Cara Menentukan Kesuburan Wanita Bagi Memudahkan Proses Kehamilan

  • Sunday, March 24, 2013
  • By efie muhamad
  • 1 Comments


Setiap pasangan yang berkahwin pasti mempunyai matlamat untuk mendapatkan anak. Tidak kiralah samada menimang anak dengan cepat, memiliki anak yang ramai atau apa sahaja yang pastinya perancangan yang berkaitan dengan cahayamata.

Hakikatnya, isu anak ini adalah merupakan takdir dari Tuhan. Sebagaimana urusan ajal maut, jodoh dan rezeki di tangan-Nya, maka begitu juga dengan urusan anak, ianya adalah rezeki yang datang dari Allah.

Apapun, kita selaku hambaNya harus berusaha, berikhtiar selagi mampu.

Kali ni jom kita belajar tentang cara menentukan waktu-waktu subur wanita, bagi memudahkan proses kehamilan berlaku.

Pertama, apa yang kita mesti faham adalah mengenai kitaran haid. Agak susah dan kompleks sebenarnya kitaran haid ini. Ini disebabkan kitaran haid setiap wanita itu adalah tidak sama, dan ada yang normal juga tidak normal. Secara puratanya kitaran haid wanita adalah 28-30 hari.

Terdapat  4 fasa sepanjang kitaran haid.

 

Kitaran haid

 


Fasa 1 : Hari 1-7 – Pengeluaran Haid (menstruation)
 Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Fasa 2 : Hari 8 -11 – Follicular
Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Fasa 3: Hari 14 – Ovulasi
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.

Fasa 4 : Hari 15-28 – Luteal / Secretory
Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormon dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.

Justeru, waktu yang terbaik untuk bersama suami isteri adalah pada hari ovulasi berlaku dimana ketika itu telur baru sahaja keluar dari sarangnya.  Ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama haid seterusnya.

Katakanlah, kitaran haid anda adalah:-

28 hari ~ maka 28-14 = hari ke 14 adalah hari subur
30 hari ~ maka 30-14 = hari ke 16 adalah hari subur
35 hari ~ maka 35-14 = hari ke 21 adalah hari subur

Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

Bagi mereka yang mengalami kitaran haid yang berubah-ubah, anda boleh mencuba GLA Complex dari Shaklee, yang berfungsi untuk membantu menstabilkan hormon anda.Boleh lihat sini untuk maklumat lanjut mengenai GLA Complex.


vitamin kesuburan
GLA Complex

 Testimoni GLA Shaklee


❤ Setahun tak didatangi haid, Allah je tau betapa bersyukurnya beliau bila kembali didatangi haid ❤


Sekiranya anda perlukan suplemen Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari saya, agen Shaklee Pasir Tumboh, Kota Bharu.

Boleh hubungi saya Efie di 019-9890707 ;-)






You Might Also Like

1 comments

  1. ==================================
    ==================================
    TQ UNTUK CARA TINGKATKAN KESUBURAN
    ==================================
    ==================================
    Terima kasih atas artikel yang bagus ni.

    Memang lengkap dengan maklumat. Mazni setuju point tentang ilmu untuk kesan waktu subur. Kalau tahu bilamasa nya kita subur, peluang hamil lebih tinggi

    Selain keturunan, cara hidup tak sihat pun boleh sebabkan ketaksuburan. Makan banyak fast food. Berat badan obesiti.

    Faktor makanan memang banyak beri kesan susah dapat anak. Nak subur pun kena makan makanan berkhasiat juga

    lagi best Selain usaha cara fizikal, kita pun kena banyakkan doa pada Allah swt.

    ++++++++++++++++++++++++++++++++++
    CONTOH DOA DIDALAM AL QURAN UNTUK ZURIAT
    ++++++++++++++++++++++++++++++++++
    Doa untuk dapat zuriat, Doa Nabi Zakaria Surah Maryam ayat 4-5

    “Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku.

    Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu…”


    Elok amalkan bersama Doa dari Surah Al-Furqan : 74

    Maksudnya : Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) Yang berdoa Dengan berkata:

    “Wahai Tuhan kami, berilah Kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami

    Perkara-perkara Yang menyukakan hati melihatnya, dan Jadikanlah Kami Imam ikutan bagi orang-orang Yang (mahu) bertaqwa.

    ===================================
    3 TIPS MUDAH HAMIL DENGAN SIHAT
    ===================================

    Semoga perkongsian ini membawa manfaat ek.
    (\(\
    ( -.-) RING3
    o__(")(") DARI MAZNI

    (\_/)
    (='.'=) HELLO3
    (")_(")

    ReplyDelete