Kisah Bagaimana Saya Mula Didik Anak Menabung..

  • Tuesday, May 17, 2016
  • By efie muhamad
  • 0 Comments

Masa mula-mula Ammar masuk darjah 1 dulu, saya stressss!

Stressss sebab dia suka beli benda-benda merapu kat sekolah.. Aiyyyoooo...

Begini ceritanya...

Kat sekolah Ammar ni, ada disediakan sekali pakej makan. Sehari RM4 untuk 2 kali makan. Sekali makan pukul 9.30 pagi (rehat pertama), sekali lagi makan tengahari pukul 1 (rehat kedua). Waktu pulang beliau adalah pada pukul 4 petang.

Jadinya, saya cuma bekalkan Ammar RM1 setiap hari... Ya lah kesian pulak kot-kot dia teringin nak beli makanan yang jual kat kantin tu, tapi takde duit kan...

Tapi tapi tapi tapi....

Bukan kuih ke apa yang dia beli...

Tapi dia dok beli aiskrim la, cekelat la, mainan la, especially dengan makcik pakcik yang menjaja dengan motor kat luar pagar sekolah... Hadoiiiii stress nya saya... Tu bab beli dengan peniaga luar... Ada jugak time dia beli eraser la, sharpener la, pensel la yang setiap kali dia beli, esok atau lusa dah hilang pulak.. Kemudiann, beli lagi... Haiyyooo... walaupun cuma RM1, tapi saya stress... Stress bukan sebab nilai duit, tapi sebab benda merapu meraban tu..


Aiskrim macam ni la yang selalu dia beli.. sekali sekala tu ok kot, tapi ni setiap hari huhu..
(Gambar Google)


Pikir punya pikir, cmane saya nak buat ni..

Saya ni jenis yang bila anak nakkan sesuatu benda, saya tidaklah simply bagi je kat diorang.. Sebab tu kalo pegi mana-mana shopping complex, saya takde masalah anak tantrum berguling2 nak beli mainan ke apa ke.. sebab memang diorang dah diajar dari kecik macam tu kot so alhamdulillah dah kat situ.. Kalo nak beli pun, cuma 1 jenis barang atau makanan je yg diorang dapat.. hahah kedekut tak saya? hihiihhi.... Sebab bagi saya, saya lebih suka macam tu kot dalam mendidik anak ni.. Apapun, setiap ibu bapa ada pandangan dan cara masing-masing kan.. Yang pastinya, semua orang lakukan yang terbaik dalam mendidik anak..

So, disebabkan begitu, saya buatlah tabung untuk diorang..



1 untuk Ammar, 1 untuk Ajlaa'...

Masa mula-mula tabung ni diwujudkan, Ammar macam kisah tak kisah je.. Tetap jugak abiskan duit RM1 bekalan dia kat sekolah tu utk beli benda2 merapu.. Saya rasa mungkin dia fikir alaaa tak penting pun tabung ni.. Turning point nya adalah bila saya beli benda pertama yang diorang nak, guna duit tabung...

Kisahnya, lama dah kot diorang teringin nak ada swimming suit sebab swimming suit yang lama dah ketat takleh nak pakai dah.. Survey punya survey, hadoi mahal la baju renang ni.. Sampai lima enam puluh ringgit, tu pun yg kat Mydin.. yg kat luar beratus2 pun ada... yang saya beli kt diorang yg dah ketat tu sepuluh ringgit je pun, apesal la dah takde yg RM10 ni... ohho idokler teman nak beli sampai nampuluh ringgit semata-mata baju renang je pon.. mandi kolam pun bukannya selalu, sekali sekala je pun.. bukannya ada kolam pun kat rumah ni hihi...

Nak dijadikan cerita, minggu tu kami nak ke KL.. biasanya bila ke KL ni, diorang dapatle mandi kolam.. saya pun cmane tah bagitau kat diorang ada baju renang jual kt Mydin.. diorang terus nak.. Masa tu duit tabung ada la dalam RM70 kot (diorang aim nak beli kasut roda masa tu).. terus cakap taknak kasut roda dah, nak baju kolam..

So pergilah kami ke Mydin malam tu jugak beli baju renang tu.. Ajlaa' punya RM59.90, Ammar punya RM49.90.. Saya guna duit saya dulu (ofkosla kan takkan nak bayar dengan duit singgit singgit diorang heheheh).. Balik rumah, saya amek balik duit diorang dalam tabung sebagai ganti.. haaa masa tu menangis2 diorang sebab duit tabung diorang dah tinggal sikit (masa tu mungkin diorang tak faham sangat lagi kot bab guna duit sendiri utk beli barang ni, diorang tak expect saya amek duit diorang kot).. kesian jugak kt diorang tapi saya keraskan hati.. niat untuk didik diorang agar lebih menghargai duit dan hargai barang sendiri...

Alhamdulillah, sejak kejadian tu, Ammar tak lagi habiskan duit saja-saja kat sekolah.. mesti dia simpan.. kadang-kadang kalo dia teringin nak beli pape lepas sekolah, dia bagitau saya.. biasanya dia nak beli air ataupun kelapa jelly lah.. aiskrim dah jarang sangat je dia mintak.. memang saya belikanlah, guna duit saya.. idokler kejam bebenor maknya ni kan, sampai anak nak beli air pun tak boleh... hihihi...

Dan benda kedua yang diorang nak, dahpun dibeli jugak, iaitu kasut roda.. masa tu duit diorang tak cukup pun lagi, separuh je kot diorang ada.. saya tambah dengan duit saya.. sebab bagi saya elok jugak belikan diorang benda yang bolehkan diorang beraktiviti luar, tak la dok dalam rumah tengok TV je kan..

Hari pertama main kasut roda

Bila dah dapat 2 benda yang diorang nak, bertambah semangat diorang menyimpan.. kalo dulu duit sedara mara ke atuk nenek kasik ke pun diorang letak merata je.. tak hargai pun.. sekarang ni memang masuk tabung terus.. contohnya, bila Ammar & Ajlaa' dapat no 1 kat sekolah baru-baru ni, semua pakat2 bagi duit RM10 kat diorang terus masuk tabung.. Banyak jugak kot diorang dapat.. pakcik makcik ramai hihihi...

Dah nak penuh tabung dapat duit hadiah exam hihihi

Sekarang ni ada 3 wishlist diorang sedang menunggu.. Kita doakan cepat2 la diorang dapat apa yang diorang nak tu kan..hihi...

Oh ya, lupa nak bagitau.. Ajlaa' ni tak bawak duit pun kt sekolah.. tadika je lagi dia ni, memang tak membeli pun.. jadinya, saya la tukang masukkan duit ke dalam tabungnya setiap hari hihi... kalo tak, nanti dia nangis bila duit dia lagi sikit dari Ammar.. heheheh.. asalkan misi didik anak menabung dan berjimat cermat tercapai, umi Alhamdulillah syukur..

****************************************************************************

Mencari Shaklee?

Boleh hubungi saya untuk konsultansi juga tempahan.

 Pengedar Sah Shaklee Kota Bharu : Efie Muhamad 
(Shaklee ID 869620)
qayyumqaisa@gmail.com (e-mail)

Efie Muhamad (facebook)

You Might Also Like

0 comments