Ajlaa' demam. Bermula hari khamis. Saya menjangkakan hari Sabtu sembuh demam dia, memandangkan biasanya dia demam 3 hari. Namun sebaliknya, hari Ahad dia masih demam dan nampak sudah tidak berapa aktif. Dia juga batuk yang teruk, dan setiapkali batuk pasti muntah. Mungkin itulah sebabnya dia dah kurang aktif, sudah letih penangan muntah.
Saya mengambil keputusan untuk membawanya ke klinik. Di sana, doktor mengatakan demam Ajlaa' disebabkan pneumonia, lung infection. So, wajib bagi antibiotik, sampai habis dos.
Saya susah hati. Ajlaa' sangat susah untuk makan ubat. Nampak syringe je dia terus muntah. apatahlagi bila ubat tu dh kt dalam mulut, lagi la komfem dia akan muntah. Biasanya kalau demam, saya masukkan ubat ikut punggung dia je. Selain tu, saya cuma ikut petua tradisional je, basahkan badan dengan air asam jawa je.
Segala cara untuk saya bagi dia makan antibiotik gagal. Bagi terus, muntah. Masukkan dalam air, setitik je dia minum terus reject. Ohoho, anak daraku, memang sungguh susah. Ummi dah habis cara dah.
Jadi, di sinilah kami malam ni. Bertapa di wad Hospital Pakar Perdana Kota Bharu, masukkan ubat ikut drip. Dan instead of pneumonia, doktor cakap Ajlaa' kena acute bronchitis.
Ajlaa'... Ajlaa'...
Ajlaa' rindukan abang Ammar, sehari tak jumpa.. |
Semoga puteri kesayangan saya ni cepat sembuh..
Amin....
0 comments