Awas! Lemak Trans Beracun Dalam Juadah Raya Kita

  • Sunday, July 26, 2015
  • By efie muhamad
  • 0 Comments

Berhari raya memang best kan? Selain daripada dapat balik kampung, dapat jumpa sanak saudara, antara yang paling best adalah dapat makan macam-macam makanan sedap-sedap. Juadah pulak banyak dan beraneka jenis pulak tu, sampai tak muat hidang kat meja kan.. hihi.. Rendang, lemang, ketupat, tapai, nasi dagang, lontong, sate, kuah kacang dan baaaanyak lagi lah memang tak larat la kalo nak tulis semua.. Sampai esok pun belum siap entry ni kot.. hihi..

Tapi, yang tak bestnya, kebanyakan daripada kita berat memang akan naik selepas raya. Puasa turun sekilo dua, raya 5 hari naik berkilo-kilo huhuhu... tak kata orang lain, saya lah tu empunya orangnya... uwaaaa...

Ok, tu bab berat.. ada lagi yang lebih tak best.. sebab ianya melibatkan kesihatan kita..

Ya, juadah yang kita makan itu sikit ini sikit tu sebenarnya mengandungi lemak trans yang merbahaya untuk tubuh kita. Huiii takut pulak rasanya!

Biasanya, raya-raya ni kan mesti banyak kita dok pulun makan kek biskut segala.. Ya la, raya macam tak sah kalo takde biskut raya kan.. semperit, tart, sarang semut, choc chip, makmur, suji dan macam-macam lagi lah...biskut-biskut ni sendiri pun dah namanya biskut raya hihi... 




Apa Itu Lemak Trans?


Lemak trans pada dasarnya merupakan lemak sayur poli tak tepu yang telah mengalami perubahan kimia melalui proses penghidrogenan. Ini adalah proses kimia yang menukarkan minyak sayur menjadi lemak pejal atau separa pejal (iaitu lemak yang lebih keras) pada suhu bilik dan membolehkan lemak itu tetap segar dalam masa tertentu.

Ia melibatkan proses memanaskan minyak ke suhu yang sangat tinggi dan kemudian mengepam gas hidrogen menerusinya (itulah sebab dinamakan penghidrogenan). Proses itu mengatur semula ikatan hidrokarbon minyak tersebut, membentuk struktur molekul baru menyebabkan makanan buatan manusia sarat dengan asid lemak trans atau lemak trans.



Lemak trans mula menjadi pilihan disebabkan sifatnya kurang cenderung untuk rosak, lebih tahan lama dan lebih digemari digunakan dalam makanan seperti biskut dan crackers, kerana ianya menjadikan makanan itu lebih segar.

Lemak Beracun!


Di sebalik kelebihan lemak trans itu, bahan tiruan ini tetap ada keburukannya. Tubuh manusia tidak tahu apa yang perlu dilakukan dengan lemak trans, lalu ia cuma menyimpannya dan mendedahkan pula kepada masalah yang tidak diketahui. Ia mampu menaikkan paras kolestrol darah dan risiko untuk mendapat penyakit jantung akan meningkat.

Lebih Buruk Daripada Lemak Tepu

 

Pada hakikatnya, lemak trans tidak baik untuk sistem kardiovaskular kita, berbanding lemak tepu (seperti yang terkandung dalam mentega (pastikan mentega asli) dan produk lain daripada sumber binatang).
Baca: Buttercup Bukan Mentega

Lemak tepu menaikkan paras kolestrol Lipoprotein Densiti Rendah (LDL - kolestrol jahat) tanpa menjejaskan paras kolestrol Lipoprotein Densiti Tinggi (HDL- kolestrol baik). Namun sebaliknya bagi lemak trans, ianya bukan sahaja meningkatkan kadar kolestrol jahat, namun ianya turut menurunkan kadar kolestrol baik, yang menyebabkan kita terdedah kepada risiko penyakit jantung dan strok.


Dalam satu kajian ke atas 80,000 orang jururawat wanita, kajian Universiti Harvard ini mendapati penggantian 30 kalori (7 gram) karbohidrat setiap hari dengan 30 kalori (4 gram) lemak trans meningkatkan 2x ganda risiko penyakit jantung!
(Lancet,1993;341:581-5) 

Memandangkan kebanyakan makanan kita dah tak selamat, jadi, makan seberapa SEDIKIT yang boleh, kerana tidak ada paras yang selamat bagi lemak trans dalam makanan. Kalau boleh, memang kita kena sifarkan penggunaan lemak trans dalam diet kita. Persoalannya, MAMPU ke? huhuhu....


Fitosterol Membantu Turunkan Kadar Kolestrol Jahat Dalam Badan







Suplemen Shaklee Yang Mengandungi Fitosterol







Sebelum segala-galanya terlambat, awasi corak pemakanan harian kita. Kurangkan pengambilan makanan yang berasaskan lemak trans, dan ambillah fitosterol sebagai salah satu usaha untuk mengurangkan kadar koletsrol dalam darah.

*************************************************
 
Nak order Shaklee?
Nak jadi ahli Shaklee?

❤ Efie Muhamad ❤

SMS/Whatsapp: 019-9890707


You Might Also Like

0 comments