30 Jam Yang Padat

  • Saturday, March 16, 2013
  • By efie muhamad
  • 0 Comments

Alhamdulillah, masih dipanjangkan usia untuk berbicara menerusi blog.. Syukur..

Ok kali ni bukan nak cerita pasal vitamin tapi nak cerita pasal lawatan kami sekeluarga ke Shah Alam dan Pulau Pinang. Lawatan bukan sebarang lawatan, lawatan bersebab. Hehehe....

Kami bertolak dari rumah di Taman Binaraya Pasir Tumboh tepat pukul 7 pagi. Alhamdulillah, perjalanan dipermudahkan Allah, anak2 tidur sepanjang jalan. Kami tiba di Shah Alam dalam pukul 1.30 tengahari.

Usai solat jamak Zuhur & Asar, kami terus ke Fakulti Pergigian UiTM Shah Alam, urusan temujanji encik suami pada pukul 2 petang. Saya seperti biasa menjadi nanny kepada anak2 yang aktif dan banyak akal ni.. Heheh...

Temujanji berakhir 5 petang, terus tergesa-gesa menuju ke Kuala Lumpur, bagi urusan menambah stok barang kedai kami. Traffic jammed diharungi, maklumlah peak hour, orang tengah nak balik kerja kan. Namun syukur, dapat sampai ke tempat supplier kami 10 minit sebelum supplier menutup kedai. Pilih punya pilih, susun, bayar dan selesai. Bergegas meneruskan perjalanan ke Pulau Pinang pada pukul 7 petang.

Kami ke Pulau Pinang sebenarnya untuk menziarahi sepupu suami yang sedang koma di Intensive Care Unit (ICU) Hospital Pulau Pinang. Umur beliau baru 36. Tiada tanda sakit pun sebelum ni. Beliau pulang dari kerja pagi Isnin lepas, rasa sakit2 dari pinggang ke bawah. Terus ke klinik dan kemudian ke hospital. Di hospital, koma. Doktor kata ada kaitan dengan serangan jantung dan ada darah beku yang blocked saraf pinggang (sebab tu dia rasa sakit dan macam lumpuh dari pinggang ke bawah). Masa saya tengok beliau kat ICU tu, nampak betis dan kaki beliau dah biru kehitaman. Doktor kata serangan tersebut besar kemungkinan disebabkan beliau merupakan heavy smoker + practicing unhealthy lifestyle (makan tak jaga pantang jumpa juga tiada exercise). Owh saya sangat insaf... Terus bersemangat untuk menjalani gaya hidup sihat.

Kami tiba di Pulau Pinang lebih kurang 1 pagi (stop kat R&R Tapah 1 jam setengah untuk urusan makan ~ baru dapat makan arini huhu, mandikan anak2 + solat). Terus ke hospital untuk menziarah. Kat sini, pelawat dibenarkan masuk walaupun pada waktu tengah malam (saya tak pasti untuk semua wad atau di ICU sahaja). Sekejap saja disana, terus dibawa pulang untuk berehat di rumah sepupu.

Pagi menjelang. Kami terus ke hospital dulu, untuk melawat lagi sekali sebelum bertolak pulang ke Kelantan. Agak makan buah langsat la (sesat heheh) memandangkan kami tak berapa biasa dengan jalan di Pulau Pinang. Namun berjaya juga sampai ke hospital, dan kemudian berjaya juga mencari jalan untuk naik feri bagi memenuhi permintaan anakanda.






Budak tak mandi naik feri..heheh....

Seronok bila tengok anak2 gembira

Alhamdulillah, selamat sampai di rumah pukul 2 petang. Suami terus bersiap2 untuk melaksanakan tugas beliau sebagai guru tusyen pada jam 2.45 petang ;-)

Oh, 30 jam yang saaaaangat padat ;-)


You Might Also Like

0 comments