Ada Ke MLM Halal?

  • Wednesday, September 09, 2015
  • By efie muhamad
  • 9 Comments

Bila sebut je MLM, ramai yang cebikkan bibir.

"Ooooo patutla kaya.. buat MLM amek duit orang"

"Ishhh taknak la aku join.. Pantang 7 keturunan aku buat MLM tau"

"MLM ni harammmm... mana boleh aku bagi anak bini aku makan duit haram"

"MLM? Uisyyyy tak laratla nak ber'meeting larut malam" ni.. nanti anak ke mana laki ke mana"

"Malas la join MLM.. tak pasal-pasal kena ke hulu ke hilir cari orang paksa join"

Ok, itu antara beberapa pandangan skeptikal, yang raaaaamai orang di luar sana fikir tentang MLM. Ke termasuk orang yang baca ni jugak? Heheheh... Takpe, jom kita amek tau, apa itu MLM sebenarnya...




Apa Itu MLM?

 

Multi-level Marketing sebenarnya adalah satu cara yang sangat popular untuk memasarkan suatu produk. Melalui MLM, segala kos pengiklanan yang biasanya melibatkan jumlah yang tinggi, akan dapat dikurangkan sehingga ke level paling minimum. Kerana apa? Kerana tugas untuk menyalurkan segala maklumat tentang produk kepada pengguna, telahpun dijalankan oleh ahli yang berdaftar dengan syarikat tersebut.

MLM atau Network Marketing ini menggunakan konsep jualan langsung. Dalam memasarkan suatu produk, sistem MLM menggunakan sistem pemasaran jaringan. Ahli yang berdaftar ini akan mengenalkan produk tersebut ke jaringan orang orang dibawahnya, dan orang-orang di bawahnya pula akan mengenalkan produk ini kepada orang-orang yang seterusnya.Konsep seperti inilah yang disebut sebagai multi level. Dengan menggunakan konsep demikian, banyak kos yang dapat dipotong seperti kos pengiklanan dan penghantaran.



Maka, disebabkan sistem MLM ini adalah satu sistem yang bagus sebenarnya, maka ramai pulaklah yang menyalahgunakan sistem ini, yang menjadikan sistem MLM ini sebagai MLM haramjadah. Opsss, bukan MLM yang haramjadah, tapi orang yang menyalahgunakan MLM tu yang haramjadah.
 
Menurut Mommy Lyna (blogger terkenal ~ http://mysuperkids.net/)..

MLM Haram atau Halal perlu dikaji dari dua aspek berbeza,
  1. Haram sebab model perniagaan yang tidak islamik. Ini saya panggil MLM Haram.
  2. Haram sebab tindakan leader MLM tu sendiri. Ini saya gelar MLM Haram jadah.
Secara umumnya, MLM tu sendiri haram kita sertai jika
  1. Jual produk haram macam dadah ke, babi ke, rokok ke atau arak.
  2. Komisen dibayar sebab ada downline semata, bukan sebab usaha jualan.
  3. Menekankan kepentingan jadi orang terawal sebab orang last adalah mangsa.

Bagaimana Dengan MLM Shaklee?

 

Ya, Shaklee turut memilih MLM sebagai cara pemasaran produknya kerana cara ini terbukti sangat berkesan dalam meluaskan jaringan pemasaran produk pada kos yang sangat rendah.




Contohnya:

Saya, Efie Muhamad merupakan seorang ahli yang berdaftar dengan Shaklee dan tinggal di Pasir Tumboh, Kelantan. Tiba-tiba, pada suatu hari seorang pelanggan saya yang tinggal di Kuching, Sarawak secara urgent memerlukan Nutriferon, ESP dan Performance Drink, disebabkan anak beliau mengalami demam denggi. Untuk penghantaran melalui PosLaju, biasanya memakan masa selama 1-3 hari bekerja. Jadi, adakah saya perlu beli tiket kapal terbang dan bergegas hantar vitamin yang diperlukan secara segera itu?

Sudah pastilah tidak, kan..

Maka, di sinilah jaringan itu berperanan. Saya mempunyai seorang ahli Shaklee yang berdaftar dengan saya yang tinggal di Kuching, Sarawak, Dr Nurul Nurasikin Othman. Beliau seorang doktor perubatan dan tengah menyambung ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang Paediatrics. Maka, beliau akan menghantar vitamin yang diperlukan oleh customer tadi, dan memberi konsultansi yang sewajarnya. Bukankah itu sangat bagus, dan memberi faedah kepada semua pihak?

 Dan, dalam Shaklee, sistem yang diguna pakai adalah sistem yang adil. Siapa yang buat kerja, dialah yang dapat hasilnya. Siapa yang malas-malas, maka tiadalah hasilnya, walaupun dia adalah orang yang lebih dulu berdaftar dari orang-orang yang di bawahnya. Sebab tu, dalam Shaklee, siapa yang berdaftar dulu, siapa yang di atas itu tak penting, kerana siapa yang rajin maka dialah yang dapat hasil yang lebih. Sangat biasa, dalam Shaklee, orang yang di bawah mempunyai pendapatan melebihi orang yang di atas. Sangat biasa.....


Nak Menjadi Sebahagian Dari Ahli Jaringan Pemasaran Shaklee?

Yang pastinya, nak bermula dengan Shaklee tak perlu modal beribu... Tak perlu buat pinjaman.. Tak perlu bergolok bergadai...

Hanya RM80 diperlukan sebagai yuran keahlian seumur hidup, malah anda turut boleh menjadi ahli secara percuma. Ada caranya...

Boleh baca di sini dengan lebih lanjut..

Cara Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma

Jadi Ahli Shaklee Bersama Kami Di iReach

Mengapa Anda RUGI Jika Tak Menjadi Ahli Shaklee Bersama iReach?

Cara Jadi Ahli Shaklee ~ Percuma @ Bayar?

Peluang Jana Pendapatan Dari Rumah Dengan Shaklee


Dan yang pasti, mestilah berbekalkan semangat yang gigih, usaha yang keras tanpa putus asa, sekiranya ingin melangkah lebih jauh dalam membina perniagaan bersama Shaklee!
  
Jommm...

efie  019-9890707



*************************************************

Nak order Shaklee?

Nak jadi ahli Shaklee?

❤ Efie Muhamad ❤

SMS/Whatsapp: 019-9890707



 

You Might Also Like

9 comments

  1. jangan salah anggap dengan semua MLM, ada juga yang patuh syariat dan halal. Hati-hati memilih MLM yang anda akan ceburi. Buatlah pilihan bijak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...
      takleh pukul rata semua MLM tu sama..
      semua head hunting..
      tak boleh...
      sebab tak semua MLM macam tu..

      Delete
  2. saya dulu tak suka MLM sebab manusia2 yg memberi tanggapan buruk pd MLM, bila dah tau apa maksud sebenarnya jatuh cinta plak..

    ReplyDelete
  3. majoriti MLM memang head hunting.

    kita suka atau tidak, itu dia punya main source untuk syarikat terus hidup.

    kalau stick pada satu level, tak ada MLM yang boleh melahirkan leader atau jutawan dalam tempoh 1-2 tahun.

    tu konsep MLM, bagi duit kita cepat, dan bonus yang ditawarkan lumayan.

    kalau bonus tak tinggi..tak ada siapa nak join MLM ni. Betul tak?

    Pendek kata..kita kena cari yang halal, produk yang halal dan buat cara promosi yang halal.

    Itu sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. MLM ni konsep...
      Kalo salah pelaksanaannya, salahlah yang jadi..
      Tapi, kalo betul pelaksanaannya, maka betulla jadinya..

      Delete
  4. Kalau biznes yang bukan MLM tapi tipu orang, jual yang tak berkualiti, pun haram. tak tunggu MLM pun

    ReplyDelete
  5. ekceli tak pernah tau mlm tu apa. Tapi yang orang selalu momokkan kena cari orang lepas tu kena buat pinjaman. Yang tu tak mau sangat2 tu. Tapi rupanya tak semua mlm tu sama kena paksa cari orang dan simpan stok bawah katil

    ReplyDelete