Quaker Oats Disaman!

  • Wednesday, May 11, 2016
  • By efie muhamad
  • 0 Comments

Sangat mengejutkan!

Quaker Oats merupakan satu jenama terkemuka seluruh dunia, dan menawarkan makanan sihat iaitu berasaskan oats sebagai pilihan. Oats tergolong sebagai makanan jenis karbohidrat kompleks, namun mempunyai serat yang tinggi. Maka ianya sesuai untuk mereka yang mempunyai diabetes, yang mana mereka ini perlu mengawal kadar pengambilan karbohidrat komples dalam diet mereka.





Namun, berita yang baru kita terima ini sangat mengejutkan. Ianya telah menjadi berita viral di media sosial, sebagaimana berita tentang Johnson & Johnson serta Dove hari tu. Ini kerana, ketiga-tiga jenama ini merupakan jenama yang terkemuka, serta mempunyai pelanggan yang ramai serata dunia.

Benar, Quaker Oats masih lagi selamat untuk dimakan. Tiada masalah tentang itu. Cuma, apa yang menjadi salah ialah tentang 'claim' Quaker Oats bahawa produk mereka adalah '100% SEMULAJADI', '100% ASLI', dan produk mereka ditanam secara semulajadi dan mesra alam.

Namun, menurut RT.COM, Quaker Oats menghadapi tindakan saman terbaru selepas ujian makmal swasta mendapati terdapat kesan racun herba glyphosate pada produk syarikat itu. 


Tuntutan saman telah difailkan di Mahkamah Persekutuan Daerah New York dan California dan mendakwa bahawa kenyataan yang dibuat oleh Quaker Oats mengenai produk-produk mereka adalah mengelirukan.
“Defendan secara agresif mengiklan dan mempromosikan produk oatmeal mereka sebagai ‘100% Asli’, dan mendakwa oat mereka ditanam menggunakan kaedah mesra alam yang ‘mengurangkan risiko kehadiran agen pencemar dan pencemaran air bawah tanah,'” kata tuntutan mahkamah itu. ” Dakwaan mereka adalah salah, palsu dan mengelirukan.”
Di dalam saman itu tertulis, Quaker Oats menggunakan racun herba glyphosate, iaitu bahan utama dalam racun rumpai Roundup Monsanto yang diklasifikasikan sebagai ‘berpotensi’ menjadi bahan karsinogen buat manusia oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pada tahun lalu. Saman itu berkata, racun rumpai itu digunakan untuk mengeringkan oat sebelum tuaian.


“Mengikut undang-undang, tiada apa yang salah tentang kaedah penanaman dan pemprosesan Quaker Oats,” saman itu berbunyi. “Apa yang salah adalah dakwaan palsu Quaker mengenai Quaker Oats (dengan mengatakan ia adalah produk semula jadi) demi mengambil kesempatan atas peningkatan permintaan pengguna terhadap produk sihat dan semulajadi.”
Quaker Oats memberi respon dengan mengatakan bahawa glyphosate, iaitu bahan biosid yang biasa digunakan oleh petani-petani di Amerika Syarikat dan di seluruh dunia, tidak digunakan ke atas oat semasa proses pengilangan, dan oat mereka menjalani proses pembersihan yang rapi.
“Apa-apa kandungan glyphosate yang masih ada adalah sangat sedikit dan berada jauh di bawah paras yang ditetapkan oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (US EPA)] sebagai selamat untuk kegunaan manusia,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan, seperti yang dilaporkan oleh New York Times.
Sumber rujukan:
Haihhhh, macam-macam kan..

Untuk produk Shaklee pula, alhamdulillah setakat ni tiada isu lagi membabitkan hal-hal sebegini. Ini berikutan Shaklee memang sangat memantau kualiti produk bermula dari cara penghasilan bahan mentah lagi., Mana-mana pembekal yang gagal memenuhi standard piawaian Shaklee, memang terus direject. 
Sebab tu, Shaklee tiada ladang sendiri, namun memilih untuk mendapatkan bahan mentah dari pembekal-pembekal di luar. So, Shaklee tak akan bias bila melibatkan isu kualiti macam ni. Katalah kalo ladang sendiri kan, if tak capai standard sikit-sikit pun kira pejam mata je la kan.. Nak buang terus, sayangggg... Konfem rugi nanti...

Sebab tu, banyak kali kita jumpa, produk Shaklee kehabisan stok. Sebab apa? Salah satu sebabnya, pembekal gagal membekalkan bahan mentah yang lulus piawaian Shaklee lah. So, Shaklee lebih rela hentikan dulu pengeluaran produk ni, berbanding terus produce menggunakan bahan yang tak capai piawai ni. Rela rugi hokkkayyyyy, demi pastikan hanya yang terbaik sampai pada kita semua....
So, berbanggalah menjadi sebahagian daripada pengguna Shaklee ;-)

Boleh hubungi saya untuk konsultansi juga tempahan.

 Pengedar Sah Shaklee Kota Bharu : Efie Muhamad 
(Shaklee ID 869620)
qayyumqaisa@gmail.com (e-mail)

Efie Muhamad (facebook)


You Might Also Like

0 comments