahhhh berkhasiat. Kalo terlambat bangun, lagi 5 minit nak azan pun sempat buat ni tau...

Bahan-bahannya mudah je.. 3 bahan je.. 


ESP + Kurma + Oat


Cara-caranya..

Malam, sebelum masuk tidur ~ saya isi air masak dalam tumbler Shake & Take saya tu.. Kemudian, carik-carik 7 biji kurma.. Masukkan ke dalam balang.. Masukkan 2 scoop Oat.. Kemudian simpan dalam peti sejuk..

Esok, bangun sahur ~ bubuh 2 sudu ESP ke dalam tumbler tu ~ kisar. Minum sejuk-sejuk. Wallllahhhhh sedappp sungguh...




Ni resepi paling basic lah.. Kalo ada fresh milk, saya tambah Fresh Milk. Kalo ada Chia Seed, saya bubuh Chia Seed. Memang sedap.. Kalau ada Performance Drink Shaklee saya bubuh sekali jugak..

Dan yang lebih penting, sangat berkhasiat untuk keperluan tubuh kita. Tambah-tambah dalam kita tengah berpuasa ni kan.. Insya Allah memang dapat berikan kita kecergasan yang lebih lama.

Nak cuba?

Boleh beli terus kat sini..




Ataupun boleh je hubungi saya untuk order..



Pengedar Sah Shaklee Kota Bharu (ID: 869620)



Efie Muhamad (facebook)

Sunday, 21 May 2017

Review Gelora Beach Resort Bachok Kelantan

Weekend hari tu, sempat meluangkan masa bersama ahli keluarga di Gelora Beach Resort. Gelora Beach resort ni milik sahabat sekolah saya dulu, Mida. Resort ni merupakan resort keluarga beliau, dan beliau yang bertugas untuk menguruskan resort ni.

Terbaik!!!

Tu yang saya boleh cakap.




Kalo ada sesiapa yang plan nak menginap di tepi pantai, saya sarankan untuk datang ke Gelora Beach Resort ni. Ada beberapa pilihan bilik penginapan yang ada. Ada dorm, chalet dan rumah. Ada jugak hall, surau dan tempat makan. Sekolah-sekolah dan pejabat-pejabat memang biasa booking resort ni untuk program diorang. Masa weekend hari tu pun ada jugak sekolah yang tengah berprogram disini.

Untuk pilihan bilik penginapan, boleh refer di sini.



Memandangkan keluarga kami ramai, so saya pilih pakej Rumah Aryana dengan harga sewa 1 malam RM378. Sangat berbaloi, dengan kelengkapan yang boleh dikatakan memang complete.

RUMAH ARYANA

RM378.00 satu malam
Dilengkapi perabot
3 bilik & berhawa dingin
TV, cerek elekrtrik, bilik mandi dalaman, meja makan
1 selimut tambahan & 5 bantal.
Syampu dan sabun mandi disediakan
Pemandangan ke arah pantai
Kapasiti : 10-15 orang.

Dapur memang boleh digunakan untuk memasak. Ada periuk kuali semua. Pinggan cawan gelas sudu garfu tu memang banyak lah disediakan jugak. Kiranya, kalo tak bawak dari rumah pun takpe.

Laman luas. Anak-anak siap boleh main bola.

Ada tempat nak barbeque, siap dengan 4 buah meja batu + 1 wakaf yang besar + 1 wakaf sederhana besar untuk lepak-lepas sambil makan ayam bakar. Memang sangat selesa.



Aktiviti kami kat resort?

Jom tengok video ni tau...
Siap berpulut durian lagi kami... hihihi...




Nak menginap kat sini?

Boleh contact Puan Mida  -  019-9967491


Nak order Shaklee?

Boleh contact Puan Efie - 019-9890707 ;-)


Tuesday, 16 May 2017

Pengedar & Stokis Shaklee Selangor

Assalamualaikum...

Sekiranya anda berada di Selangor, dan ingin mencari pengedar Shaklee di kawasan berdekatan dengan anda, boleh hubungi pengedar Shaklee yang sangat aktif dan telahpun terlatih secara professional ini.

Sentiasa menerima kursus-kursus dan latihan yang disediakan oleh pihak Shaklee. Jadi, anda boleh dapatkan consultation daripada kami secara terus tanpa ragu-ragu.

Nak PosLaju boleh, nak COD pun boleh..
Sentiasa ada ready stock..




Nama: Idyani Ismail
No ID Shaklee: 911668
No Phone: 019-9319790
Cara Urusniaga: PosLaju, COD, Pick Up
COD Area: Semenyih, Putrajaya




Nama: Liyana Aizat Yusoff
No ID Shaklee: 971137
No Phone: 019-3367441
Cara Urusniaga: PosLaju, COD, Pick Up
COD Area: Shah Alam


Nama: Nur Ain Ramli
No ID Shaklee: 1175921
No Phone: 010-9292996
Cara Urusniaga: PosLaju, COD, Pick Up
COD Area: Klang


Jika anda tak sempat untuk COD atau self pick up anda juga boleh pilih untuk poslaju ke mana-mana saja lokasi pilihan anda. Kami berpengalaman pos produk Shaklee sehingga ke Sabah, Sarawak, Brunei, Singapore, Australia dan juga Scotland.

Kalau nak jadi ahli untuk dapatkan produk Shaklee pada harga yang lebih jimat, pun sangat-sangat dialu-alukan.

Hubungi kami terus untuk maklumat lebih lanjut berkenaan cara pendaftaran ahli Shaklee.

😘😘😘

Selamat Hari Guru

Hari ni, 16 Mei mesti merupakan hari yang bersejarah setiap tahun bagi semua yang bergelar guru kan? Hari untuk meraikan guru-guru. Bukan senang nak jadi guru ni, tambah-tambah lagi jadi guru pada zaman yang sangat mencabar ni. Kalo tak, takdelah puisi yang bertajuk Guru Ibarat Lilin tu kan? Besar sungguh pengorbanan seorang guru ni...



Sinonim dengan Hari Guru, biasanya anak-anak murid bagi hadiah kan.. Terkenang pulak zaman jadi pelajar dulu-dulu heheheh.. Memang bagi jugak hadiah kat guru-guru walaupun cuma sekadar hadiah yang biasa-biasa je. Hadiah paling glemer masa sekolah dulu --> sabun seketul ataupun tisu sekotak - balut cantik-cantik kemudian bagi kat cikgu. Hihihi..

Biasanya cikgu-cikgu takdelah harapkan hadiah mahal-mahal pun.. Cukup kalo pelajarnya jadi seorang pelajar yang taat kepada guru, cemerlang belajar cemerlang akhlak cikgu dah sangat bersyukur dah.. Bagi hadiah ni, untuk meraikan cikgu je. Tanda kita sayang dan kasih kepada cikgu. Cikgu yang dah banyak membentuk kita, duniawi dan ukhrawi. Tanpa cikgu, siapalah kita kan.

Anak-anak saya, sambutan Hari Guru kat sekolah diorang pada Khamis ni. Dah sediakan dah jugak hadiah. Walaupun cuma hadiah yang biasa-biasa je jugak, tapi yang lebih penting adalah sebagai tanda ingatan kepada cikgu yang dah didik anak-anak kita. Juga, untuk didik anak-anak supaya biasakan diri dengan budaya memberi. Insya Allah.



Selamat Hari Guru ya, buat semua guru-guru.
Moga Allah ganjarkan kalian dengan setinggi-tinggi ganjaran di Akhirat kelak.
Aminnn..

Puisi Buat Guru

(sharing dari grup WhatsApp)

UNTUK YG BERNAMA  GURU

 Jadilah seorang guru yang hadirnya diTUNGGU, hilangnya diRINDU, ilmunya diBURU, nasihatnya diSERU, dan tingkahlakunya diTIRU... SELAMAT HARI GURU.

Selamat Hari Guru buat semua para pendidik...Guru Pembina Bangsa Negara. Terima kasih sekali lagi yang tak terhingga kepada semua yang bergelar guru... Khidmat baktimu, jasamu dan ilmu yang kau titipkan kepadaku akan aku manfaatkan demi kebaikan semua...

🌅 Wahai para guru...
Ladang pahala bagi kamu begitu luas...
Lebih luas dari apa yang anda sangkakan. 
Anak² murid anda boleh menjadi penyebab untuk anda 
merasai kemanisan 'syurga'.
Semailah mereka dengan benih² kebaikan.
Sirami mereka dengan akhlak terpuji...

🌅 Bergembiralah para guru. 
Semakin banyak ilmu yang anda ajarkan, 
semakin banyak pahala yang anda raih. 
Peliharalah ladang pahala anda ini. 
Jangan rosakkan ia dengan keluhan dan rungutan. 
Suburkan ia dengan rasa keikhlasan. 
Walaupun kadangkala anda terasa keletihan, 
percayalah keletihan itu akan terbayar 
dengan kerehatan di 'Syurga Abadi'...
ٍِاَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Sekian, moga ada manfaat...
Sekadar songsang aksara kata,  tanpa kembali ke tunjang makna... 

"Hidup Ini Indah Jika Segalanya Kerana Allah"

SELAMAT HARI GURU 2017

Monday, 15 May 2017

Minuman Tenaga Untuk Membantu Ibu Mengandung Berpuasa Penuh

Pejam celik pejam celik, sekejap je dah nak masuk bulan puasa dah. Lebih kurang 10 hari je lagi, kita dah nak sambut puasa. Cepat betul masa berlalu sekarang ni kan? Rasa macam baru je raya tahun lepas, dah nak puasa balik dah..

By the way, ada tak di kalangan reader blog saya ni yang tengah mengandung? Masa mengandung, sebenarnya bonus untuk kita dapat berpuasa penuh sebab takde period kan?Tapi, kalo tak larat, macamana nak puasa penuh pulak? Huhuhu..

Memang agak risau kan, dapat ke tak nak berpuasa penuh bulan ni. Takut tak larat kan. Tahun lepas, saya mengandung masa bulan puasa jugak, penat tapi alhamdulillah dapat jugak berpuasa penuh. Tahun ni, menyusu pulak. 2 orang pulak tu. Moga-moga Allah berikan kekuatan untuk dapat jugak berpuasa penuh nanti. Aminnn...





Apa persediaan saya?


Berita baik untuk semua ibu-ibu yang hamil mahupun yang tengah menyusu macam saya. Shaklee ada sediakan Set Minuman Sahur Untuk Ibu Mengandung tau! Minuman ni lah yang jadi persediaan saya..

Memang masa sahur, saya lebih prefer untuk ambil 3 jenis minuman ni berbanding dengan makan nasi. Sebab saya rasa, bila minum ni, badan saya lebih cergas, tak letih sangat walaupun sedang berpuasa. Berbanding dengan makan nasi, biasanya akan jadi agak lemau dan masuk waktu tengahari akan jadi laparrrrr sangat. Itu saya lah.. Mungkin ada yang sama dengan saya kan..

Ok, apa benda yang 3 jenis minuman ni?

ESP - bantu kenyang lebih lama jadi tak lah baru jam 10 pagi nak lapar.

Meal Shakes - Multi vitamin mengandungi 24 jenis vitamin dan mineral supaya bila badan cukup zat, bayi dalam rahim pun cukup zat, ibu pun boleh puasa dengan lebih bertenaga

Performance Drink - bantu ibu kekal hydrated. Kita cepat letih dan tak bermaya sebab badan dehydrated.

Lebih-lebih lagi ibu mengandung kena sentiasa hidrasi (hydrated) Performance Drink mengandungi elektrolit yang menyimpan air dalam badan lebih lama berbanding air kosong itu sendiri.
Set Berpuasa Shaklee


Cepat-cepat dapatkan set ni tau, sebab set ni sangatttttt laris. 
Tambah-tambah lagi bila bulan puasa. 
Selalu sangat Out Of Stock (OOS). 
So, jangan jadi mangsa OOS ya.. Hihi.. 
Cepat-cepat order tau..

Tekan butang ni untuk order.


Ataupun, boleh je hubungi saya untuk order..


Pengedar Sah Shaklee Kota Bharu (ID: 869620)



Efie Muhamad (facebook)

Sunday, 14 May 2017

Tips Hati Tenang Tanpa Gundah Gulana

Hidup kat dunia ni, penuh dengan segala pancaroba. Banyak ujian yang kita hadapi. Ujian dari sudut keluarga, mungkin juga ujian dari segi kewangan, ataupun ujian kesihatan dan macam-macam jenis lagi lah ujian.

Satu yang kita kena ingat. Ujian itu salah satu cara untuk kita jadi lebih matang. Untuk kita jadi lebih berpengalaman. Dan yang paling penting, ujian datang untuk kita lebih mendekatkan diri dengan pencipta kita, Yang Maha Kuasa. Mungkin juga, kita kekurangan amalan rohani, sebab itu hati kita tak tenang.

Maka, perbanyakkan solat, banyakkan mengaji, banyakkan berzikir. Nescaya hati kita akan lebih tenang, walaupun apa jua dugaan yang mendatang.

Selain daripada itu, antara punca hati dan jiwa kita tak tenang juga adalah kerana badan dan otak kita yang kekurangan nutrisi. Bila badan kita tak cukup nutrisi, minda kita boleh jadi lemau. Badan kita boleh jadi lemah. Maka efeknya, hati pun tak berapa nak ceria. Rasa serabut. Rasa longlai. Rasa gelisah. Rasa serabut.




Ada beberapa cadangan vitamin, untuk kita ambil bagi memenuhi nutrisi badan kita, bagi mendapatkan hati dan jiwa yang lebih tenang.


Vitamin-vitamin B 
Vitamin B seperti asid folik berfungsi membina sel-sel otak yang baru serta menyokong fungsi serotonin.

Omega-3 
18% daripada berat otak kita adalah terdiri dari omega-3.
Kekurangan Omega-3 memberi kesan besar kepada mood, kawalan tekanan serta ingatan.

Vitamin D
Biasa kita dengar Vitamin D bagus untuk tulang, untuk penyerapan kalsium secara optimum kan? 
Sebenarnya Vitamin D juga sangat diperlukan untuk otak menjalankan fungsinya dengan baik.

Asid Amino 
Kekurangan asid amino menjadikan seseorang tidak dapat mengawal perasaan, kurang motivasi, terlalu beremosi, depresi



Bagaimana nak dapatkan Vitamin-vitamin ini?

Ada 2 cara. 

Boleh klik je butang eSell di bawah ini, untuk order secara terus dengan Shaklee.



Ataupun, boleh hubungi saya untuk tempahan.



Pengedar Sah Shaklee Kota Bharu (ID: 869620)



Efie Muhamad (facebook)

Saturday, 13 May 2017

Pengedar & Stokis Shaklee Sarawak

Assalamualaikum...

Sekiranya anda berada di Sarawak, dan ingin mencari pengedar Shaklee di kawasan berdekatan dengan anda, boleh hubungi pengedar Shaklee yang sangat aktif dan telahpun terlatih secara professional ini.

Sentiasa menerima kursus-kursus dan latihan yang disediakan oleh pihak Shaklee. Jadi, anda boleh dapatkan consultation daripada kami secara terus tanpa ragu-ragu.

Nak PosLaju boleh, nak COD pun boleh..
Sentiasa ada ready stock..




Nama: Nurul Nurasikin Othman
No ID Shaklee: 998270
No Phone: 013-9237131
Cara Urusniaga: PosLaju, COD, Pick Up
COD Area: Kuching, Bintulu




Nama: Nur Atikah Nazwa Othman
No ID Shaklee:1084411 
No Phone: 016-8742375
Cara Urusniaga: PosLaju, COD, Pick Up
COD Area: Kuching


Jika anda tak sempat untuk COD atau self pick up anda juga boleh pilih untuk poslaju ke mana-mana saja lokasi pilihan anda. Kami berpengalaman pos produk Shaklee sehingga ke Sabah, Sarawak, Brunei, Singapore, Australia dan juga Scotland.

Kalau nak jadi ahli untuk dapatkan produk Shaklee pada harga yang lebih jimat, pun sangat-sangat dialu-alukan.

Hubungi kami terus untuk maklumat lebih lanjut berkenaan cara pendaftaran ahli Shaklee.

😘😘😘