Tips Rahsia Bagaimana Banyakkan Susu Dengan Mudah
- Monday, January 07, 2013
- By efie muhamad
- 0 Comments
Lagi sebulan genap 2 tahun saya susukan anak dara kesayangan
saya, Ajlaa’ Qaisa. Perjalanan penyusuan ini tidaklah terlalu payah, namun
tidak juga terlalu senang. Pendeka kata, banyak yang kita perlu korbankan. Masa
tidur, masa kerja, masa rehat dan lain-lain. Minda kita harus disetkan seawall kehamilan,
bahawa banyak yang perlu kita korbankan demi anak tercinta, juga adalah penting
untuk menambahkan ilmu mengenai breastfeeding dari awal.
Anak dara kesayangan merangkap PA, bodyGuard, penglipurlara..... |
Saya pasti, ramai ibu-ibu di luar sana, yang juga dah berjaya
susukan anak dengan susu ibu sepenuhnya. Namun tidak kurang juga yang masih lagi
belum yakin dan tertanya-tanya bagaimana untuk menghasilkan susu tanpa putus
sepanjang tempoh dua tahun itu.
Inilah Rahsianya!!
Kerapkan Sessi Perahan dan Penyusuan Terus
Konsep asas dalam penyusuan susu ibu adalah demand vs
supply. Semakin banyak permintaan, maka makin banyaklah penghasilan. Makin kerap
payudara dikosongkan, makin bertambahlah susu yang diisi.Justeru, ibu-ibu
jangan gusar kiranya anak asyik nak menetek sahaja.. hehe.. itu membantu
merangsang penghasilan susu secara berterusan. Bila anak tidak menyusu secara
terus, kosongkan payudara anda dengan memerah (samada secara marmet atau pam),
sekurang2nya 3jam sekali. Adalah merbahaya kiranya ibu-ibu membiarkan payudara
bengkak dengan hasrat untuk mendapat banyak susu dengan sekali perahan sahaja,
kerana kiranya dibiarkan berterusan penghasilan susu akan merudum.
Pengambilan Air yang Cukup
Banyakkan minum air- sebanyak mana hanya diri anda yang
mengetahuinya. Namun ianya tidak boleh dipandang remeh. Susu itu sendiri dalam
bentuk cecair maka air sangat penting. Air penting untuk menyahkan segala
toksin dalam badan maka si ibu yang sihat akan menghasilkan susu yang
berkualiti!
Amalan suplemen
Bagi saya, pengambilan suplemen adalah penting untuk
menjamin badan ibu sihat dan bertenaga serta tidak mudah lesu. Proses perahan
(marmet/pam) memerlukan tenaga yang bukan sedikit, walaupun menggunakan pam
elektrik. Suplemen dapat membantu agar
tubuh menjalankan sistemnya dengan baik. Pengambilan supplemen banyak membantu
agar metabolisme badan seimbang ... sebagai contoh pengambilan b complex
membantu sistem tubuh berada di dalam keadaan tenang dan rehat. Susu ibu akan
lebih mudah terhasil dengan keadaan si ibu gembira dan tenang berbanding
runsing dan keletihan.
Berikut adalah suplemen yang saya amalkan sepanjang
menyusukan Ajlaa’. Memang banyak membantu saya, dalam menyusukan anak dara ni..
Saya berjaya, syukur pada Allah yang memudahkan perjalanan penyusuan saya. Sekiranya anda pun ingin berjaya, amalkan tips2 di atas, insya Allah. Berdoalah semoga perjalan penyusuan anda turut dipermudahkan.
Anda ingin amalkan suplemen seperti saya?? Jangan ragu-ragu... Badan sihat, susu mantap!!
Hubungi saya Efie di 019-9890707.
0 comments