40 Detik Kehamilan Yang Penuh Bermakna

  • Wednesday, October 22, 2014
  • By efie muhamad
  • 0 Comments

Tempoh 9 bulan kehamilan adalah detik yang sangat membahagiakan buat semua pasangan suami isteri. Menyaksikan perkembangan pembesaran janin, walaupun dari dalam rahim sangat mengujakan. 

Nak tengok pertumbuhan yang menakjubkan ini? Jommm...




Bulan Pertama


Minggu pertama

Perkembangan janin: Sel telur mengalami persenyawaan, terbelah dan masuk ke dalam rongga uterus.
Perkembangan ibu: Ovari meningkatkan produksi progesteron.



Minggu ke-2

Perkembangan janin: Embrio awal terbahagi kepada 3 jaringan berbeza (extoderm, endoderm dan mesoderm) Lapisan-lapisan sel primitif tersebut akan membentuk pelbagai organ dan jaringan di tubuh bayi.
Perkembangan ibu: Pertama kali tidak datang haid

Minggu ke-3

Perkembangan janin: Bahagian-bahagian tubuh bayi mula kelihatan (tulang belakang, otak dan saraf tulang belakang)
Perkembangan ibu: Plasenta membesar dan payudara sedikit membesar

Minggu ke-4

Perkembangan janin: Terbentuknya jantung, peredaran darah dan saluran pencernaan. Panjang janin sekitar 0.5cm
Perkembangan ibu: Peningkatan aliran darah pada payudara



Bulan Kedua


Minggu ke-5

Perkembangan janin: Jantung mula mengepam darah, hujung-hujung anggota tubuhnya dan bahagian penting otaknya mula kelihatan
Perkembangan ibu: Mula menyedari perubahan dirinya

Minggu ke-6

Perkembangan janin: Tubuhnya mula ada benjolan-benjolan yang bakal membentuk lengan dan kaki
Perkembangan ibu: Plasenta sudah mulai berfungsi

Minggu ke-7

Perkembangan janin: Mata, hidung, bibir mula kelihatan begitu juga dengan tulang dan ototnya. Ketika ini janin sudah mula bergerak
Perkembangan ibu: Tidak selesa kerana payudara mula membesar

Minggu ke-8

Perkembangan janin: Beratnya sekitar 1.5g dan panjangnya 2.5cm. Manakala degupan jantungnya 160 kali/minit
Perkembangan ibu: Plasenta sudah menutupi sekitar 1/3 garis uterus



Bulan Ketiga


Minggu ke-9

Perkembangan janin: Organ genital jelas kelihatan
Perkembangan ibu: Aerola mammae mula kelihatan lebih gelap

Minggu ke-10

Perkembangan janin: Janin sudah hampir menyerupai bentuk manusia. darah dan sel-sel tulang mula terbentuk
Perkembangan ibu: Plasenta sudah berfungsi

Minggu ke-11

Perkembangan janin: Organ tubuhnya mula berfungsi
Perkembangan ibu: Berat badan bertambah antara 1-1.5kg atau rata-rata 300g/minggu

Minggu ke-12

Perkembangan janin: Menyerupai bayi kecil dengan panjangnya kira-kira 4cm dan beratnya sekitar 6g
Perkembangan ibu: Keadaan rahim menonjol, di atas sendi tulang. Si ibu kini yakin bahawa dirinya hamil


Bulan keempat


Minggu ke-14

Perkembangan janin: Sistem otot semakin kuat. Sistem saraf sudah berfungsi
Perkembangan ibu: Kulit nampak sedikit gelap dan kelihatan garis hitam vertikal di tengah perut.

Minggu ke -15

Perkembangan janin: Tangannya mula menggenggam. Berat janin mencecah 200g dan kakinya mula menendang
Perkembangan ibu: Berat badan bertambah 1-1.5kg atau 300g/minggu

Minggu ke-16

Perkembangan janin: Seluruh organ dan struktur tubuhnya mula terbentuk. Panjang janin mencecah 16cm.
Perkembangan ibu: Degupan jantung janin sudah boleh didengari dengan menggunakan alat khas

Bulan kelima


Minggu ke-18

Perkembangan  janin: Wujudnya lapisan lemak yang melindungi janin, manakala rambut-rambut halus menutupi tubuh dan memelihara kelembapan kulit
Perkembangan ibu: Adakalanya rasa sesak nafas

Minggu ke-19

Perkembangan janin: Tumbuh alis, bulu mata dan rambut
Perkembangan ibu: Payudara  mulai mengeluarkan kolostrum

Minggu ke-20

Perkembangan janin: Janin mula memiliki pola tidur secara teratur, menendang, menghisap dan menggeliat
Perkembangan ibu: Ada sekitar 400ml air ketuban dalam rahim



Bulan keenam


Minggu ke-22

Perkembangan janin: Kerangkanya berkembang dengan pesat
Perkembangan ibu: Perubahan kulit seperti puting susu jadi gelap, regangan dan jerawat

Minggu ke-23

Perkembangan janin: Boleh mengelipkan mata
Perkembagan ibu: Ibu kadang-kadang kurang tidur

Minggu ke-24

Perkembangan janin: Beratnya sekitar 700g - 800g
Perkembangan ibu: Plasenta menjadi tebal

Bulan ketujuh


Minggu ke-26

Perkembangan janin: Sudah boleh bernafas sendiri dan mengatur suhu tubuhnya
Perkembangan ibu: Mula merasakan sedikit kontraksi yang tidak sakit (perut mengeras)

Minggu ke- 27

Perkembangan janin: Badannya masih halus, berwarna kemerah-merahan dan tertutup dengan lapisan pelindung seperti lemak yang dikenali sebagai vernix caseosa
Perkembangan ibu: Adakalanya mengalami kekejangan otot disebabkan penat dan kekurangan kalsium 



Minggu ke-28

Perkembangan janin: Ukurannya 2/3 daripada ukuran bayi semasa lahir
Perkembangan ibu: Kandungan air ketuban mula berkurangan untuk memberi ruang kepada bayi

Bulan kelapan


Minggu ke- 30

Perkembangan janin: Lapisan lemak terbentuk di bawah kulit
Perkembangan ibu: Timbul pembengkakan di kaki

Minggu ke- 31

Perkembangan janin: Saluran pencernaan dan paru-paru hampir sempurna
Perkembangan ibu: Ligamen di sekitar daerah pelvis mulai meregang untuk memudahkan proses kelahiran  bayi

Minggu ke-32

Perkembangan janin: Panjang bayi kini sekitar 36cm
Perkembangan ibu: Mula merasa cepat penat dan tidak selesa


Bulan kesembilan


Minggu ke-34

Perkembangan janin: Seluruh bahagian uterus/ rahim terisi oleh janin sehingga bayi susah bergerak
Perkembangan ibu: Tidak selesa di bahagian punggung disebabkan oleh peregangan otot

Minggu ke-35

Perkembangan janin: Posisinya mula menurun masuk ke dalam pelvis ibu
Perkembangan ibu: Kerap buang air kecil kerana rahim menekan punci kencing

Minggu ke - 36

Perkembangan janin: Kontraksi semakin kerap berlaku
Perkembangan ibu: Berasa semakin tidak selesa

Minggu ke 37

Perkembangan janin: Janin di posisi laluan lahir (kepala di bawah)
Perkembangan ibu: Merasakan berat beban di pelvis

Minggu ke 38-40

Perkembangan janin: Terbentuk sangat sempurna dan bersedia untuk lahir
Perkembangan ibu: Bersedia menanti detik kelahiran permata hatinya




Seronoknya menjadi ibu... Anugerah Allah yang tak ternilai buat kita....

Ambillah makanan yang berkhasiat semasa hamil, kerana apa yang kita makan itulah yang janin kita terima.. Jaga kelakuan, jaga percakapan, jaga perbuatan.. Insya Allah...

Set Hamil Shaklee

 

Nutrisi lengkap untuk keperluan semasa hamil

Nak order?



You Might Also Like

0 comments