Shaklee Business Leader National Conference (BLNC 2017) : Part 1

  • Thursday, February 23, 2017
  • By efie muhamad
  • 0 Comments

Alhamdulillah, Sabtu lepas saya ke Kuala Lumpur untuk menghadiri Shaklee National Business Conference 2017 yang julung-julung kali diadakan, dan bertempat di Sunway Pyramid Convention Centre. Conference ni bukan melibatkan semua para pengedar Shaklee tu, macam National Conference setiap tahun yang lepas-lepas tu.


Conference ni hanya melibatkan para pimpinan Shaklee sahaja. Hanya mereka yang menerima jemputan yang boleh hadir ke Conference ni. Dan Alhamdulillah, selain saya, 2 orang anak Shaklee saya iaitu Hanisah dan Dr Nurul Nurasikin Sangat bertuah rasanya diberi peluang dan kesempatan untuk menghadiri majlis yang gilang gemilang.






BUILT TO LAST

Itu tema Business Leaders Conference Shaklee.

Yes, it is!

Bisnes Shaklee, sekali kita bina, ianya akan kekal. Kerana bisnes ini adalah satu bisnes yang boleh diwarisi. Yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Syarikat dah sedia teguh.
Produk sangat berkualiti, hinggakan ada yang berusia melebihi satu abad.
Disokong pula oleh R&D yang berterusan, clinical test malahan Landmark Study yang hanya satu seumpamanya di dunia. Belum ada syarikat produk kesihatan lain yang berani untuk lakukan Landmark Study ini.

Bina tapak, dan kukuhkan.
Punya team, dan sama-sama sebarkan kebaikan produk.
That's it!
And it will BUILT TO LAST!

Sehari ber'conference', tak cukup rasanya. Apa tidaknya, conference ini penuh dengan pengisian dari saat pertama ia bermula iaitu pukul 10 pagi, sehinggalah conference berakhir kira-kira pukul 5.30 petang.

Penuh ilmu tentang di sebalik kualiti terbaik produk!
Penuh kejutan dengan apa yang Shaklee sediakan!

Penuh 'excitement' unrtuk merebut segala ganjaran yang Shaklee tawarkan!


Beberapa individu penting turut hadir ke majlis bersejarah ini.


Mr Roger Barnett (CEO Shaklee Corporation)

Beliau meluangkan masa datang ke Malaysia semata-mata untuk menghadiri conference ini, dan pulang semula ke Amerika dalam masa kurang daripada 24 jam! Fuhhh, naik flight dari US ke Malaysia lagi lama kot. Punyalah pentingnya conference ini, sehinggakan beliau sanggup datang ke Malaysia untuk hadiri conference ini.



Dr Bruce Daggy

Beliau adalah ketua Saintis di Shaklee Corporation. Berpengalaman lebih daripada 30 tahun, Dr. Bruce Daggy ada memberitahu, beliau ingin menghabiskan masa tua dengan melayan cucu cucu. Bukan meminta anak cucu menjaga beliau ketika tua. Sekarang beliau berusia 70 tahun, masih sihat dan cergas untuk Tour Roadshow Landmark Study yang bermula semalam di Sunway Pyramid Convention Centre dan akan berakhir di Johor Bahru pada 22 Februari 2017.


Mr Les Wong
 
Penulis laporan Landmark Study ini telah berkhidmat bersama Shaklee selama 35 tahun dan telah mengamalkan Shaklee selama 38 tahun. Di usia 65 tahun, beliau kelihatan berusia 40an dan masih tegap! Jadi sekiranya anda terlalu percaya, yang mana makan suplemen akan menyebabkan kegagalan buah pinggang, mungkin anda boleh claim bahawa itu adalah dari jenama lain. Landmark Study telah membuktikan, mengambil Shaklee untuk masa yang lama tidak akan menyebabkan kerosakan buah pinggang.





Seorang lagi tetamu jemputan istimewa, ialah Dato' Dr Rajbans Singh iaitu seorang doktor perubatan dan tiada kaitan dengan Shaklee.


Dato’ Dr. Rajbans Singh
Selalu dengar Lite FM? Pasti pernah ikuti slot Dr Rajbans. Beliau adalah President Malaysian Wellness Society, dan bertugas di Hospital Pantai Bangsar Kuala Lumpur. Yang menariknya, beliau telah berhenti mengambil gula lebih 20 tahun lepas.  Yang menarik lagi, beliau sendiri mengaku, selepas mengamalkan pemakanan sihat dan senaman rutin, diusia 50an, beliau rasakan lebih sihat berbanding ketika beliau berusia 30 tahun.

Berikut adalah petikan dari ucapan Dr Rajbans.
"Doktor sebenarnya bukan golongan terbaik untuk bercakap tentang nutrisi. Doktor cuma belajar tentang penyakit dan cara merawat menggunakan teknologi dan ubat ubatan. Untuk pencegahan penyakit dan nutrisi, perlu merujuk kepada ahli nutrisi."



Apa lagi yang menarik dalam BLNC 2017 ini?
Tungguuuuu...
Part 2 ok? ;-)





Pengedar Sah Shaklee Kota Bharu (ID: 869620)

Efie Muhamad 019-9890707


Efie Muhamad (facebook)

You Might Also Like

0 comments