Kenapa susah hamil? Kenapa bertahun-tahun kahwin masih lagi
belum mendapat rezeki anak? Kenapa orang lain senang dapat anak? Kenapa orang
tu baru je kahwin sebulan dahpun melekat? Kenapa aku dah habiskan beribu-ribu
ringgit berubat, tapi masih gagal? Kenapa…. ? Kenapa… ? Kenapa….?
Dan persoalan seumpama itu akan sentiasa berlegar2 di
fikiran. Tanpa henti. Tanpa penat. Tanpa lelah.
Tapi yang pastinya, ianya cukup melelahkan empunya diri. Resah dan gelisah, tiada berkesudahan.
Tapi yang pastinya, ianya cukup melelahkan empunya diri. Resah dan gelisah, tiada berkesudahan.
Sahabat…
Persoalan tentang rezeki anak, adalah di tangan Allah. Dia
yang Maha Mengetahui apa yang lebih baik untuk kita. Jangan sedih-sedih,
anggaplah ujian Allah untuk kita begitu caranya, sedangkan ujian untuk orang
lain, lain pula caranya. Kita hanya memandang luaran mereka, tak terhijab apa
yang mereka tanggung sebenarnya.
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai
dengan kesanggupannya.."
(2:286)
Yakinlah dengan ketentuan Allah.
Namun sahabat…
Kita sebagai hambaNya wajib berusaha kan. Selagi kita hidup, selagi itu kita
diwajibkan berusaha. Berikhtiar.
Jom kita tengok, apakah antara sebab yang memungkinkan
kehamilan itu sukar berlaku. Mungkin ada yang kita tidak perasan, itulah
puncanya.
Antara punca-punca yang perlu diberi perhatian :
- Keletihan – kerap rasa letih dan lesu mungkin menyebabkan badan kurang produktif
- Hormon tak stabil, period tak menentu
- Masalah keputihan yang serius
- Suami seorang perokok
- Berat badan berlebihan untuk suami dan isteri
- Banyak ambil pemakanan yang kurang sihat seperti fast food, junk food dan minuman bergas.
- Stress / tekanan. Kadang-kadang bila kita asyik fikirkan kenapa susah nak dapat anak, pun boleh buat kita stress kan.
Juga, mungkin kita boleh elakkan benda-benda ni, yang
menurut orang-orang tua kita, merupakan antara penyebab susah untuk hamil.
- Minuman yang masam – asam boi, limau nipis, jeruk dan lain-lain
- Makanan yang tajam dan panas – tapai, nenas, air tebu, rebung dan lain-lain
- Minuman bergas dan beralkohol
- Fast food
- Makanan berangin
- Makanan laut yang berkulit kerang seperti kerang, lala, kepah, udang (mengandungi toksik yang tinggi).
- Digalakkan mengambil makanan yang berprotein tinggi (telur, ikan, soya dan lain-lain)
Selain
daripada itu, kita juga digalakkan untuk mengambil makanan tambahan bagi
menampung apa yang kurang dalam tubuh kita (maklumlah dengan dunia sekarang
yang dipenuhi toksik2 – ada banyak radikal bebas dalam badan kita ni).
Bagi
yang memilih Shaklee sebagai makanan tambahan, kami mengesyorkan VitaLea,
Bcomplex, Vitamin C sebagai vitamin asas tubuh, juga vitamin yang disarankan
untuk mereka meningkatkan kesuburan adalah GLA Complex, Vit E, ESP (protein
soya), Zinc dan Alfalfa. Boleh rujuk disini bagi melihat fungsi vitamin.
❤ Testimoni GLA COMPLEX ❤
Beliau mempunyai kitaran haid yang sangat tak normal, hampir setahun tak didatangi haid, sehinggalah beliau bertemu dengan GLA Complex...
Apapun, setiap yang kita lakukan itu haruslah berterusan. Kalau cara ini gagal, cuba cara itu. Kalau cara itu juga gagal, pilih cara yang lain pula. Apa yang penting, berusahalah. Jangan cepat berputus asa.
Berikhtiarlah sebelum TERLAMBAT!!
Sekiranya anda perlukan suplemen Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari
saya, agen Shaklee Pasir Tumboh, Kota Bharu
Boleh hubungi saya Efie Muhamad di 019-9890707 ;-)
Boleh hubungi saya Efie Muhamad di 019-9890707 ;-)
1 comments
tq Puan Efie,
ReplyDeleteayat pendorong yang sungguh bermanfaat