Zika Virus: Apa Yang Perlu Kita Tahu?

  • Wednesday, February 03, 2016
  • By efie muhamad
  • 1 Comments

Ramai yang masih tertanya-tanya apa sebenarnya Virus Zika yang kini hangat diperkatakan di mana-mana. Sejenis virus yang dikatakan amat merbahaya, sehingga boleh mengakibatkan sesiapa yang diserang virus Zika ini, boleh kehilangan nyawa.


Apa Itu Virus Zika?

Virus Zika merupakan virus yang disebarkan oleh nyamuk Aedes yang merupakan vektor yang sama bagi penyakit demam Denggi dan juga Chikugunya. Ianya bahkan boleh memudaratkan bayi baru lahir yang mengakibatkan mereka mengalami sindrom otak kecil atau 'mikrosefali' sekiranya dijangkiti. Virus ini ditemui di hutan Zika di Uganda pada tahun 1947 dan ianya merupakan bukan penyakit baru di Afrika. Wabak Zika mula merebak secara meluas di Hemisfera Barat sejak bulan Mei 2015 di mana ianya bermula di Brazil.






Fakta Tentang Virus Zika


  • Disebarkan oleh nyamuk Aedes
  • Masih tiada ubat/vaksin untuk mencegah penularan wabak ini
  • Wabak ini bermula di Brazil dan telah merebak ke 26 buah negara
  • Boleh menjangkiti bayi yang masih di dalam kandungan
  • Gejala Zika - demam, ruam pada kulit, sakit sendi dan otot dan konjunktivitis
  • Pencegahan- mengelakkan daripada gigitan nyamuk






Simptom & Tanda-tanda Zika


  • Demam
  • Sakit kepala
  • Ruam pada kulit
  • Sakit sendi
  • Mata kemerahan



Bayi Turut Berisiko Dijangkiti Zika


Awas! Virus Zika turut boleh menyerang bayi di dalam kandungan sehingga ianya boleh mengalami kecacatan otak. Lebih malang lagi, bayi malang ini berdepan dengan kecacatan mental yang menyebabkan tahap kecerdasan dan pergerakan otot mereka terbatas seumur hidup.



Saiz otak bayi yang diserang Zika lebih kecil berbanding saiz normal

Kenyataan Akhbar dari Kementerian Kesihatan Malaysia




Langkah Pencegahan Bagi Membendung Virus Zika

  • Membersihkan tempat pembiakan nyamuk
  • Melindungi diri dari gigitan nyamuk (menggunakan repellant, memakai pakaian yang menutupi anggota badan, menggunakan kelambu dan melakukan semburan aerosol)




*************

Adakah anda berminat untuk menjadi pengedar Shaklee?


  Memandangkan permintaan bagi produk Shaklee amat memberangsangkan, saya memerlukan pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap negeri di Malaysia.  Juga, kami bakal melebarkan sayap ke negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei, maka kalian juga turut dialu-alukan.
Hubungi saya Efie Muhamad di 019-9890707.

 Pengedar Sah Shaklee Kota Bharu : Efie Muhamad (Shaklee ID 869620)

qayyumqaisa@gmail.com (e-mail)

Efie Muhamad (facebook)

You Might Also Like

1 comments

  1. Simple tapi padat tentang virus zika ni

    http://fatinsoho.com/pince-and-pints-tempat-makan-best-kl/

    ReplyDelete